CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3220|Reply: 0

[Perlis] Perlis tetapkan zakat fitrah RM7

[Copy link]
Post time 22-3-2023 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Perlis tetapkan zakat fitrah RM7


BERNAMA





FOTO HIASAN



Kangar: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan bayaran zakat fitrah di negeri ini kekal dengan kadar RM7.

MAIPs menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kadar itu diperkenankan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail setelah mendapat nasihat daripada Persidangan Mesyuarat MAIPs yang memperakukan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bahawa ia berdasarkan harga beras yang lazimnya digunakan oleh masyarakat.

Menurut kenyataan itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan kadar berkenaan di Kem Rejimen 504 Askar Wataniah, Bukit Keteri, hari ini.

"Selain bayaran tunai melalui Amil MAIPs, umat Islam yang ingin menunaikan zakat fitrah dengan beras, boleh mengeluarkannya sebanyak satu gantang Nabawi bagi setiap seorang yang bersamaan dengan berat 2.6 kilogram," titah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang Dipertua MAIPs.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Mohd Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Sementara itu menerusi kenyataan sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata, setiap orang Islam yang tinggal di Perlis wajib mengeluarkan zakat fitrah sepertimana yang ditetapkan bagi dirinya, anak isteri, begitu juga tanggungannya.

"Umat Islam boleh mengeluarkan zakat fitrah melalui amil-amil kariah di seluruh negeri Perlis serta turut boleh menunaikannya dalam talian melalui laman portal MAIPs di www.maips.gov.my," katanya.



Disiarkan pada: Mac 22, 2023 @ 9:35am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.059006 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list