CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13662|Reply: 65

[Tempatan] Tokey kurang senang cuti bersalin 98 hari,mungkin enggan ambil wanita hamil bekerja, kata Wee Ka Siong.Diskriminasi atau survival syarikat?

  [Copy link]
Post time 23-3-2023 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 23-3-2023 12:53 AM

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia disaran mengkaji semula pelaksanaan beberapa aspek dalam pindaan Akta Kerja 1955 yang bermula tahun ini.

Ia termasuk waktu kerja yang dikurangkan kepada 45 jam seminggu dan tempoh cuti bersalin sehingga 98 hari.

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong (Barisan Nasional) berkata, undang-undang baharu itu mungkin berisiko mengakibatkan ketidakstabilan sesebuah syarikat.

Dalam masa yang sama katanya, pelaksanaan cuti bersalin dari 60 kepada 98 hari dibimbangi secara tidak langsung akan mencetuskan diskriminasi pengambilan pekerja.

Ka Siong menjelaskan, majikan mungkin memilih untuk menggaji lebih ramai wanita bujang berbanding ibu hamil atau wanita yang baru mendirikan rumah tangga.

Ini kerana, tempoh cuti bersalin selama 98 hari dilihat majikan sebagai satu tempoh yang panjang.

“Berkenaan cuti bersalin 98 hari. Saya ucapkan tahniah kerana kerajaan mahu menjaga kaum wanita tetapi kekhuatiran saya, kebanyakan majikan apabila melihat ibu mengandung dan wanita baru berkahwin, mereka tidak akan ambil bekerja. Mereka akan cari yang tidak mengandung.

“Sebab cuti bersalin membolehkan wanita itu tidak perlu bekerja selama lebih kurang empat bulan.

“Mungkin hasrat kita baik tetapi akhirnya mendatangkan mudarat kepada ibu muda,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Ka Siong menyifatkan pelaksanaan beberapa perkara dalam Pindaan Akta Kerja 1955 baru-baru ini sebagai drastik apatah lagi mengambil kira pasca Covid-19.

Katanya, pengurangan waktu bekerja daripada 48 kepada 45 jam seminggu akan meningkatkan kos pengeluaran majikan apabila terpaksa membayar upah kerja lebih masa yang meningkat berbanding sebelum ini.

“Selepas Covid-19, kerajaan tiba-tiba laksanakan tiga dasar penting iaitu waktu bekerja 45 jam seminggu, ini akan memberi dasar satu gaji dan Over Time (OT) meningkat.

“Yang lebih memudaratkan syarikat Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS) kecil-kecil apabila kalau dulu kerani dapat gaji RM2,300, kerja sampai jam 7 petang tidak dibayar waktu lebih masa, tetapi selepas Akta Kerja 1955 dipinda, tiba-tiba mereka yang berpendapatan RM2,000 hingga RM4,000 tertakluk kepada pembayaran OT.

“Ini sekali lagi meningkatkan kos pengeluaran. Saya bangkitkan perkara ini, kerana mahu lihat keadaaan yang harmoni di antara majikan dan pekerja,” jelasnya.

Mengakui kerajaan mengambil langkah tersebut untuk memberikan manfaat yang lebih kepada pekerja, namun Ka Siong yang juga bekas Menteri Pengangkutan menganggap situasi berkenaan boleh menjejaskan kestabilan sesebuah syarikat dalam masa yang sama berisiko meningkatkan pengangguran. -MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mcm ni bila nk jd negara maju?

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 23-3-2023 12:57 AM
Kalau mcm ni bila nk jd negara maju?

Kalo aku pun Tarak mo amik pompuan ngandung.. duit yilek.. sonang cite..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 01:34 AM | Show all posts
Edited by faraway1 at 22-3-2023 12:35 PM

Baguslah, yang tak mau harap bujang juga sampai meninggal, boss konon tak mau ambil pérempuab kerja so apa future untuk anak anak perempuan anda..
Jangan sekolahkan jangan kahwinkan....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku majikan pon, aku akan pikir untung rugi syarikat aku. Baikla aku amik lelaki je keje. Bab pengurusan, aku amik lelaki lembut instead amik pompuan dah kawen yg asek² ngeseks, mengandung, beranak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 22-3-2023 04:57 PM
Kalau mcm ni bila nk jd negara maju?

Tak tahu la sis
Tapi yang i Tahu adik wee ka siong ni
Cina muslim rupanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2023 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 23-3-2023 01:43 AM
Kalau aku majikan pon, aku akan pikir untung rugi syarikat aku. Baikla aku amik lelaki je keje. Bab  ...

Eewwwwe akak yang lgbt ni pun tak akan ambik lelaki lembut sis. Sebab lelaki lembut ni emosi mudah terganggu sis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 23-3-2023 01:34 AM
Baguslah, yang tak mau harap bujang juga sampai meninggal, boss konon tak mau ambil pérempuab kerja ...

Kannn…akan dtg yg bercakap tu pon akan ada cucu pempuan menantu pempuan etc

Statement mcm ni membuat kan pempuan akan sibuk berkarier dan kadar kelahiran pon berkuranglah…jadi mcm jepun skrg ni

Dah laa skrg ni yg dekat u, yg graduated dan pekerja mahir collar biru ramai pempuan dari lelaki…

Utk ambil wanita yg sedang pegnen bekerja, SG faham majikan xnak sbb baru masuk xlama lepas tu cuti bersalin…tp utk wanita yg dah bekerja then pegnen, bagilah cuti 98 hari…at least cuti separuh gaji utk after 60 days
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 23-3-2023 01:43 AM
Kalau aku majikan pon, aku akan pikir untung rugi syarikat aku. Baikla aku amik lelaki je keje. Bab  ...

Ye ke untung aambil pekerja lelaki sahaja? Staff lelaki ni slalu hilang kejap2 sbb pegi berasap

Kalau staff pempuan ni keje fokus n multi task. SG rasa naturally lelaki mmg x boleh keje multintask ni

Kalau company kecik, mmg nak staff yg multi task, lainlah company besar
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke dia kira sebelum ni bayar gaji RM2300 boleh melonjak jadi RM4k sebab tukar 48 jam ke 45 jam?
Additional 3 jam seminggu, sebulan 12jam.. kalau OT sejam RM20 baru tambah RM240 je, takdela melonjak kaw2 gitu rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia bercakap secara fakta. I pun faham juga kenapa. Ade sorang ofcmate ni hampir tiap2 tahun beranak atau selang setahun. Dah 8 anak dia umur baru nk cecah 35 masa tu. Setiap kali beranak nk kena lah pass keje dia kat org lain. Dah masuk keje asyik lah cuti juga sbb anak2 kecik2 kerap tak sihat. Dari perspektif company mmg masalah juga la.

Jadi, kena ada lah sesuatu yg benefit kepada company supaya tak de diskriminasi utk ambil perempuan bekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun takut nak ambik perempuan bekerja. Dulu pernah siap ada sorang ni, baru kawin tetiba pregnant. Masa pregnant tu, langsung tak boleh buat apa2 kerja. Kiranya gaji buta. Ko bayangkan 9 bulan gaji buta, lepas tu campur lagi 3 bulan cuti bersalin. Lepas bersalin nanti anak tak sihat la apa pulak. Pening jadi majikan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin kena ubah akta cuma anak pertama jerr dpt 3 bln cuti free sbb xde pengalaman jaga baby.  Kot kna pompuan yg subur every year ngandung brp hari sgt dia blh kerja tmbh2 blh 3 bln pertama meloya mabuk asyik2 mc. Yg mengganti kerja dia plk xdenya dpt extra gaji or bonus, mmg la hangin
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 07:24 AM | Show all posts
Paz dah ada beberapa kes 98 days. Memang kasihan juga department yang terkesan. Kalau specialist, memang kita terpaksa cari temporary staff or outsource. Additional cost disini.

Nanti yang balik bekerja, kita harap dia pun tak terkesan too catch up lah. So far belum tahu sebab masih on maternity.

Kasihan wanita kalau company mula nak hire wanita in Fixed Term Contract. Which banyak benefit Permanent Contract dia tak akan dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 07:33 AM | Show all posts
akan downkah yg terlalu subur nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 23-3-2023 07:16 AM
Mungkin kena ubah akta cuma anak pertama jerr dpt 3 bln cuti free sbb xde pengalaman jaga baby.  Kot ...

2 anak la..kalau 1 cian pulak kn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 23-3-2023 07:59 AM

Ambil bujang andartu antertu dan org tua lah. Kalau perempuan berkahwen asik beranak, yg suami pulak asik cuti hantar anak demam lah, org lain pulak kena ganti kerja mereka tanpa upah, bila famili makin besar pandai minta duit org bujang  
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 23-3-2023 06:17 AM
Betul ke dia kira sebelum ni bayar gaji RM2300 boleh melonjak jadi RM4k sebab tukar 48 jam ke 45 jam ...

Sebelum ni gaji lebih rm 2000 xperlu bayar ot kalau kerja lebih masa.

Kan biasa exec kena kerja lebih masa dekat company kecil for free.

Akta baru ni gaji lebih 2000 pun perlu bayar ot.

45 jam per week maksudnya sabtu kena kerja separuh hari atau max 5 jam.

So company yang kerja full day Saturday kena bayar ot pada pekerja.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 08:19 AM | Show all posts
ashilalat replied at 23-3-2023 01:43 AM
Kalau aku majikan pon, aku akan pikir untung rugi syarikat aku. Baikla aku amik lelaki je keje. Bab  ...

admin meosl laki.. herlookk je buat kerojer

so jgn takut2 nak hire admin lelaki yach!

hat pompunan ritu sendiri berenti sbb tok laki suh duk umah main masak2 aje, padahal umah dgn ofc punya la dekat, jln kaki aje..

ntahhh siappaaaa yg salahhh.. ku tatawuuu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 08:21 AM | Show all posts
pooh~key replied at 23-3-2023 05:49 AM
Eewwwwe akak yang lgbt ni pun tak akan ambik lelaki lembut sis. Sebab lelaki lembut ni emosi mudah ...

haa betoi sis puhkey

meols pun sempat hire laki sado2 umah lemari ni

muka badan herlok taste kurex

tp sbb salu kena kaco ngan staff jejantz lain, berenti dianya... shiannn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.082090 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list