View: 8840|Reply: 12
|
[Tempatan]
Video, gambar feri baharu Pulau Pinang tular undang rasa teruja orang ramai
[Copy link]
|
|
Video, gambar feri baharu Pulau Pinang tular undang rasa teruja orang ramai

GEORGE TOWN: Beberapa keping gambar dan video dipercayai feri baharu Pulau Pinang yang tular di media sosial sejak semalam menimbulkan rasa teruja dalam kalangan rakyat negeri ini serta pengguna media sosial.
Feri tersebut yang diberi nama Teluk Bahang dipercayai untuk kegunaan pejalan kaki dan penunggang motosikal serta basikal.
Difahamkan, video dan gambar yang tular itu diambil di limbungan kapal di Haiphong, Vietnam dan feri-feri berkenaan didakwa akan tiba di Pulau Pinang, Julai ini.
Sementara itu, jurucakap Penang Port Sdn. Bhd. meminta semua pihak bersabar terlebih dahulu kerana matlamat utama pada masa ini adalah untuk menyiapkan pembinaan feri-feri berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai video serta gambar-gambar feri berkenaan.
”Saya tidak boleh ulas lanjut, nanti tunggu pengumuman mengenainya,” katanya.
Pada Oktober tahun lalu, SPPP mengumumkan komponen-komponen feri serta bentuk feri Pulau Pinang yang baharu telah mula kelihatan yang mana kemajuan pembinaannya adalah 40 peratus siap dan dijadualkan siap sepenuhnya Jun ini.
Bermula 1 Januari 2021, perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang digantikan dengan penggunaan feri bot laju bagi membawa penumpang pejalan kaki manakala bagi pengguna motosikal dan basikal pula digantikan dengan feri roro.
Perkhidmatan feri Pulau Pinang yang berusia 128 tahun adalah perkhidmatan feri tertua di negara ini dan juga perkhidmatan feri lintas selat pertama antara Pulau Pinang dan tanah besar bermula pada 1894. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/video-gambar-feri-baharu-pulau-pinang-tular-undang-rasa-teruja-orang-ramai/
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by matamata at 19-3-2023 01:31 AM
Kecik sangat...tp mmg tak bawak kenderaan kan...oklah kot
|
|
|
|
|
|
|
|
cuma bawak beskal dan motor |
|
|
|
|
|
|
|
Iols drive ke penang jahh.. jaman naik feri sekali jahh aritu |
|
|
|
|
|
|
|
dah takde yg bawak keta ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
feri ni nak buat apa, org nak feri yg boleh sumbat kenderaan sekali |
|
|
|
|
|
|
|
bawa ternakan ok tak,, seperti B b. dan lain2
|
|
|
|
|
|
|
|
feri yang untuk kereta bagai tu kena guna feri yang lain sis. Idok le sampai tak boleh naik pon. Cuma yang ni khusus untuk yang dinyatakan tu sahaja la. |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 19-3-2023 04:38 AM
Lagi laju ke feri ni?
belum jln pun lagi sister... |
|
|
|
|
|
|
|
Langkawi bila lagi..  |
|
|
|
|
|
|
|
tak best, dulu boleh bawa kereta |
|
|
|
|
|
|
| |
|