View: 8565|Reply: 23
|
Pengurus syarikat Fazura didakwa berdepan hukuman penjara, sebat, denda
[Copy link]
|
|
Pengurus syarikat Fazura didakwa berdepan hukuman penjara, sebat, denda

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura pada majlis pelancaran Fazura Store di Sunway Putra Mall. FOTO ROHANIS SHUKRI
Kuala Lumpur: "Kakitangan yang didakwa pecah amanah itu bekerja di salah satu stor (kedai) milik Fazura. Kes masih dalam siasatan."
Demikian kata pengurus kepada pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura, Iman Tang Abdullah.
Menurut Iman, kakitangan berkenaan juga sudah tidak bekerja di premis itu selepas dipercayai terbabit dengan kes pecah amanah.
Pihak pengurusan Fazura membuat laporan polis membabitkan kes pecah amanah terbabit sekitar Ogos tahun lalu.
"Saya difahamkan, pihak pengurusan Fazura yang membuat laporan kes pecah amanah terbabit di Balai Polis Seremban, Negeri Sembilan." katanya.
Terdahulu, Fazura mendedahkan wujud pecah amanah dalam syarikat membabitkan kakitangan perniagaan miliknya.
Menurutnya, kes pecah amanah terbabit membabitkan kakitangan sementara dan sejumlah wang yang banyak.
Sementara itu, Mahkamah Majistret Seremban pada 10 Mac lalu menetapkan jaminan sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin terhadap seorang bekas pengurus sebuah syarikat.
Tertuduh berusia 28 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah lebih RM40,000.
Kesalahan dilakukan di sebuah pejabat syarikat dekat Nilai, dari 17 Jun hingga 27 Julai tahun lalu.
Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda.
Kes akan disebut semula pada 24 Mac ini.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... penjara-sebat-denda
|
|
|
|
|
|
|
|
sebabtu lah susah nak cari orang yang betul2 amanah... kadang2 ni lah sebabnya cina ke melayu atau india suka hire sedara mara sendiri sebagai pekerja... walaupun boleh buat gaduh tapi sekurang2nya duit tak ke tempat lain  ke dalam perut darah daging jua...
orang luar ni lain... ko dah la taktau asal usul dia... setakat tahu alamat entah2 bukan alamat kekal pun... orang nya pulak entah2 jenis berpindah randah... |
|
|
|
|
|
|
|
pulak dah 
|
|
|
|
|
|
|
|
agak agak kalu dia mengaku bersalah hukuman di kurang kan x?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian sheols muda2 tgn dh bergari. Laki bini rmbang mata kot, bini ke dlm |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai kat aeon nilai ke tu |
|
|
|
|
|
|
|
muda lagi 28 tahun. gelap mata. yg tua renta pon kalo nampak duit orang..ermm |
|
|
|
|
|
|
|
Asiah jalil ke yg jadi peguambela pompuan ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alahai at 19-3-2023 10:05 PM
Setiap kali datang sini, mesti saya teringat kat Neelofa. Kes Langkah Nilai zaman PKP dolu-dolu.
Hari ni saya datang untuk satu kes berkaitan Fazura. Anakguam saya sebagai yang dituduh, Fazura sebagai pengadu.
Wartawan beratur depan bilik mahkamah. Bila ditanya, wartawan kata, polis suruh datang dan buat liputan.
Saya tak puas hati anakguam saya masih digari, walaupun ikat jamin telah dibayar. Sengaja dibawa berjalan di laluan awam, depan kamera wartawan untuk dirakam.
Neelofa atau Fazura, wartawan suka jadikan tajuk berita. Innocent until proven guilty, itu tak penting
Dari fb asiah jalil
Betulla Asiah jalil peguambela tertuduh... |
|
|
|
|
|
|
|
40k pun dah rambang mata... tak baloi dek...
kalau 4B........... bole la juga pertimbangkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Duit sales ke.. tak cerdiknya laa |
|
|
|
|
|
|
|
lagi selamat kalau cashless transactions saja di benarkan
nak beli pakai card, e walllet |
|
|
|
|
|
|
|
Ya selalunya boleh dirayu untuk kurangkan hukuman. Kalau kesalahan pertama dan ada tanggungan, ada usaha menggantikan wang yang disonglap, boleh je majistret konsider
|
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 bukan jahat pun cuma salah pertimbangan je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Buruknya baju Fazura kat atas tu |
|
|
|
|
|
|
|
cm_vungtau replied at 19-3-2023 11:22 PM
Buruknya baju Fazura kat atas tu
agak lah…kalu pakai hitam lagi ok…
anyway rasa 40k tu duit modal kut…
pandai buat x pandai simpan
tish tish tish |
|
|
|
|
|
|
|
jadilah majikan yg layan pekerja mcm family mcm ponder laki bini tuh
yg laki nya suka jual air mata syawal smbil jual modal sahabat sakit dgn bini nya yang buat konten berjalan setempat tu
bagi bonus berkepuk2, bagi kereta, bawak pi umrah..
walaupun sekilas ikan di air pun weols tau la semua tu demi content..
|
|
|
|
|
|
|
|
dari peguam ni orang start tahu citer faz saman pengurus |
|
|
|
|
|
|
| |
|