CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4637|Reply: 32

Norjuma Habib Mohamed Diisytihar Muflis

[Copy link]
Post time 21-3-2023 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Norjuma Habib Mohamed diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Geogetown selepas gagal membayar RM260,400 kepada Fame Up Entertainment.


Penolong Pendaftar Siti Zulaikha Nordin @ Ghani merekodkan perintah kebankrapan itu selepas mendengar petisyen kreditor yang difailkan oleh syarikat berkenaan pada Oktober tahun lalu.


Harian Metro melaporkan, peguam Muhammad Hassanuddin Roslan yang mewakili Fame Up Entertainment berkata, mahkamah tinggi hari ini mengisytiharkan Norjuma sebagai muflis.




Foto: Google




Beliau berkata, Norjuma sudah dimaklumkan mengenai prosiding pada jam 9 pagi ini, namun tidak hadir dan mahkamah sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.


"Kami percaya Jabatan Insolvensi akan meneruskan proses kebankrapan ini," katanya.


Menurutnya, secara asasnya, Fame Up Entertainment memfailkan petisyen terhadap Norjuma, dan hari ini sudah ditetapkan untuk pendengaran.


"Mahkamah memutuskan (Norjuma) bankrap selepas dia gagal melunaskan bayaran untuk petisyen kreditor," katanya.


Hadir di mahkamah, pemilik Fame Up Entertainment, Zuriawati Zaidi, 44.


Pada Oktober tahun lepas, dilaporkan Fame Up Entertainment memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap Norjuma.


Notis itu difailkan pada 15 Ogos tahun lalu yang memohon supaya Norjuma membayar RM260,400 kepada Fame Up Entertainment selepas diperintah berbuat demikian oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Muhammad Hassanuddin ketika itu berkata, jika Norjuma gagal melunaskan bayaran itu, Fame Up Entertainment akan memfailkan petisyen kebankrapan terhadap usahawan itu.


Untuk rekod, Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma pada 2019 dan 2020.


Dalam pada itu, Muhammad Hassanuddin berkata, prosiding berhubung waran tangkap terhadap usahawan itu di mahkamah Kuala Lumpur dan Shah Alam, akan diteruskan.


"Waran tangkap itu sudah diserahkan kepada balai polis di Kuala Lumpur dan Shah Alam," katanya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 11:41 AM | Show all posts
teringat cincin tikam
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 11:42 AM | Show all posts
nape ending gini uhuhuhuhuuhuh
dunia2
tapi i suka tudung bawal dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
X tahu nak ckp apa..kesian tgk dia .high fly pastu tersungkur habis..x pssti blh bgn lg ke tak ni...all the best lah juma...sedih tgk org cantik mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 11:45 AM | Show all posts
aik 240K je kot bukan 240 juta.. mustahil Juma takde duit banyak tu..
dah lama sheols mendunia jadi jutawan tudung sebelum naelofar lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 11:46 AM | Show all posts
dalam gambar atas tu rupa mcm ina naim
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2023 11:46 AM | Show all posts
play safe. memang di tunggu dia ni utk declare muflis sebab nak elak bayar. cuci tangan..

padahal hidup masih tidur bertilamkan duit
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 11:47 AM | Show all posts
sbb cantik kesian?
klu x cantik?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 11:47 AM | Show all posts
ayukpingu replied at 21-3-2023 11:46 AM
play safe. memang di tunggu dia ni utk declare muflis sebab nak elak bayar. cuci tangan..

padahal h ...

mungkin juga kan
kalau muflis masih boleh terbang oversea kan.. cuma xleh berniaga dah kan
tapi dia masih boleh guna anak adik anak beranak dia rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 11:50 AM | Show all posts
epal_putih replied at 21-3-2023 03:47 AM
mungkin juga kan
kalau muflis masih boleh terbang oversea kan.. cuma xleh berniaga dah kan
tapi d ...

yes betul. rekod rosak kat bank or any legal department aje.. for future, takleh nak buat loan and etc.

still dia dpt continue business...gune nama anak, driver, maid pun boleh asal ada cash
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia xnak bayar tu bkn xmampu bayar
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 11:52 AM | Show all posts
ayukpingu replied at 21-3-2023 11:50 AM
yes betul. rekod rosak kat bank or any legal department aje.. for future, takleh nak buat loan and ...

ohhh.. bijak2 hahhahahhaa

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 11:54 AM | Show all posts
Dia tak terkesan pun ...percayalah.

Makan sedap pakai mahal tetap continue
Sewel mereng pun continue
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 11:57 AM | Show all posts
kan dia ckp haritu dia kaya.. ada duit... so ko  ingat dia nk bayar? mmg tak le bukan masuk jail pun kekekeee
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 12:01 PM | Show all posts
tu laaa.. aritu kemain berlagak kata banyak duit apa semua.
udahnya urmmmmmmm... tapi kaka tak caya dia ni, acah jer tak mau bayar.
pastu org tya lain jawab lain, mental ke camne.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang atasan sangat…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 12:05 PM | Show all posts
credit : https://www.comparehero.my/debt- ... %20boleh%20memiliki,tidak%20boleh%20melakukan%20sebarang%20perniagaan.


Undang-undang muflis terkini di Malaysia
Berikutan cadangan perubahan untuk akta muflis yang telah dibangkitkan pada 2016, perubahan kepada akta muflis kini telah berkuatkuasa sejak 6 Oktober 2017. Dibawah merupakan perubahan pada undang-undang muflis di Malaysia yang perlu anda ketahui.

1. Had minimum muflis dinaikkan

Sebelum ini seseorang individu boleh diisytiharkan muflis jka mempunyai hutang sebanyak RM30,000 atau lebih. Namun, jumlah tersebut telah ditingkatkan kepada RM50,000 bermaksud jika seseorang mempunyai hutang sebanyak tersebut atau lebih sahaja boleh diisytiharkan muflis.

2. Pelepasan automatik

Sebelum ini juga inidividu yang telah diisytiharkan muflis hanya boleh mendapat pelepasan daripada status tersebut setelah melakukan rayuan di Mahkhamah atau setelah diberikan sijil pelepasan dari Ketua Pengarah Insolvensi. Selain itu, pelepasan hanya boleh dipertimbangkan selepas 5 tahun dari tarikh individu tersebut digelar muflis.

Namun kini dibawah perubahan yang telah berkuatkuasa, pelepasan automatik kini diperkenalkan. Ini bermakna individu yang muflis boleh mendapat pelepasan automatic selepas 3 tahun dari tarikh penyerahan penyata hal ehwalnya.

“Penguatkuasaan undang-undang kebankrapan yang baru dipinda bermula tahun ini. Jika mereka memenuhi kriteria kami, peminjam yang layak akan secara automatik dilepaskan daripada status bankrap tiga tahun dari tarikh pemfailan Penyata Hal Ehwal” –Datuk Abdul Rahman Putra Taha, Ketua Pengarah, Jabatan Insolvensi Malaysia

Bagaimana ia berfungsi ialah, selepas 3 tahun dari tarikh penyerahan kebankrapan, seseorang yang muflis akan secara automatik dilepaskan dengan syarat bahawa penghutang:

telah mencapai sasaran untuk sumbangan hutang mereka
mengisytiharkan liabiliti mereka kepada Jabatan Insolvensi Malaysia
Selain daripada itu, mulai sekarang pemiutang tidak boleh membantah pelepasan dari status muflis bagi beberapa jenis status muflis seperti yang berikut:

penjamin sosial
individu muflis yang mempunyai kecacatan seperti yang tertera di Akta Orang Kurang Upaya 2008
individu muflis yang telah meninggal
individu muflis yang mempunyai penyakit kronik

3. Elak menjadi muflis melalui perkiraan sukarela

Dibawah pindaan undang-undang muflis tersebut juga memberikan individu yang bakal digelar muflis peluang untuk menyelesaikan hutangnya tanpa prosiding muflis diteruskan dibawah perkiraan sukarela di bawah Akta Insolvensi 1967.

“Selagi mereka memenuhi pembayaran dalam tempoh itu, kami akan melepaskan nama mereka” – Datuk Abdul Rahman Putra Taha

Dengan adanya perkiraan sukarela ini, penghutang boleh berunding untuk menyusun semula pembayaran hutang mereka untuk mengelakkan digelarkan muflis. Namun penhutang perlu mematuhi jumlah bayaran yang telah dipersetujui antara pemiutang dan mereka juga perlu memfailkan penyata slip gaji dan perbelanjaan mereka setiap enam bulan sepanjang tempoh tiga tahun.

4. Pengecualian Penjamin Sosial dari Prosiding Kebankrapan

Malangnya antara sebab rakyat Malaysia digelarkan muflis ialah mereka telah menjadi penjamin. Namun dengan perubahan terbaru ini situasi tersebut tidak akan berlaku lagi. Ini kerana pemiutang tidak boleh memulakan apa-apa tindakan muflis terhadap penjamin sosial seperti:

i. penjamin untuk pinjaman, biasiswa atau geran untuk pelajaran

ii. penjamin untuk pinjaman transaksi sewa beli kenderaan untuk kegunaan bukan perniagaan

iii. penjamin untuk pinjaman urus niaga pinjaman perumahan untuk kediaman peribadi
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi dia cakap nak belagak aje.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 12:13 PM | Show all posts
lasagna replied at 21-3-2023 04:01 AM
tu laaa.. aritu kemain berlagak kata banyak duit apa semua.
udahnya urmmmmmmm... tapi kaka tak caya  ...

dia boleh bayar. tapi saja memilih tak nak bayar.
lagipun orang kaya ni mana ada cash sebenarnya.
beli barang memanjang kad kredit. beli stock memanjang nak terms.

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 12:14 PM | Show all posts
norjuma ni gatai bijik
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.065981 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list