CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8933|Reply: 26

[Tempatan] Macam biasa...Kerajaan tanggung kenaikan kos haji RM1,000 untuk golongan B40 tahun ini – Anwar.M40 dipandang sepi...

[Copy link]
Post time 19-3-2023 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kerajaan akan menanggung kenaikan kos menunaikan ibadah haji sebanyak RM1,000 bagi setiap jemaah haji golongan B40 pada tahun ini.

Anwar berkata perkara itu merupakan perubahan yang dilakukan Kerajaan Perpaduan berkaitan pemberian subsidi kepada umat Islam di negara ini untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Kita buat perubahan untuk golongan B40, walaupun tahun lalu semasa pentadbiran kerajaan sebelum ini untuk B40 (kos haji) naik RM1,000. Tahun ini sepatutnya naik RM1,000, saya kira-kira rasanya untuk B40 tak perlu.

“Jadi kenaikan RM1,000 itu akan ditanggung Kementerian Kewangan supaya orang (B40) boleh pergi (menunaikan ibadah) haji tanpa kenaikan (kos),” katanya dalam ucapan penggulungan dan penangguhan Kongres Nasional Khas PKR 2023 di sini hari ini.

Bagi golongan M40 pula, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kenaikan kos haji adalah sebanyak RM3,000 manakala golongan T20 perlu membayar kos haji sepenuhnya.

“Jadi ini cara kita melihat yang tidak dilakukan oleh kepimpinan sebelum ini kerana tahun sebelumnya masih naik (kos haji),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Tabung Haji menjangkakan kos bagi menunaikan haji tahun ini akan meningkat lebih RM2,000 kepada RM30,850 bagi seorang.- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergi haji, tak perlu kasta. Tak mampu, tak cukup syarat.

Janganla bab ibadat pun nak tarik pengundi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Haji tu xyah sibuk nak pergi kalau xmampu. Yang terlebih mampu pulak jangan tamak pergi banyak2 kali.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tanggung satu ribu pun masih ramai yang tidak mampu pergi. 50/50 baru ramai yang mampu pak nuar oi!
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 04:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Peruntukan haji tu baik digunakan utk beri bantuan tunai raya ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 04:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 19-3-2023 04:27 AM
FOTHER-MUCKER replied at 19-3-2023 03:02 AM
Tanggung satu ribu pun masih ramai yang tidak mampu pergi. 50/50 baru ramai yang mampu pak nuar oi!


Dia cakap pasal "kenaikan" harga. B40 tak naik gomen belanja. M40 naik 3K. T20 bayo penuh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2023 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 19-3-2023 04:11 AM
Peruntukan haji tu baik digunakan utk beri bantuan tunai raya ke

Options shud be given to golongan yg bersasar ini...

Samada nak gomen top up jika dah  tiba giliran utk kesana atau sbg duit utk persiapan raya(like you said)..ie tukar langsir, perabot atau kusi meja....

Ko ghaser?

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 19-3-2023 01:55 AM
Haji tu xyah sibuk nak pergi kalau xmampu. Yang terlebih mampu pulak jangan tamak pergi banyak2 kali ...

CTCARAS tersenyum sambil,  "lu jealos kew?"

kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 07:48 AM | Show all posts

Bab haji ni kan .. elok bagi peluang kpd jemaah yg sudah berumur pergi dahulu. Itu lagi penting dari sumbangan 1K.

Lebihan kota bolehlah diberi kpd B40 yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 19-3-2023 07:48 AM
Bab haji ni kan .. elok bagi peluang kpd jemaah yg sudah berumur pergi dahulu. Itu lagi penting dar ...

Bagi kat bakal pengundi lebih penting kan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 19-3-2023 07:56 AM
Bagi kat bakal pengundi lebih penting kan?

Yg berumur pun bakal pengundi juga maaaaaa?

Lagi2 dari sudut saikologynyer, WIN...sebab yg muda muda akan rasa keprihatinan kerajaan dlm mendahulukheun yg berumur...mak ayah nenek atuk mereka.....hence akan dapat undi dari golongan muda muda ini juga...

Kheunz?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Jemaah haji B40, m40 & t20 ni nti ddk dlm satu hotel ke hapa dah nuart nk bg subsidi bagai?

....teringat sorang mp mca tanjung piai nk sponsor macit pacit kaw dia pg haji......brp org gamaknya yg dh terhutang budi dgn dia ye?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 08:27 AM | Show all posts
ultra78 replied at 18-3-2023 03:56 PM
Bagi kat bakal pengundi lebih penting kan?


Ada jemaah tua yg telah tunggu giliran bertahun tahun. Yang ini elok didahulukan.

Bab mengundi .. yg tua tua ini kebanyakkannya mengundi PAS. Parti Isle. So tak ada kelebihan utk Nuat.


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 08:36 AM | Show all posts
G haji maseh ada requirement vaxin kobid kea?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
M40 terpaling bayar cukai  tapi taste t20 ni pun satu.pegi umrah ulang alik mcm kampung sendiri.pegi haji merentan nak bantuan  jugak.gi matey
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 19-3-2023 08:36 AM
G haji maseh ada requirement vaxin kobid kea?

Rsa nya ni tertakluk kpd Saudi…sbb dorg tuan rumah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 19-3-2023 07:48 AM
Bab haji ni kan .. elok bagi peluang kpd jemaah yg sudah berumur pergi dahulu. Itu lagi penting dar ...

Itu yg sepatutnya..tp demi nk jd gomen popular nk tarik undi, dibagi semua kt b40.
Pe kate nuar umumkn semua b40 muslim wajib utk pi solat jumaat utk dpt segala bantuan. Culas potong % ikuut brp hari ponteng.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah...bagi peluang seramai mana orang yang boleh. Allah tolong dgn berbagai cara. Kenapa kita nak dengki pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerbumpy replied at 19-3-2023 04:50 AM
CTCARAS tersenyum sambil,  "lu jealos kew?"

kahkahkahkahkahkah

Umrah dan haji or even  nak ke Saudi memang xlah nak jealous.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 19-3-2023 05:15 PM
Umrah dan haji or even  nak ke Saudi memang xlah nak jealous.

Kalo tak jealos...mulut zipped up.....duit org....hasil bersih(bersangka baik) suka hati dorang ler....though i would have to agree with you to a certain extend...duit 20-30k iteww boleh juga diinfaqkheun utk kemaslahatan ummah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.080522 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list