CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2773|Reply: 0

[Pulau Pinang] Susah sangat ke nak ambil lesen memandu?

[Copy link]
Post time 22-3-2023 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Susah sangat ke nak ambil lesen memandu?


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my





JPJ Pulau Pinang melakukan pemeriksaan. FOTO DANIAL SAAD




Butterworth: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang masih mengesan pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu, terutamanya dalam kalangan lepasan sekolah dan penuntut universiti.

Ini kerana, ia kesalahan terbanyak direkodkan sepanjang tiga hari Op Rentas Negeri dijalankan, bermula Isnin lalu.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, operasi yang membabitkan penyertaan JPJ Kedah dan Perlis itu bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang ditetapkan, selain perkongsian ilmu penguatkuasaan bersama-sama penguat kuasa Zon Utara.

Katanya, 3,668 kenderaan diperiksa sepanjang operasi itu dan daripada jumlah itu, 1,356 kenderaan diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

"Tiada lesen memandu masih lagi menjadi kesalahan utama setiap kali kita mengadakan operasi dengan merekodkan 651 kesalahan. Amat mengecewakan apabila masih ramai yang ambil tidak kisah akan kepentingannya.

"Alasan yang sering diberikan setiap kali disoal ialah tiada masa dan bayaran untuk mendapatkan lesen memandu ketika ini terlalu mahal.

"Sebahagian besar yang tiada lesen memandu ini membabitkan golongan berusia 18 hingga 25 tahun iaitu mereka yang terdiri daripada lepasan sekolah serta penuntut universiti," katanya pada sidang media berhubung operasi berkenaan di Plaza Tol Sungai Dua Arah Selatan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Adenan berkata, 1,821 notis saman dikeluarkan pada operasi itu.

"Kami turut menyita 400 kenderaan dengan jumlah terbesar ditunggang oleh warga asing.

"Operasi ini akan diadakan dari semasa ke semasa untuk pastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang," katanya.



Disiarkan pada: Mac 22, 2023 @ 3:10pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.087896 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list