KUALA LUMPUR: Bermula 1 April ini, Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang mula diperkenalkan pada 2011 akan dimansuhkan, sekali gus tiada lagi kaedah untuk pembeli rumah pertama memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan. Ini bermakna, pembeli rumah pertama selepas ini perlu menyediakan deposit 10 peratus daripada harga hartanah yang ingin dibeli sama seperti pembeli yang lain. Cagamas Bhd, perbadanan yang bertanggungjawab menguruskan skim berkenaan, menasihatkan pemohon yang berminat untuk mengemukakan permohonan pinjaman atau pembiayaan perumahan di bawah SRP selewat-lewatnya pada 31 Mac ini. "Cagamas ingin memaklumkan bahawa SRP akan dimansuhkan pada 1 April 2023. Sila kunjungi mana-mana cawangan bank yang mengambil bahagian atau hubungi kami di talian 03-2262 1800 untuk maklumat lanjut," katanya menerusi satu notis ringkas di laman web perbadanan gadai janji nasional itu
|