[Tempatan]
Pemaju kayangan lepas tangan,Harga rumah RM300,000 tetapi retaknya merata, parkir umpama kolam ikan, berlumut dan berkeladak,Penduduk kiciwa dapat rumah 'cap ayam'
Ini kenyataan yang perlu dihadapi pembeli rumah di Pangsapuri Harmoni 1, Putra Heights yang menyifatkan kegembiraan untuk memiliki rumah kini bertukar menjadi nasib ‘malang.
Harga rumah hampir mencecah RM300,000 tetapi retaknya merata, parkir umpama kolam ikan, berlumut dan berkeladak.
Kos penyelenggaraan pula RM212 sebulan sementara fasitili yang disediakan seperti tidak setimpal
Menurut salah seorang penduduk, Mohd Kamil Anuar, kos yang dikenakan terhadap mereka jauh berbeza dari segi manfaat yang diterima, jika dibandingkan dengan projek perumahan lain.
Bukan tidak mengadu sebaliknya sudah beberapa kali aduan dibuat tetapi ia umpama anjing menyalak bukit.
Kos yang dikenakan jika dibandingkan dengan projek perumahan yang lain, rumah kami antara yang tertinggi kerana tidak ada sebarang fasiliti seperti, surau, dewan, gelanggang sukan… ada juga yang mempunyai kolam renang tapi di sini langsung tiada fasiltiti.
“Kita sebenarnya sudah adakan beberapa mesyuarat dengan pihak pemaju dan kita simpan setiap minit-minit mesyuarat tetapi respons yang diberikan seperti kami ini ‘kilang kicap’ (ala kadar).
“Mereka tidak berikan tempoh yang konkrit untuk atasi masalah dan setiap kali kami mengadu pihak pemaju sering melengah-lengahkan keadaan maka masalah kami pun akhirnya tidak selesai,” katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.
Seorang lagi penduduk, Que Raffaeel Che Din pula kecewa dengan lif yang dikatakan sering mengalami kerosakan
Lif kalau nak ikutkan masih lagi baru tapi kerap sangat berlaku masalah, dan saya sendiri sudah beberapa kali tersangkut di dalam lif… kadang-kadang kita bawa anak jadi susahla.
“Kawasan parkir memang kerap bertakung, walaupun pihak pemaju ada buat ‘floor trap’ tapi masalah sama tetap berulang… lantai pula berlumut dan ada juga yang dah retak.
“Ada juga kes penduduk yang dah jatuh dan mengalami kecederaan yang agak serius di bahagian muka akibat permukaan lantai tersebut,” katanya.
Sementara itu, penduduk juga menegeluh apabila perumahan yang berkapasiti 1,700 unit manakala dewan yang disediakan pula sekadar cukup memuatkan 10 individu dewasa.
Penghuni mendakwa, semua yang mereka dapat kini tidak sama seperti yang dijanjikan pemaju ketika awal pembinaan dijalankan.
Mendengar kepada keluhan sebahagian besar penduduk di pangsapuri ini, timbul juga persoalan bagaimana projek ini diberikan Sijil Perakuan Kelayakan (CF).
Penduduk dalam masa sama mendakwa pihak pemaju seakan mengambil kesempatan terhadap pembeli untuk mengaut keuntungan walaupun menyedari ia merupakan projek perumahan ‘Rumah Selangorku’.
Sehubungan itu, mereka kini mengharapkan agar pemju tidak ambil sikap lepas tangan dan segera menyelesaikan segala kepincangan yang ada di pangsapuri berkenaan.
Penduduk juga mendakwa, pemaju sudah menutup pintu rundingan.
Saksikan Laporan Khas ‘Beli Lain Dapat Lain’ menerusi AWANI 745 malam ini.
Astro AWANI juga akan mendapatkan reaksi pihak pemaju bagi mendengar reaksi mereka terhadap segala aduan yang disuarakan penduduk.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 18-3-2023 05:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sime Darby Properties? Bos merican nok.
mmg banyak kena research nak beli rumah ni. developer sampai ke sapa buyer sebelah rumah pun kena tgk nok.
akak tak sanggup bayar beribu2 bulan tp kwna hadap develeoper tak beretika mcm Sime Darby Property banyak masalah. Dpt pulak owner sebelah property investor kapitalis silap2 jadi rumah PATI, tak pun 3 famili sumbat satu rumah nenek makcik cucu 4 orang tak keje tiap2 hari brgaduh radio max volume cucu2 menjerit melompat sampai ke malam rasa mcm duduk Uttar Pradesh. kalau nak beli landed property tu lg lah silap2 penuh lori bas buruk dpn rumah.
You have tribunal , courts , pegi je lah buat class action suit. Kalau defect liability masih ada u can still claim. Jmb kalau da tubuh, guna lah untuk claim for common areas issues.
If u think ccc was sketchy, pg pbt yg endorse kan ccc tu. Whistleblow lah. Apasal bagi ccc kalau the building is not in accordance to regulations.
Masuk paper watpe. Nothing can be done accept bad blood between the dev and penduduk. U only have dlp period je. Habis dlp, unless latent defect, pandai2 la hidup.
It depends on your luck juga.my frens beli umah under SD ni...dlm grup wassap la depa cite memasing dpt different treatment based on rege rumah yg ko beli.
kawan yg duk nilai impian, harammm depa nk layan...buat bodo jah bila org ngadu psl defects
Tp kawan yg duk elmina east, kemain cepat depa layan bila kwn aku ngadu psl defects
Kwn yg duk ara damansara lak, pun kemain cepat depa amik tindakan
So mmg SD ni tgk jenis customer la..kalo ko B40 M40 diorg kahakkan je
Hmm kalau start berlumut memang nampak buruk habes rumah, sedangkan bukan tak jaga. Rumah I pun sama, bila dah buang lumut cat baru balik baru nampak "sharp" bentuk rumah nampak kembali terjaga.
See its not good to do this type of complaints dlm medsos. Semua ni akan jeopardised relationship between dev and penduduk. Instead of fefeeling keyboard warrior hujung2 kena lod blk. Lps tu upload plk lg kat medsos.