Farid mengeluarkan kenyataan tersebut sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa dia pernah dipukul oleh suaminya pada tahun 2020.
Antara kenyataan dibuat Farid
Sarah memaklumkan, dia terpaksa mendedahkan perkara terbabit disebabkan Syamsul enggan melafazkan cerai pada sebutan pertama kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 7 Mac lalu.
Untuk rekod, Syamsul dan Diana didakwa pernah menjalin hubungan cinta sekitar 2005 sebelum terputus pada penghujung 2008.
Terdahulu, Syamsul yang juga anak penerbit popular Datuk Yusof Haslam berkata, dia tidak lagi aktif di media sosial tetapi mengambil maklum hal diperkatakan sekiranya diberitahu oleh rakan-rakan.
“Saya malas nak main game media sosial. Kita dah tua, kita nak cari rezeki, kita nak kerja. Kalau masa muda-muda dulu okay la kot, sekrang hal remeh temeh (macam ini) saya tak nak. Sebab itu saya cakap saya malas gaduh tetapi ini ujian la,” ujarnya.
Sumber: Utusan Online (Suwarni Mokhtar), Instagram Syamsul Yusof & Farid Kamil