CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4501|Reply: 0

[Pulau Pinang] ZPP tambah nilai sumbangan Ramadan kepada asnaf

[Copy link]
Post time 22-3-2023 12:13 PM | Show all posts |Read mode
ZPP tambah nilai sumbangan Ramadan kepada asnaf


Oleh Nur Izzati Mohamad - Mac 22, 2023 @ 11:24am bhnews@bh.com.my






Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali (kanan) dan Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman menunjukkan replika cek sumbangan program Nur Ramadan untuk diagih kepada asnaf terpilih seluruh Pulau Pinang. - NSTP/ NUR IZZATI MOHAMAD




KEPALA BATAS: Zakat Pulau Pinang (ZPP) akan mengagihkan sumbangan tunai dan hamper berupa barangan keperluan harian bernilai RM4.028 juta kepada 4,261 asnaf di negeri itu sempena program Nur Ramadan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali, berkata pihaknya menambah jumlah sumbangan tunai diterima setiap asnaf iaitu RM700 berbanding RM600 tahun sebelumnya.

Beliau berharap peningkatan jumlah sumbangan tunai berserta pemberian hamper barangan keperluan harian bernilai RM100 itu dapat meringankan beban penerima sepanjang Ramadan ini.

"Ini tahun kedua kita (ZPP) menaikkan jumlah sumbangan tunai kepada asnaf yang layak menerimanya.

"Kita percaya jumlah ini mencukupi untuk mereka belanja apa yang perlu sepanjang Ramadan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serahan Bantuan Nur Ramadan di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam di sini.

Majlis disempurnakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) merangkap Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Hampir 500 penerima dari daerah Seberang Perai Utara menerima agihan Nur Ramadan masing-masing dengan sebahagian daripada sumbangan wang tunai dikreditkan terus ke dalam akaun.

Agihan di empat daerah lain iaitu di Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Timur Laut dan Barat Daya akan dibuat secara berperingkat.

Amran berkata, penerima Nur Ramadan adalah mereka yang menerima bantuan kewangan dan makanan secara bulanan ZPP.

Sementara itu, Ahmad Zakiyuddin berkata, ZPP membelanjakan lebih RM4 juta bagi tujuan berkenaan yang mana RM2.778 juta bagi sumbangan tunai manakala jumlah selebihnya iaitu RM1.25 juta lagi adalah pemberian hamper.

"Kita berharap agihan ini akan memberi sinar kebahagiaan kepada golongan kurang berkemampuan khususnya fakir dan miskin di seluruh Pulau Pinang," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050984 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list