CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1730|Reply: 0

[Kedah] Jeritan ustaz selamatkan isteri, 5 anak

  [Copy link]
Post time 23-3-2023 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Jeritan ustaz selamatkan isteri, 5 anak


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my





ADNAN dan isterinya, Nur Izyani melihat barangan peribadi yang berjaya diselamatkan selepas rumah mereka di Pondok Darul Hidayah terbakar.FOTO Zuliaty Zulkiffli




Alor Setar: Jeritan guru agama, Adnan Abdul Wahab, 48, membantu menyelamatkan isteri dan lima anak mereka yang berada di dalam rumah dalam kebakaran membabitkan dua Rumah Guru Pondok Darul Hidayah di Jalan Sungai Mati, Langgar di sini, hari ini.

Menurut Adnan, ketika kejadian, dia baru pulang dari rumah bapa mentuanya yang juga Mudir Pondok Darul Hidayah, Johari Morad, 65, yang terletak bersebelahan rumah selepas menghantar surat dari masjid, jam 11 pagi.

Katanya, ketika berjalan, dia ternampak asap tebal dan api di bahagian atas rumah.

Dia kemudiannya menjerit memanggil isterinya, Nur Izyani Johari, 38, supaya menyelamatkan diri serta lima anak mereka.

"Saya turut melaungkan azan ketika api semakin marak, Ia turut menyambar rumah adik ipar saya yang ketika itu tiada di rumah.

"Alhamdulillah, semuanya selamat, cuma barangan dalam rumah termasuk koleksi kitab dari Syria yang disimpan sejak 2011 gagal diselamatkan," katanya ditemui di lokasi.

Johari pula berkata, sebaik terdengar laungan azan menantunya, dia terus mencari ibunya, Aishah Jusoh, 90, yang ketika itu tiada dalam rumah.

Katanya, dia bimbang kerana ibunya uzur dan sering mengunjungi asrama perempuan atau kelas mengaji di kawasan Pondok Darul Hidayah itu.

"Saya bersyukur apabila dimaklumkan ibu saya diselamatkan oleh pelajar perempuan sebaik kebakaran berlaku dan ketika kejadian, isteri saya, Sharifah Ahmad, yang berusia 65 tahun, tiada di rumah.

"Saya terima ujian daripada Allah SWT ini walaupun ia berlaku pada 1 Ramadan, syukur tiada kemalangan jiwa," katanya.

Johari berkata, Pondok Darul Hidayah beroperasi sejak 2010 dan memiliki 450 pelajar.

Katanya, kebakaran hanya membabitkan dua rumah guru yang didiami anaknya, Nur Izyani yang juga Guru Besar Sekolah Rendah Islam Tahfiz Darul Hidayah di sana.

"Kebetulan hari ini cuti. Asrama pelajar lelaki dihuni lebih 300 orang tetapi ia terletak jauh dari pusat kebakaran.

"Apa yang saya bimbangkan ialah asrama pelajar perempuan yang membabitkan 70 pelajar kerana ia paling hampir dengan rumah yang terbakar.

"Syukur anggota bomba dapat membantu memadamkan kebakaran seterusnya menghalang api daripada merebak," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 11.24 pagi dan 17 anggota BBP Alor Setar tiba di lokasi 10 minit kemudian.

"Operasi turut dibantu enam anggota BBP Pokok Sena dan dua Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Taman Mutiara serta Simpang Empat.

"Api berjaya dikawal 13 minit kemudian. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dan setakat ini, punca serta kerugian masih dalam siasatan," katanya.



Disiarkan pada: Mac 23, 2023 @ 3:10pm













[size=0.95]





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.047708 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list