CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1970|Reply: 0

[Kedah] Dakwaan pelabur lari: Kedah tidak berdepan hutang tinggi

[Copy link]
Post time 23-3-2023 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Dakwaan pelabur lari: Kedah tidak berdepan hutang tinggi

oleh   ROSLINDA HASHIM  23 Mac 2023   02:26pm






Muhammad Sanusi




ALOR SETAR - Kedah tidak berdepan dengan beban hutang tinggi akibat daripada penarikan diri sebuah syarikat pelabur seperti didakwa.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, maklumat yang tular di media sosial itu hanya bertujuan untuk menjejaskan imej kerajaan negeri.

Menurutnya, syarikat pelabur berkenaan, Aspen Glove Sdn Bhd berhutang dengan kontraktor yang dilantik oleh syarikat tersebut, bukannya berhutang dengan Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

“Tuduhan mengatakan Aspen Glove meninggalkan hutang sehingga puluhan juta kepada KHTP adalah tidak benar.

“KHTP hanya sediakan tapak untuk pelabur, bukan mendirikan kilang atau bangunan.

"Syarikat pelabur sendiri yang akan bina kemudahan bangunan. Jadi mereka berhutang dengan kontraktor, bukan KHTP. Tidak timbul sebarang isu dengan kita,” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Muhammad Sanusi berkata, sebagai sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Singapura, Aspen Glove membuat pengumuman tersebut kepada pemegang saham syarikat berkenaan.

“Mereka umum untuk makluman pemegang saham bahawa bisnes mereka mengalami masalah, pengumuman seperti itu adalah perkara biasa untuk syarikat yang tersenarai di bursa saham,” katanya.




Menurutnya lagi, pelabur berkenaan juga tidak melarikan diri seperti heboh diperkatakan, sebaliknya telah mencagar bangunan milik mereka kepada KHTP sekiranya gagal melunaskan hutang tertunggak.

“Aspen Glove pajak tanah di KHTP, semua pajakan tanah dibuat pembayaran berperingkat jadi adalah sangkut sikit bayaran-bayaran terakhir itu. Mereka juga merupakan pemaju hartanah dan memiliki beberapa bangunan di Pulau Pinang, yang dicagar kepada KHTP, sekiranya hutang tersebut gagal diselesaikan dalam tempoh tertentu, mereka akan serahkan hartanah yang dianggarkan melebihi nilai hutang mereka,” ujarnya.

Bagaimanapun tegas Muhammad Sanusi, buat masa ini beberapa ejen hartanah dan KHTP sendiri turut membantu untuk menguruskan penjualan aset tersebut.

“Ada pihak berminat untuk beli kilang dan tanah syarikat itu, kita cuma bantu uruskan pembelian dan penjualan hartanah tersebut. Kalau riuh sekampung, cerita macam-macam yang tak tepat, bimbang kelak tidak mendapat sambutan.

”Jadi kita buat keputusan uruskan terlebih dahulu sehingga dapat menjual hartanah tersebut,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, diharap penjelasan tersebut dapat menutup mulut pihak tertentu yang menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung syarikat berkenaan.

“Yang pentingnya mereka bukan berhutang dengan KHTP, berita tular itu tersebar apabila ada yang dakwa kita dirikan kilang untuk syarikat pelabur. Ia tidak berlaku kerana KHTP hanya sediakan tanah.

“Urusan pembinaan kilang dilakukan sendiri oleh mana-mana pelabur kerana kebiasaan mereka bina mengikut spesifikasi masing-masing. Masalah yang timbul dengan kontraktor mereka, ia bukan urusan dalaman KHTP,” jelasnya.

Menurutnya, kerajaan negeri sememangnya bangga dengan pengoperasian Aspen Glove di KHTP kerana ia merupakan syarikat pelabur pertama yang menggunakan permit pembinaan ekspres dalam tempoh 10 bulan (E10) yang diperkenalkan untuk memudahkan pelabur.

Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa pelabur Aspen Glove menutup operasi selepas setahun meninggalkan hutang mencecah RM25 juta kepada KHTP yang menggunakan pelaburan tersebut untuk membina bangunan kilang.

Syarikat berkenaan melabur sehingga RM280 juta pada 2021 yang akan mewujudkan 2,500 peluang kerja dalam lima tahun akan datang.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.046608 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list