CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13257|Reply: 0

[Kedah] Amanah Kedah serah memo bantahan khutbah Jumaat kempen politik

[Copy link]
Post time 21-3-2023 05:57 PM | Show all posts |Read mode
Amanah Kedah serah memo bantahan khutbah Jumaat kempen politik

oleh   WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR  21 Mac 2023   05:37pm










Mahfuz (lima dari kiri) dan Ismail (enam dari kanan) bersama pemimpin Amanah Kedah selepas menyerahkan memo bantahan khutbah Jumaat kempen politik kepartian kepada JHEAIK di Alor Setar pada Selasa.




ALOR STAR - Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah menyerahkan memo bantahan khutbah Jumaat kempen politik kepartian kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) berhubung seorang khatib yang menyampaikan khutbah berunsur politik di Masjid Sungai Limau, Padang Serai pada Jumaat lalu.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, khatib tersebut telah menjadikan mimbar masjid sebagai medan berpolitik dan dilihat mampu memecahbelahkan umat Islam di negeri ini.

"Kejadian ini berlaku pada 17 Mac lalu di mana khatib membangkitkan dua isu dan menjadikan masjid sebagai medan politik.

“Pertama, beliau menyeru sokongan kepada kepimpinan Perikatan Nasional (PN) dan Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang disebut secara jelas dalam khutbah.

“Kedua, beliau membuat dakwaan bahawa kerajaan Persekutuan bersikap zalim dengan memetik pengeluaran KWSP dan isu Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim," katanya ketika ditemui di pekarangan Pejabat JHEAIK, dekat sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memo bantahan khutbah Jumaat kempen politik kepartian yang ditandatangani Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh kepada JHEAIK.

Mahfuz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kedah berkata, jabatan agama Islam digesa untuk bertindak supaya kejadian tersebut tidak membawa kepada masalah perpecahan di dalam kalangan umat Islam apabila ada pihak parti mengecam parti lain.

Menurutnya, JHEAIK juga digesa menyiasat dua ahli Majlis Fatwa Negeri yang mengisytiharkan hukum wajib bagi umat Islam untuk mengundi PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.




"Amanah Kedah akan mengadakan pertemuan dengan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin yang merupakan pengerusi JHEAIK pada satu tarikh yang akan ditentukan," ujarnya.

Dalam pada itu, Mahfuz turur meminta semua parti dan pemimpin politik agar tidak membangkitkan kenyataan politik agresif dan berpecah belah sepanjang Ramadan ini.

“Mengenai politik pada Ramadan, tidak salah untuk berpolitik pada masa ini tetapi ia tidak sepatutnya membawa unsur-unsur pemecah belah kepada masyarakat.

“Ia harus menumpukan kepada perjuangan untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara,” tambahnya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.325876 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list