CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1843|Reply: 0

[Tempatan] Parlimen: Kerajaan kaji wujudkan pembantu guru, kurangkan beban tugas

  [Copy link]
Post time 23-3-2023 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 23-3-2023 03:10 PM


SEORANG guru mententeramkan murid tahun satu ketika memulakan sesi persekolahan baharu di Sekolah Kebangsaan Taman Uda, Alor Setar, Kedah. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sedang mengkaji keperluan mewujudkan pembantu guru bagi mengurangkan beban tugasan yang perlu digalas golongan itu ketika ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying antara lain berkata, kerajaan juga melaksanakan tujuh langkah bagi memastikan isu beban tugas guru dapat ditangani segera bermula sesi persekolahan tahun ini.

Katanya, antara langkah berkenaan termasuk memansuhkan pertandingan, sambutan atau majlis pada semua peringkat yang tidak memberi impak besar terhadap pembelajaran murid dan pelaksanaan penilaian kendiri sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2023 yang membabitkan guru kepada setahun sekali saja.

“Kerajaan juga melaksanakan penetapan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid yang lebih fleksibel dalam sistem e-kehadiran sekolah KPM iaitu pukul 12 tengah hari untuk sesi pagi dan pukul 5 petang untuk sesi petang.

“Selain itu, kerajaan juga melaksanakan pelantikan pengawas peperiksaan awam terbuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat seperti pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institut pengajian tinggi.

“Penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan dihadkan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah saja. Autonomi guru dalam perancangan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran bilik darjah pula diperkukuh dengan menjadikan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran sebagai rujukan,” katanya semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Arman Azha Abu Hanifah mengenai rangka perancangan kementerian bagi menyelesaikan permasalahan beban kerja guru yang membawa kepada persaraan awal golongan pendidik.

Dalam pada itu, Hui Ying berkata, tindakan guru bersara awal akan mengurangkan tenaga guru berpengalaman, namun, perkara itu tidak dapat dihalang kerana ia merupakan hak setiap guru.

“Kita tidak boleh memaksa untuk mereka terus berkhidmat, namun KPM akan cuba sedaya-upaya menggalakkan guru terus mengajar sehingga tibanya waktu mereka bersara wajib pada usia 60 tahun,” katanya. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/parlimen-kerajaan-kaji-wujudkan-pembantu-guru-kurangkan-beban-tugas/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.238697 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list