CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2128|Reply: 0

MotoGP: Valentino Rossi usaha bantu ‘pulihkan’ Franco Morbidelli

[Copy link]
Post time 21-3-2023 12:16 PM | Show all posts |Read mode

MORBIDELLI berdepan situasi tidak menentu dalam kariernya selepas gagal memberikan aksi kompetitif bersama Yamaha. – AFP



PORTIMAO, Portugal – Ketika prestasi Franco Morbidelli dalam keadaan terumbang-am­bing dan berdepan kemungkinan ‘ditendang’ keluar daripada pa­sukan Yamaha, Valentino Rossi menjadi individu bertanggungjawab mengembalikan semula semangat pelumba Itali tersebut.

Pengarah Sukan VR46, Alessio Salucci menegaskan, pihaknya tidak tahu apa yang berlaku terhadap Morbidelli, tetapi mendedahkan bahawa Rossi menumpukan 60 peratus terhadap anak didiknya itu berbanding Aka­demi VR46 miliknya.

Sebagai rekod, Morbidelli adalah antara pelumba pertama berada di bawah asuhan Rossi ketika Akademi VR46 diasaskan pada 2014 dan kemudian pelumba itu berjaya menjuarai gelaran dunia Moto2 pada 2017.

Setelah melangkah ke kelas perdana pada 2018, Morbidelli terlepas gelaran dunia pada 2020 kepada Joan Mir (Suzuki) dengan hanya dipisahkan 13 mata sejurus mencatat tiga kemenangan dan lima podium.

Sejak itu, prestasi Morbidelli tidak konsisten apabila menga­lami kecederaan lutut pada 2021 dan menyukarkannya menyesuaikan diri dengan jentera Yamaha.

Keadaa itu memaksa­nya menamatkan kempen 2022 dalam keadaan menyedihkan apabila dia berada di kedudukan ke-19 keseluruhan dengan me­ngutip 42 mata.

“Saya akan memberitahu anda satu perkara, Rossi kini memberi 60 peratus tumpuan kepada Morbidelli dan 40 peratus kepada pelumba lain dalam akademinya.

“Kami banyak bekerja dengannya dan ia tidak mudah, tetapi saya tidak dapat menjawab soalan anda apa masalah utama yang membelenggu Morbidelli pada saat ini. Kami berharap tahun ini dia boleh kembali berdaya saing,” Salucci.

Morbidelli menandatangani­ kon­trak dua tahun dengan Ya­maha pada pertengahan 2021 dan kekal bersama pasukan itu walaupun mengalami kesukaran musim lalu.

Disebabkan keadaan yang tidak konsisten, Yamaha dikatakan sedang merisik pemenang perlumbaan Moto2, Alonso Lopez dan beberapa pelumba lain untuk menyertai pasukan satelit tahun depan. –AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... -franco-morbidelli/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.068972 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list