CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4718|Reply: 5

[Dunia] Batalkan visa semasa ketibaan, Bali mula hilang sabar dengan kerenah pelancong Rusia, Ukraine

  [Copy link]
Post time 20-3-2023 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 20-3-2023 04:24 PM

Mempunyai pantai yang nyaman, gaya hidup yang santai dan suasana percutian, syurga tropika Bali mempunyai banyak perkara untuk ditawarkan kepada mana-mana pengembara dunia yang ingin bersantai apatah lagi mereka yang melarikan diri dari zon perang.

Tidak mengejutkan, sejak Presiden Rusia Vladimir Putin melancarkan pencerobohannya ke atas Ukraine pada Februari 2022, pulau percutian paling terkenal di Indonesia itu sekali lagi menjadi magnet bagi beribu-ribu rakyat Rusia dan Ukraine yang ingin melarikan diri dari ancaman perang.

Kira-kira 58,000 warga Rusia telah mengunjungi pulau di asia tenggara ini pada 2022 berikutan pembukaan semula selepas Covid-19 dan 22,500 lagi tiba pada Januari 2023, menurut kerajaan Indonesia menjadikan mereka kumpulan pelawat kedua terbesar selepas rakyat Australia. Selain itu, lebih daripada 7,000 warga Ukraine juga tiba pada 2022 dan dianggarkan 2,500 orang pada bulan suku pertama tahun ini.

Tetapi mereka yang melarikan diri dari keganasan telah mencetuskan masaalah di pulau "syurga" itu. Pihak berkuasa Bali minggu ini menggesa penamatan polisi visa semasa ketibaan di Indonesia untuk warga Rusia dan Ukraine, memetik beberapa insiden yang didakwa melibatkan salah laku oleh pelawat yang tinggal melebihi had tempoh visa mereka dan bekerja secara haram sebagai pendandan rambut dan pemandu pelancong tanpa kebenaran.

Tindakan itu menimbulkan kekecewaan warga Ukraine di pulau itu, ramai mengatakan bahawa kebanyakan insiden itu melibatkan warga dari Rusia.

"Setiap kali kami mendapat laporan tentang warga asing berkelakuan buruk, selalu melibatkan warga Rusia," kata seorang pegawai polis tempatan di bandar Kuta kepada CNN, enggan dikenali.

“Orang asing datang ke Bali tetapi mereka berkelakuan seperti tiada sekatan undang-undang. Perkara ini kerap terjadi dan ia harus dihentikan,” katanya.

Pelancong yang berkelakuan buruk menjadi isu sensitif di Bali, di mana warga asing sebahagian besar didapati mabuk, bogel di tempat awam dan tidak menghormati tempat suci.

Pihak berkuasa Bali mengambil contoh daripada kehadiran warga Rusia dan Ukraine di tengah-tengah perdebatan awam yang semakin meningkat terhadap kelakuan mereka.

“Kenapa dua negara ini? Kerana mereka berperang jadi mereka berkumpul di sini,” kata gabenor Bali Wayan Koster pada sidang akhbar minggu ini.

Kemasukan warga Rusia dan Ukraine ke Bali terus berlaku walaupun Ukraine telah melarang semua lelaki berumur 18 hingga 60 tahun meninggalkan negara itu. Rusia tidak mempunyai larangan rasmi, tetapi telah menggerakkan 300,000 anggota simpanan untuk menyertai pertempuran, mendorong ramai pemuda melarikan diri ke luar negara.

CNN telah menghubungi kedutaan Rusia dan konsulat Ukraine di Bali. Pegawai kedutaan Rusia walau bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklum balas. Konsulat Ukraine di Bali berkata, rakyat Ukraine di negara itu kebanyakannya wanita yang datang bertemu keluarga mereka dan bukannya pelancongan yang "sengaja mahu melanggar peraturan".

"Tiada siapa yang mahu tinggal dan hidup di tengah-tengah peperangan," katanya.

Di Bali, sebahagian daripada tarikan adalah dasar Indonesia sendiri yang membenarkan 80 warga negara termasuk Rusia dan Ukraine memohon visa semasa ketibaan. Visa sah selama 30 hari tetapi boleh dilanjutkan kepada 60 hari.

Itu mungkin membuatkan mereka mampu bercuti panjang, tetapi yang ingin tinggal lebih masa mereka tidak dibenarkan bekerja. Pihak berkuasa Indonesia berkata beberapa pelancong Rusia telah dihantar pulang sejak beberapa bulan kebelakangan ini kerana tinggal lebih masa visa mereka, antaranya seorang lelaki berusia 28 tahun dari Moscow yang ditangkap dan dihantar pulang selepas dia didapati bekerja sebagai jurugambar.

Antara yang telah mengembara ke Bali ialah Sergei Ovseikin, seorang artis jalanan yang mencipta mural anti-perang di tengah-tengah sawah padi "mural" yang mencerminkan pendiriannya mengenai kerahan tentera dan perang.

"Seperti kebanyakan orang lain yang terpaksa meninggalkan negara asal kami, saya datang ke Bali sebagai pelancong," kata Ovseikin.

“Rusia berada dalam situasi politik yang sukar. Saya menentang peperangan, tidak kira di mana ia berlaku,” katanya.

"Ramai orang yang tidak bersetuju dengan perang telah terbang ke Bali termasuklah Rusia, Ukraine, Belarus dan lain-lain," tambahnya.

“Kami semua bergaul secara baik antara satu sama lain… dan ketahuilah bukan kami yang memulakan perang ini.”

https://edition.cnn.com/2023/03/18/asia/indonesia-russians-ukrainians-fleeing-war-intl-hnk/index.html




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2023 03:16 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 20-3-2023 03:17 PM

mmg ramai gilers.

aku tinder cewek area bali,
penuh insta whore cewek bule sajer,
kacau daun betoi.

gua mau cari cewek bali



Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 03:30 PM | Show all posts
biasala, Ruski bangsa teroris kepam mana reti ikut peraturan
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 04:37 PM | Show all posts
This article is really amazing. Thanks for the sharing.

My-Estub.com
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Rohingya tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Jagalah adab di mana sahaja kita berada
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.101266 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list