Suspek disyaki bersubahat meminta wang suapan berjumlah kira-kira RM2 juta, bagi membantu menyelesaikan kes siasatan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan yang dituduh berkaitan projek Jana Wibawa.
Projek Jana Wibawa: Bekas timbalan pendaftar mahkamah ditahan SPRMSuspek disyaki bersubahat meminta wang suapan berjumlah kira-kira RM2 juta, bagi membantu menyelesaikan kes siasatan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan yang dituduh berkaitan projek Jana Wibawa.
18 Mar 2023, 4:48pm
Bekas timbalan pendaftar mahkamah berusia lingkungan 50an direman selama tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes suapan membabitkan projek Jana Wibawa. (Gambar SPRM)
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas timbalan pendaftar mahkamah, kerana disyaki bersubahat meminta wang suapan berjumlah kira-kira RM2 juta, bagi membantu menyelesaikan kes siasatan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan yang dituduh berkaitan projek Jana Wibawa.
Sumber berkata suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu, dipercayai meminta suapan tersebut sebagai balasan antaranya untuk meminta pihak SPRM menukar keterangan tertuduh kepada saksi, dan menukar pertuduhan rasuah kepada pertuduhan alternatif.
Beliau berkata suspek ditahan kira-kira 9.30 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur semalam.
“Suspek pernah bertugas sebagai Timbalan Pendaftar Mahkamah di Putrajaya, sebelum bersara pada Disember 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut sumber, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan individu tersebut direman tiga hari bermula hari ini sehingga Isnin, selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Razaliah Ab Rahman ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
eh.. polishitians raja rasuah... kaki2nya dalam gomen pembesar2 rasuah.. dua2 ni wajib wujud seiring..
masalahnya rasuah dia level2 tak masuk akal jenis one-offdeal-vanish.
kekayaan tak boleh beli kuasa, tapi kuasa boleh kawal kekayaan.