CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9176|Reply: 23

Pengurus syarikat Fazura didakwa berdepan hukuman penjara, sebat, denda

  [Copy link]
Post time 19-3-2023 05:21 PM | Show all posts |Read mode
Pengurus syarikat Fazura didakwa berdepan hukuman penjara, sebat, denda



Pelakon dan usahawan, Nur Fazura pada majlis pelancaran Fazura Store di Sunway Putra Mall. FOTO ROHANIS SHUKRI


Kuala Lumpur: "Kakitangan yang didakwa pecah amanah itu bekerja di salah satu stor (kedai) milik Fazura. Kes masih dalam siasatan."

Demikian kata pengurus kepada pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura, Iman Tang Abdullah.

Menurut Iman, kakitangan berkenaan juga sudah tidak bekerja di premis itu selepas dipercayai terbabit dengan kes pecah amanah.

Pihak pengurusan Fazura membuat laporan polis membabitkan kes pecah amanah terbabit sekitar Ogos tahun lalu.

"Saya difahamkan, pihak pengurusan Fazura yang membuat laporan kes pecah amanah terbabit di Balai Polis Seremban, Negeri Sembilan." katanya.

Terdahulu, Fazura mendedahkan wujud pecah amanah dalam syarikat membabitkan kakitangan perniagaan miliknya.

Menurutnya, kes pecah amanah terbabit membabitkan kakitangan sementara dan sejumlah wang yang banyak.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Seremban pada 10 Mac lalu menetapkan jaminan sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin terhadap seorang bekas pengurus sebuah syarikat.

Tertuduh berusia 28 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah lebih RM40,000.

Kesalahan dilakukan di sebuah pejabat syarikat dekat Nilai, dari 17 Jun hingga 27 Julai tahun lalu.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Kes akan disebut semula pada 24 Mac ini.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... penjara-sebat-denda

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 05:23 PM | Show all posts
sebabtu lah susah nak cari orang yang betul2 amanah... kadang2 ni lah sebabnya cina ke melayu atau india suka hire sedara mara sendiri sebagai pekerja... walaupun boleh buat gaduh tapi sekurang2nya duit tak ke tempat lain ke dalam perut darah daging jua...

orang luar ni lain... ko dah la taktau asal usul dia... setakat tahu alamat entah2 bukan alamat kekal pun... orang nya pulak entah2 jenis berpindah randah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2023 05:28 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 19-3-2023 05:23 PM
sebabtu lah susah nak cari orang yang betul2 amanah... kadang2 ni lah sebabnya cina ke melayu atau i ...

pulak dah
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
agak agak kalu dia mengaku bersalah hukuman di kurang kan x?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sheols muda2 tgn dh bergari. Laki bini rmbang mata kot, bini ke dlm
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sape nok??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2023 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
40k yang tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai kat aeon nilai ke tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 09:29 PM | Show all posts
muda lagi 28 tahun. gelap mata. yg tua renta pon kalo nampak duit orang..ermm
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Asiah jalil ke yg jadi peguambela pompuan ni?

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alahai at 19-3-2023 10:05 PM

Setiap kali datang sini, mesti saya teringat kat Neelofa. Kes Langkah Nilai zaman PKP dolu-dolu.

Hari ni saya datang untuk satu kes berkaitan Fazura. Anakguam saya sebagai yang dituduh, Fazura sebagai pengadu.

Wartawan beratur depan bilik mahkamah. Bila ditanya, wartawan kata, polis suruh datang dan buat liputan.

Saya tak puas hati anakguam saya masih digari, walaupun ikat jamin telah dibayar. Sengaja dibawa berjalan di laluan awam, depan kamera wartawan untuk dirakam.

Neelofa atau Fazura, wartawan suka jadikan tajuk berita. Innocent until proven guilty, itu tak penting

Dari fb asiah jalil



Betulla Asiah jalil peguambela tertuduh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 10:19 PM | Show all posts
40k pun dah rambang mata... tak baloi dek...

kalau 4B........... bole la juga pertimbangkan....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit sales ke.. tak cerdiknya laa
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 10:54 PM | Show all posts
lagi selamat kalau cashless transactions saja di benarkan

nak beli pakai card, e walllet
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 11:01 PM | Show all posts
Kancilkering replied at 19-3-2023 06:57 PM
agak agak kalu dia mengaku bersalah hukuman di kurang kan x?

Ya selalunya boleh dirayu untuk kurangkan hukuman. Kalau kesalahan pertama dan ada tanggungan, ada usaha menggantikan wang yang disonglap, boleh je majistret konsider

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 11:02 PM | Show all posts
watachiwa replied at 19-3-2023 09:29 PM
muda lagi 28 tahun. gelap mata. yg tua renta pon kalo nampak duit orang..ermm

kadang2 bukan jahat pun cuma salah pertimbangan je.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Buruknya baju Fazura kat atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 19-3-2023 11:22 PM
Buruknya baju Fazura kat atas tu


agak lah…kalu pakai hitam lagi ok…

anyway rasa 40k tu duit modal kut…

pandai buat x pandai simpan

tish tish tish
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 02:09 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 19-3-2023 04:23 PM
sebabtu lah susah nak cari orang yang betul2 amanah... kadang2 ni lah sebabnya cina ke melayu atau i ...

jadilah majikan yg layan pekerja mcm family mcm ponder laki bini tuh
yg laki nya suka jual air mata syawal smbil jual modal sahabat sakit dgn bini nya yang buat konten berjalan setempat tu

bagi bonus berkepuk2, bagi kereta, bawak pi umrah..
walaupun sekilas ikan di air pun weols tau la semua tu demi content..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 09:29 AM | Show all posts
alahai replied at 19-3-2023 10:03 PM
Setiap kali datang sini, mesti saya teringat kat Neelofa. Kes Langkah Nilai zaman PKP dolu-dolu.

H ...

dari peguam ni orang start tahu citer faz saman pengurus
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.242687 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list