CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6494|Reply: 57

Pemandu Treler Gilis Budak Dibelasah, Lori Dipecah Masuk Dan Dashcam Dicuri- Isteri Dan Rakan Tampil Pertahan Diri

[Copy link]
Post time 23-3-2023 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Berita tentang murid sekolah yang maut digilis treler semalam sememangnya mengundang hiba.


Sesetengah pihak menyalahkan treler tersebut sehingga sanggup memukul lelaki berusia 36 tahun itu tanpa sebarang siasatan.


Menerusi perkongsian isteri kepada pemandu treler berkenaan di aplikasi TikTok, dia meminta orang semua pihak tidak menjatuhkan hukum sesuka hati tanpa mengetahui perkara sebenar.








Seorang pengguna Facebook, Azlan Adnan juga mengesahkan bahawa pemandu treler itu telah dipukul oleh seorang lelaki sehingga mengalami kecederaan.


Tegasnya, kejadian tersebut sama sekali bukan berpunca daripada salah rakannya itu sepenuhnya kerana ada rakaman dashcam menunjukkan yang pemandu treler berkenaan berada di laluan yang betul.








Memetik laporan dari Utusan Malaysia,Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong memaklumkan  punca kejadian dipercayai motosikal ditunggangi wanita berusia 54 tahun dan dua kanak-kanak itu hilang kawalan ketika melalui permukaan berpasir.


“Semasa kejadian, lori kontena dari arah Klang menghala ke Telok Gong, apabila sampai di persimpangan Jalan Bawal, sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang wanita bersama dua pelajar sekolah iaitu pelajar perempuan (sembilan tahun) dan pelajar lelaki (tujuh tahun) keluar dari simpang menghala ke arah sama dengan lori berkenaan.


“Penunggang motosikal tidak dapat mengawal motosikal kerana bahu jalan berpasir menyebabkan motosikal dan penunggang serta pembonceng terjatuh di atas jalan raya. Mangsa merupakan seorang pelajar perempuan digilis oleh roda tayar belakang lori dan meninggal dunia ditempat kejadian,” katanya.


Isteri kepada pemandu treler berkenaan berharap mereka yang menganiaya suaminya dengan memukul, mencuri dashcam dan barang di dalam treler segera ditahan.













Setakat ini, pemandu treler berkenaan dalam keadaan sihat dan sudah dipindahkan ke Hospital Ipoh. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan suaminya kerana sanggup menunggu dan berpihak kepadanya di atas kemalangan yang telah berlaku. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 02:38 PM | Show all posts
mana hero yang belasah driver lori tu? dah sorok dalam gua hira' ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tak payah la bg i nk kecoh walaupun suami x salah ke apa. ada mangsa lg teruk which is anak yg dah meninggal tu. the grieving family. makcik yg bawak tu mmg wajib kena dakwa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Payah nk ckp.
Menda dh jd.
Budak tu pn dh meninggal.
Nk suruh yg bwk 10 wheeler 18 wheeler ni suma drive secara berhemah mcm mana lg kalo yg bwk moto pn ramai yg kurang berhemah?
Kalo dh tjatuh/hilang kawalan moto, cuba bgtau cara trailer nk mngelak?
Again. Bukan nk main blaming game.
Menda nk jd.
Sbb tu panggey kemalangan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 02:55 PM | Show all posts
dashcam dah kena curi, susah nak tahu apa tjadi..harap ada cctv area sana dan ada saksi..salam takziah untuk family yg kematian anak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 02:57 PM | Show all posts
afie_m replied at 23-3-2023 02:55 PM
dashcam dah kena curi, susah nak tahu apa tjadi..harap ada cctv area sana dan ada saksi..salam takzi ...

mmg ada dashcam dari kenderaan lain...motor tu keluar melulu dari simpang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2023 03:00 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 23-3-2023 02:53 PM
Payah nk ckp.
Menda dh jd.
Budak tu pn dh meninggal.

mewajibkan lori hanya pandu 10km dilaluan tertentu spt laluan kediaman,dan bandaraya

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang paling kesian dalam kes ni, budak yang meninggal n driver lori ni la. Both tak bersalah. Lori ni pun tak laju. Yang salah, pengasuh tu, parents n orang kampung yang suka suka belasah driver lori ni.

Dah kenapa bawa budak naik moto tanpa helmet? Lepas tu naik bertiga. Tunggang moto dengan cara tak selamat. Kan dah mendapat? Parents budak ni pun, kenapa kau allow pengasuh ambil anak dengam motor? At least, cari la van sekolah ke. Ye, kalau naik van pun boleh accident. Tapi sekurang-kurangnya dah kurangkan risiko.

Sorry to say la, Klang belah belah kawasan kampung memang ramai yang tak kisah pasal keselamatan bila bawa moto
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 03:01 PM | Show all posts
ladybugz replied at 23-3-2023 02:44 PM
tak payah la bg i nk kecoh walaupun suami x salah ke apa. ada mangsa lg teruk which is anak yg dah m ...

sikit punya cuai tu,
kalau aku bawak motor mmg pantang dgn lori, akan menjauh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorang dh kena angkut dah..
Yg mencuri brg² dia mmg jahat la..semoga dilanggat lori
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 23-3-2023 03:00 PM
mewajibkan lori hanya pandu 10km dilaluan tertentu spt laluan kediaman,dan bandaraya

10kmj mengaum kt situ je la pah ceroh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 03:10 PM | Show all posts
nasib baik motor dgn lori.....
besanya kalau ada kereta, kereta yang salah.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 23-3-2023 03:00 PM
Yang paling kesian dalam kes ni, budak yang meninggal n driver lori ni la. Both tak bersalah. Lori n ...

Parents nk murah je. Tak kisah risiko sb tu ramai yg tak setuju bila bs charge mahal. Katanya alah anak dah besar, dah blh berdikari bs cuma pantau je. Lps tu kalau boleh nk servis pakej dgn htr ambik sekolah. Aku pun tak leh bygkn la bs ni acaner la ko jaga budak tu lps tu htr sana sini..penat tau.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 03:18 PM | Show all posts
Sedih kes ni. Silapnya pengasuh tu je. Tak pasal2 anak orang meninggal. Tak pasal2 suami orang kena belasah. I harap the parents diberi ketabahan, at the same time diberikan kekuatan nak memaafkan pengasuh tu.

Pengasuh tu pun hopefully mental sheols kuat la. Umur dah la dah tua, sebabkan kecuaiaan sheols anak orang meninggal pulak. Alahai.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 03:21 PM | Show all posts
mejaputih replied at 23-3-2023 02:57 PM
mmg ada dashcam dari kenderaan lain...motor tu keluar melulu dari simpang.

baru tgk juga video tu, harap membantu siasatan polis..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi aku mmg ngeri nak drive area port klang ni..pernah sekali pegi visit org kat situ...aku punya kecut perut la masa drive tu..kiri kanan dpn blkg semua lori kontena besar2...mmg kalau bg free pun aku tak nak duduk area tu...sure anxiety level mencanak2 naik kalau duduk sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 03:24 PM | Show all posts
naik moto dan membonceng lebih dr 2 org dah kira kesalahan jalanraya...

ramai melayu buat kerja membonceng lebih dr 2 org, kadang2 naik sampai 5 orang bonceng...polis kena tegas hal ni, undang2 tetap undang2...tiada simpati
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 03:35 PM | Show all posts
Frankly, makcik makcik dan pakcik pakcik kawasan pekan pekan yang bawak motor tu entah tau undang undang jalanraya entah tidak. dia orang main bantai jer mengharap orang lain bagi laluan untuk mereka. Kesian parent budak tu yang beri amanah hantar anak kesekolah pada orang yang salah.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 03:39 PM | Show all posts
nw111 replied at 23-3-2023 03:24 PM
Tapi aku mmg ngeri nak drive area port klang ni..pernah sekali pegi visit org kat situ...aku punya k ...

kan, sesak lain mcm. kontena ka, kereta biasa ka, suka bwk laju2 kat sana huhu.. kita ni bwk myvi 2007 pun seriau2 je rasa.. pergi klang semata nk beli sekut emy cookies. sedap la sekut dia. murah pun murah..OOT pulak

apapun, salam takziah buat keluarga budak perempuan tu.
abg lori, semoga cepat sembuh & dpt terus mencarik rezeki utk keluarga.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mokcik tu ada lesen motor tak?
umur dah 54. mmg dah tak relevan di jalanan.
mengasuh dirumah je lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.070031 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list