CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2168|Reply: 1

[Jenayah] Parlimen: Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat, alternatif kepada hukuman mati mandatori

  [Copy link]
Post time 23-3-2023 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 23-3-2023 03:06 PM


KERATAN laporan muka depan Utusan Malaysia berhubung pemansuhan hukuman mati mandatori.

KUALA LUMPUR: Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori.

Itu antara beberapa dasar baharu yang dipersetujui Kabinet pada mesyuarat Jumaat lalu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia akan diganti dengan hukuman alternatif baharu iaitu penjara bagi tempoh antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.

“Selain itu, hukuman penjara sepanjang hayat sebagai satu hukuman dimansuh sepenuhnya dalam semua undang-undang; hukuman mati dimansuh bagi kesalahan tidak menyebabkan kematian, melainkan tiga kesalahan iaitu Seksyen 121 dan 121A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Satu Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi membolehkan hukuman mati atau hukuman penjara sepanjang hayat yang sudah dikenakan, disemak semula oleh Mahkamah Persekutuan.

“Cadangan RUU ini dijangka memberi kesan kepada 957 orang banduan hukuman mati dan banduan sepanjang hayat yang sudah menghabiskan proses rayuan di mahkamah sebelum ini,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Azalina menjawab pertanyaan Senator Datuk Koh Nai Kwong mengenai status terkini kajian semula cadangan melaksanakan hukuman gantian kepada hukuman mati mandatori bagi pelbagai kesalahan.

Katanya, dasar kerajaan ketika ini ialah untuk mengubah hukuman, bukannya menghapuskan hukuman mati berkenaan dengan kuasa budi bicara diberi kepada hakim.

Jelasnya, bacaan kali pertama bagi RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan RUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 akan dilakukan pada Isnin ini.

“RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dijangka memberi kesan kepada 476 orang banduan hukuman mati yang belum menghabiskan proses rayuan, sama ada di Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Persekutuan.

“Hal ini disebabkan hukuman alternatif kepada hukuman mati mandatori akan bersifat ke belakang,” katanya. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/parlimen-tiada-lagi-hukuman-penjara-sepanjang-hayat-alternatif-kepada-hukuman-mati-mandatori/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Penjara lama2 makan minum segala resources nk bela banduan ddk lama2 dlm tu sapa nk tanggung? Menteri buat usul rakyat pembayar cukai kena tanggung apohal?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.090509 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list