CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7169|Reply: 69

[Dunia] Pejuang Taliban bosan kerja ofis, ramai mahu berhenti pulang ke kampung

  [Copy link]
Post time 19-3-2023 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Hampir dua tahun selepas Taliban mengambil alih Afghanistan, pejuang jihad yang beralih dari medan perang kepada kerja-kerja sektor kerajaan yang membosankan di bandar itu bersedia untuk berhenti.

Rangkaian Penganalisis Afghanistan, sebuah organisasi non-profit penyelidikan dasar yang berusaha untuk meningkatkan pemahaman tentang kehidupan di Afghanistan, mengeluarkan laporan bulan lalu meneliti bagaimana pejuang jihad yang mengambil alih Kabul kebanyakan terdiri daripada mereka yang tiba di ibu negara itu buat kali pertama menjalani kehidupan di bandar dan peranan baharu mereka.

Penyelidik Sabawoon Samim menemu bual lima pejuang jihad yang telah menghabiskan beberapa tahun hidup berjuang untuk Taliban.

“Mereka berumur antara 24 hingga 32 tahun dan menghabiskan antara enam hingga 11 tahun dalam Taliban mempunyai pangkat berbeza. Seorang komander Taliban, yang juga penembak, timbalan komander dan dua pejuang,” tulis Samim dalam laporannya.

"Secara umum, semua orang yang ditemu bual oleh kami lebih gemar berjuang demi jihad."

Kini, lelaki itu dibelenggu dengan kerenah birokrasi bagi menguruskan sebuah negara kerana mereka bekerja sebagai orang awam dan menjaga keselamatan, menghabiskan terlalu banyak masa menempuhi trafik dan di Twitter, mendambakan ketenangan kehidupan di kampung.

“Peralihan ke dalam sektor kerajaan memaksa mereka mematuhi peraturan dan undang-undang rasmi yang tidak pernah mereka hadapi sebelum ini. Mereka mendapati 'clocking in' kerja pejabat membosankan dan hampir tidak dapat ditanggung, walaupun ada yang mengatakan mereka kini sudah membiasakan diri dengan rutin mereka", menurut laporan itu.

"Kita tidak dapat memusnahkan Taliban, tetapi kerja pejabat memusnahkan Taliban,” kata seorang Tiktoker yang memetik laporan itu.

Bekas pejuang mendapati dirinya kehilangan kebebasan di barisan hadapan kerana terpaksa menyesuaikan diri dengan urusan pejabat. Huzaifa, seorang bekas penembak tepat berusia 24 tahun, berkata, “Taliban dahulunya bebas sebarang sekatan, tetapi kini kami duduk di satu tempat, bermeja dan komputer 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Kehidupan menjadi sangat membosankan kerana melakukan kerja yang berulang setiap hari.”

“Dalam kementerian kami, hanya sedikit sahaja tugasan,” kata Abdul Nafi, 25.

“Oleh itu, saya menghabiskan sebahagian besar masa di Twitter. Kami disambungkan kepada Wi-Fi dan Internet. Ramai mujahidin termasuk saya yang ketagih dengan Internet terutamanya Twitter.”

Mereka juga terpaksa berulang-alik untuk mendapatkan bayaran gaji.

"Perkara yang saya tidak suka tentang Kabul ialah kesesakan lalu lintas yang semakin teruk."

Omar Mansur, 32, berkata. “Sekarang ini, anda perlu bergerak ke pejabat sebelum 8 pagi dan menghabiskan masa di sana sehingga jam 4 petang. Jika anda tidak hadir maka gaji akan dipotong. Kini kami sudah terbiasa dengan situasi ini, tetapi ia amat sukar dalam dua atau tiga bulan pertama.”

https://time.com/6263906/taliban-afghanistan-office-work-quiet-quit/








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
bodohh..duk sibuk berjuang bagai ujung2 bodoh otak berkarat smpi suruh buat keje opis pun fail
Abih cemana ekonomi kau nak maju?
Eloklah mereput
Sblm ni kemain x bagi student pompuan sambung belajar,pastu suruh staf pompuan sume berenti keje opis
Ujung2 kau sendiri bodoh bangsat x reti buat keje opis
Bodoh punya taliban pujaan lebai PAS
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai mujahidin termasuk saya yang ketagih dengan Internet terutamanya Twitter.”

Eleh...ingatkan x cintakan dunia...last2 sama ketagih twitter bagai...tewas gak dgn duniawi...berjihad mende nya sial?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 10:47 AM | Show all posts
Suck it up! Baru tahu susahnya takbir negara...asyik nk menembak jer!





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 19-3-2023 02:35 AM
Ramai mujahidin termasuk saya yang ketagih dengan Internet terutamanya Twitter.”

Eleh...ingatkan x ...

Kalau guna keyword kat twitter
Awek terlampau. Terus x boleh menembak
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 19-3-2023 10:52 AM
Kalau guna keyword kat twitter
Awek terlampau. Terus x boleh menembak

senang jah nk cari kelemahan puak2 taliban ni..hulur je twitter tu 24/7/365 ,depa senyap je la x jadi berjihad dah
Elon Musk tersenyum sinisss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2023 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo taliban bertweet, agak2 apa bende la depa tweet ya..teringin nak baca
Ke tweet mcm ni "rasa menyesal join taliban"
Pastu duk la tggu berapa ramai Like dan RT
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 11:11 AM | Show all posts
Nampak ada persamaan antara Taliban dan empayar Mongol. Puak Mongol ni memang suka berperang tapi dan menawan kawasan baru. Tapi apa sumbangan Mongol kepada tamadun manusia? Zero. Sebab mereka ni bukannya suka mentadbir atau mengembangkan ilmu. Mereka cuma suka menunggang kuda dan berperang.Malah lebih teruk apabila mereka memusnahkan buku-buku ilmiah di Baghdad. Entah berapa banyak sejarah dan pencapaian manusia yang lenyap apabila library dimusnahkan pada waktu siege tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 11:26 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 19-3-2023 10:35 AM
Ramai mujahidin termasuk saya yang ketagih dengan Internet terutamanya Twitter.”

Eleh...ingatkan x ...

heh yang acah2 ticket syorga standby dalam pocket di Malaysia ni pun ketagih dengan socmedespecially tiktok
seolah olah ianya 1 pertandingan popularity
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ape beza dgn org2 PAS & penyokong2 deorg kat sini? Siap ckp why not bodoh nak mamposs org yg support taliban ni. kalau ade otak, baik bagi dkt anjing lagi baik

ni lah padahnya jadi extremist sedangkan Islam ajar utk sederhana.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni boleh lah puak2 taliban main tik tok pulak
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 19-3-2023 11:49 AM
ultra78 replied at 19-3-2023 11:11 AM
Nampak ada persamaan antara Taliban dan empayar Mongol. Puak Mongol ni memang suka berperang tapi da ...


Tuya mongolian yg pernah menggemparkan Malaysia sbb jd translator (social esc*rt).

*Perkataan esc*rt kena ban kat forum cari.
Patutlah dulu byk sgt thread social esc*rt dari tamil nadu.

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 11:54 AM | Show all posts
kemain berjuang berbunuh bagai atas nama islam...ujung2 nkau galak main internet main twitter bagai...puihhhhhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 12:34 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 19-3-2023 02:54 AM
senang jah nk cari kelemahan puak2 taliban ni..hulur je twitter tu 24/7/365 ,depa senyap je  ...

bawak masuk malaysia jadikan diorang buruh kasar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
xAthenax replied at 19-3-2023 11:26 AM
heh yang acah2 ticket syorga standby dalam pocket di Malaysia ni pun ketagih dengan socmedespecial ...

Opkozz..kat tiktok sana tu geli geleman aku tgk muslimah PAS duk bertiktok kasi fakta bagai lalu kt fyp aku nih
Kalo dh bertudung labuh tu,duk diam2 je la buat bende lain berfaedah..ni sibuk main tiktok kejor likes
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 19-3-2023 12:34 PM
bawak masuk malaysia jadikan diorang buruh kasar.

lagi elok kalo tgh2 leka tu depa kono culik sindiket nak harvest organ badan
Hidup pun mcm x bwk faedah kt ummah lain kan...dah la takde education..apatah kg nak majukan ekonomi afgan sana....ni sibuk berjihad jah
So elok la sindiket ni harvest je sume organ body taliban ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 19-3-2023 11:11 AM
Nampak ada persamaan antara Taliban dan empayar Mongol. Puak Mongol ni memang suka berperang tapi da ...

Ha ah...mmg itu le sejarah mongolia
hakikatnya, negara mcm miskin (less developed) je...sbb zmn dulu2, puak2 mongol ni selalu rompak org2 berdagang kat silk road.
Depa rompak, pastu bakar apa saja milik org2 tu sume.
Pastu pi musnahkan perkampungan,sekolah2 smpi takde lgsg ilmu (buku) yg ditinggalkan..ujung2 jd bodoh dan negara pun sendu jah...hanya bangga dgn keturunan leluhur turki jah sbb di mongolia mmg ramai leluhur turkish sbb sejarah dulu2 la.
Kalo org barat, depa rompak tp depa rampas skali barang2 ilmuwan Islam smpi depa maju smpi hr ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
cenel CNA channel news asia (spore) ada buat dokumentari psl taliban after US blah.
Taliban ni sbb dah x dpt support dr negara lain, depa cuma harapkan china jah utk xtvt ekonomi depa
Sbb mmg diorg zero knowledge psl ekonomi,trading,import export etc
So gomen taliban kasi facilities buat ummah china bukak kedai,bisnes di seluruh afgan.
Chinese bisnesman yg kene interbiu tu mmg ckp yg dia kene bagi business training kt puak2 taliban ni sbb mmg depa hv zero idea cemana nk hidup sbg manusia bertamadun.
Byk la lagi..malas nk cite kt sini .pi tgk doku tu sendiri la
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 01:23 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 19-3-2023 01:11 PM
cenel CNA channel news asia (spore) ada buat dokumentari psl taliban after US blah.
Taliban ni sbb d ...

depa tau tanam opium gamaknya depa ni pun high semedang
happy happy kosong
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon hantar jah lobai2  Pas sangkak taliban wannabe mcm PU shit tu kat sana..nk sgt jd taliban kan.. semoga mereput kat sana x payah balik msia dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.082299 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list