CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11169|Reply: 3

[Tempatan] Sultan Johor minta korang jangan pecah belahkan bangsa Johor

  [Copy link]
Post time 23-3-2023 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah menegaskan jangan ada pihak yang mencuba sebarang usaha untuk memecah belahkan jambatan perpaduan Bangsa Johor.



Sultan Ibrahim bertitah konsep Bangsa Johor yang menyatukan rakyat pelbagai kaum di negeri ini, kekal diamalkan sejak sekian lama.

Justeru, baginda bertitah Bangsa Johor perlu menolak sebarang bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama.

“Sejak dahulu lagi, saya sentiasa menitikberatkan dan mengingatkan semua bahawa persefahaman dan hormat-menghormati antara kaum menjadi tunjang perpaduan Bangsa Johor.

“Saya memberi amaran jangan ada cubaan daripada mana-mana pihak yang mahu memecahbelahkan jambatan perpaduan Bangsa Johor,” titah baginda dalam kenyataan yang diberikan Royal Press Office kepada Bernama hari ini, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda esok.

Titah baginda, Bangsa Johor yang kekal harmoni dan bersatu-padu bukan sahaja menjadikan masyarakatnya lebih baik, malah telah membawa kemakmuran kepada negeri ini.

“Jauhilah sifat hasad dengki, dendam dan buruk sangka kerana ia merupakan satu penyakit berbahaya yang hanya mengundang keburukan kepada masyarakat dan negara,” titah baginda.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas penyaluran peruntukan besar kepada Johor pada Belanjawan 2023.

“Alhamdulillah di atas peruntukan yang diberikan dan moga hubungan baik kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terus diperkukuh demi kemakmuran negeri serta rakyatnya,” titah baginda.- MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
PAS lah tu..

Justeru, baginda bertitah Bangsa Johor perlu menolak sebarang bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 11:04 PM | Show all posts
Bangsa johor sahaja ka?

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana la kalau jadi agong? Bangsa johor sana sini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.052491 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list