CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10327|Reply: 61

[Tempatan] 'Senang cerita, kalau tak ka­ya, susah nak beli rumah seka­rang ini', harga rumah semakin tidak masuk akal

  [Copy link]
Post time 19-3-2023 10:58 AM | Show all posts |Read mode
BAGI kebanyakan kita apa yang hendak dihairankan sangat apabila berlakunya lambakan rumah yang tidak terjual di negara ini. Lebih-lebih lagi kalau harga sebuah rumah itu mencecah setengah juta ringgit dan ke atas. Siapa yang mampu membelinya kecuali golongan kaya.

Golongan miskin bandar, B40 termasuk M40 hanya mampu tengok. Hakikatnya, sukar untuk memiliki rumah sendiri ketika ini. Bukan disebabkan tiada keinginan atau saja-saja mahu menyewa rumah sehingga akhir hayat, tetapi tidak mampu.

Seorang ejen hartanah juga kawan lama saya, Sam mengakui, ketika ini memang susah untuknya menjual sebuah rumah. Rumah baru atau pun subsale. Sama saja.

Katanya, harga rumah melambung tinggi dan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bank, membuatkan orang ramai jadi takut untuk membeli rumah.

Selain itu, tentulah faktor gaji yang terlalu rendah tidak melayakkan mereka untuk membeli rumah yang kebanyakannya berharga RM350,000 ke atas.

“Senang cerita, kalau tak ka­ya, susah nak beli rumah seka­rang ini. Orang kaya bukan kisah OPR naik atau harga rumah RM1 juta pun. Pemaju pun mana ada membina flat atau pangsapuri lagi. Mereka bina kondo. Tentulah mahal walaupun dua bilik saja,” katanya.

Dia bersetuju peluang untuk golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri kini boleh dikatakan tertutup rapat dengan harga rumah yang tidak masuk akal dan tiada petanda akan berlakunya penurunan harga.

Katanya dengan gaji RM2,000, seseorang itu boleh membeli rumah yang berharga RM150,000 ke bawah. Tetapi adakah pemaju yang membina rumah dengan harga sebegitu ketika ini?

Pada Mac tahun lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua melaporkan, 76 peratus isi rumah di Malaysia adalah berpendapatan atau kurang daripada RM8,333 sebulan yang mana mereka hanya mampu memiliki rumah berharga sehingga RM300,000.

Namun hanya 36 peratus daripada unit perumahan yang baru dilancarkan adalah berharga kurang daripada RM300,000. Keadaan ini memburukkan lagi kemampuan memiliki rumah secara keseluruhan dan meningkatkan jumlah rumah tidak terjual yang berharga lebih RM300,000 di Malaysia.

Baru-baru ini, tinjauan di bawah Kajian Sentimen Pengguna H1 2023 oleh PropertyGuru Malaysia pula memperincikan sekitar separuh rakyat negara ini iaitu 47 peratus tidak berupaya membeli kediaman bernilai RM350,000 ke atas. Dalam tinjauan itui 3 daripada 4 responden ingin kerajaan menggandakan usaha insentif pada pemilikan rumah.

Semalam akhbar Utusan Malaysia pula melaporkan harga rumah dijangka terus melambung ekoran kos bahan asas binaan mencatatkan kenaikan antara 15 ke 20 peratus. Sebagai contoh, jika sebelum ini sebuah rumah dijual RM150,000 akan naik kepada RM180,000 seunit termasuk membabitkan rumah mampu milik di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (Pr1MA).

Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Abd. Gapar Lambak berkata, harga simen iaitu salah satu daripada Barang Kawalan Berjadual melonjak naik sehingga 20 peratus iaitu daripada RM18 setiap beg seberat 50 kilogram kepada RM22.50 bulan ini.

Katanya, apabila harga simen iaitu bahan asas pembinaan terus meningkat, harga barangan lain yang menggunakan simen seperti konkrit, bumbung dan longkang juga akan naik.

Semua ini memberi petanda jelas pada masa depan di negara ini memiliki rumah sendiri adalah satu kemewahan dan hanya untuk golongan kaya sebab ia tidak mampu dibeli oleh orang biasa-biasa apatah lagi yang berpendapatan di bawah gaji minimum RM1,500.

Apabila memiliki rumah sendiri bukan lagi satu keperluan tetapi menunjukkan status kemewahan seseorang dan kebanyakan rakyat di negara ini hanya mampu menyewa bolehkah kita mencanang negara ini sedang menuju ke arah negara maju?

Tidak bolehkah kerajaan mengawal harga rumah seper­ti mengawal harga barang keper­­luan lain? Tetapi itulah, kalau hal ayam dan telur pun sukar diselesaikan, inikan pula ru­mah. Dan akhirnya, pusing-pusing ikut mana pun, perlu diakui faktor utama gaji yang rendah menyebabkan ramai yang tidak boleh membeli rumah.

Dalam keadaan sekarang dengan segala barangan naik harga, mengharapkan harga rumah turun adalah sangat mustahil. Justeru jalan selesai yang kita nampak adalah menaikkan kadar upah pekerja ke tahap yang munasabah mengikut kenaikan kos sara hidup.

Agak menghairankan dalam negara mengalami kos sara hidup semakin tinggi , kadar upah pekerja statik dari dulu hingga sekarang malah ada majikan yang memberi upah terlalu rendah tidak kira yang berpendidikan tinggi atau berpengalaman.

Pada september tahun lalu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat memberitahu, kira-kira 50 peratus daripada 1.62 juta penjawat awam di Malaysia masih belum mampu memiliki rumah sendiri ekoran gaji minimum sektor itu tidak relevan ketika ini.

Katanya, gaji minimum sedia ada menyukarkan kerajaan untuk mencapai sasaran pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan dan matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2025 dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Realitinya, bukan penjawat awam saja tidak mampu memiliki rumah, sekurang-kurangnya ada yang boleh tinggal di kuarters kerajaan dan tidak perlu menyewa dengan harga tinggi. Pekerja-pekerja swasta lebih banyak terkesan dengan gaji rendah dan terpaksa menyewa rumah atau bilik. Tiada siapa yang memperjuangkan gaji mereka.

Kadar upah pekerja yang relevan dengan kehidupan masa kini sekurang-kurangnya dapat membantu golongan berpendapatan rendah untuk bernafas lega dengan segala kemelut kenaikan harga ini.

Pada masa sama, kerajaan perlu stabil untuk menarik sebanyak mungkin pelaburan langsung asing (FDI) bukan berbalah dengan parti politik lawan dan berita buruknya diketahui seluruh dunia.

Segala konsep dan jenama slogan masing-masing setiap kali bertukar pemerintah sepatutnya memenangkan rakyat bukan yang miskin terus tertekan dan kaya raya terus mengaut keuntungan dan meluaskan kekayaan.

https://www.utusan.com.my/rencana/2023/03/harga-rumah-tak-masuk-akal-rakyat-sukar-beli-rumah/



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul harga rumah naik sebab OPR....tapi ada Melayu kata sebab value tanah tu dah naik...so katenye beli cepat untuk investment.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut kena buka penempatan baru outskirt sikit tapi ada jaringan jalan perhubungan yg sgt baik...
Rumah flat bertingkat2 rasanya X perlu kot .better buat town house maximum 2 tingkat je..X pun teres setingkat 4 bilik 2 bilik air pastu ada tanah sikit kat belakang rumah (dlm 10 kaki) utk diaorg belajar  tanam sayur etc...X dibenarkan buat extension rumah yeee
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat rumah mampu tengok sapa nak beli wei??
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
juboqhang replied at 19-3-2023 11:48 AM
Buat rumah mampu tengok sapa nak beli wei??

Pastu banyak defect…harga mahal interest tinggi tp guna bahan murah, rumah byk problem

Rasanya rumah yg x laku ni baik pemaju sewakan…at least ada la pulangan modal sedikit drpd terbiar kosong
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 12:06 PM | Show all posts
rumah yg di buat kerajaan pun mahal....kena hadap la, kos membina rumah memang mahal..tak kan gomen nak bantu 24 jam?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2023 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai2 pindah duk kampung bina tiny house. Nak contoh nusantara, tgk rumah pak belalang dan pondok tempat belajar agama. Sesuaikan dengan design moden kontemporari dan praktikal. Contoh tiny house omputih lagilah melambak.


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 12:39 PM | Show all posts
Buat rumah besar pun esok lusa bila dah tua sunyi jer rumah tu.
Sekarang zaman kediaman bersaiz kompak.
Utilitarian, simple, form follow function.
Setiap ruang terasa 'hidup'.

Zaman sekarang... besar itu sekadar rumah, bukan kediaman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 12:42 PM | Show all posts
suka tengok rancagan yg tunjuk mat mat saleh dok rumah tiby tu ... punya lah kompek .. tapi harga mahal gak ....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ckp kt junior2 pn sama…xyah lh beli rumah klu gaji x byk…sakit nk membayarrr…
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 02:13 PM | Show all posts
so, jalan penyelesaiannya, jual kepada warga asing?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts



kalau kau boleh survive takde toilet , dapur dan yg paling penting kau bukan bersaiz dugong, ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 19-3-2023 11:10 AM
Patut kena buka penempatan baru outskirt sikit tapi ada jaringan jalan perhubungan yg sgt baik...
Ru ...

Sebenor2nya yang silap adalah policy perumahan malaysia ni sendiri.. Malaysia je yang tak buat build to sell concept ni...

negara2 lain semua dah beralih kepada build to sell, meaning developer kena siapkan dulu rumah tu baru boleh jual.. developer yg serve the loan to bank.

Selama2 ni gomen bela pemaju dengan membenarkan konsep bridging loan... maknanya developer kutip2 duit deposit, baru bina... then buyer serve the loan to the bank, and bank bayar duit ikut progress construction je...  so rumah belum siap, developer dah boleh start perumahan lain pulak, sbb dah ada bridging loan on previous development...

Developer takkan rugi.. even project tak siap pun takde masalah.. just bungkuskan the company and buat company baru.. kalo project tertunggak pun, buyer yang hadap sampai AJM.... project delay pun buyer hadap sendiri serve the loan direct to the bank... developer cuci tangan sbb dah rolling ke project baru... or just bangkrapkan kompeni lama and bukak kompeni baru...

Sbb tu banyak property overhang, tambah lg project bermasalah.. semua ni mmg membanyakkan property development project, tp hanya menambah spekulasi harga je..  all the risk ditanggung buyer.. bank and developer lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 04:04 PM | Show all posts
dekat negara mane tu kalu perumahan tak terjual dorg kene denda..tak ingat pula
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
rmh mahai sb '10 orng buat rmh' tu....rega pung naik 10× ganda......
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 19-3-2023 11:10 AM
Patut kena buka penempatan baru outskirt sikit tapi ada jaringan jalan perhubungan yg sgt baik...
Ru ...

Buka kat ceruk mana pun pastu buat highway sikit...rege tetap melambung..contoh kat semenyih n puncak alam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 19-3-2023 12:13 PM
Ramai2 pindah duk kampung bina tiny house. Nak contoh nusantara, tgk rumah pak belalang dan pondok t ...

Org melayu xnak tiny house..susah anak cucu no berkumpul..nk buat open house raya lagi susah
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu zaman BN byk juga flat PPRT naik tgh2 bandar...tapi tu lah ramai x suka...so hadap je lah..dgn kerugian masa covid..payah lah harga nak trn
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak org gomen beli rumah PPAM tapi sewakan kat org luar. Pas tu elok je sambung duduk kuarters tanpa rasa bersalah sedangkan rumah PPAM jaraknye tak sampai 5km.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
JulietTheOrange replied at 19-3-2023 04:04 PM
dekat negara mane tu kalu perumahan tak terjual dorg kene denda..tak ingat pula

Bukan sini pun ada ke law tu klu rumah vacant 5 tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.114690 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list