CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8172|Reply: 53

[Tempatan] Dividen konsisten 13%, lebih saham Bank Rakyat macam goreng pisang panas

  [Copy link]
Post time 18-3-2023 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Sebut mengenai pelaburan, pastinya ramai akan menyebut pelaburan melibatkan Amanah Saham Berhad (ASB), hartanah atau emas. Hal ini kerana pelaburan ini berjaya memberi keuntungan buat para pelabur sekiranya kena dengan caranya.

Dalam pada itu, mungkin ramai yang tidak tahu mengenai saham daripada Bank Rakyat. Menawarkan dividen yang konsisten iaitu 13% atau lebih setiap tahun membuatkan saham ini menjadi rebutan.

Bukan itu sahaja, penawarannya yang terhad membuatkan ramai pelabur gagal untuk mendapatkannya. Malah, terdapat sejumlah besar pelabur saham Bank Rakyat mempunyai jumlah simpanan saham yang kecil.

Dalam usaha untuk memudahkan proses jual beli atau pertukaran milik saham Bank Rakyat yang konsisten menawarkan dividen yang tinggi ini, para netizen menerusi Facebook tampil dengan inisiatif untuk menghasilkan sebuah Group jual beli saham Bank Rakyat.

Menerusi perkongsian dalam Group Saham Bank Rakyat 2023/2024 ini, terdapat pembeli dan penjual yang berminat untuk mendapatkannya.

Lebih mengejutkan, berikutan penawaran saham yang sukar serta mempunyai jumlah peminat yang ramai, terdapat pembeli sedia melepaskan saham namun dengan harga yang lebih tinggi.

Sumber: Facebook Saham bank rakyat 2023/2024

Berdasarkan tinjauan, terdapat pelabur yang sedia menjual saham mereka namun dengan harga yang tinggi iaitu mencecah RM1.90 seunit. Sebagai perbandingan, harga seunit saham yang ditawarkan Bank Rakyat hanyalah sebanyak RM1.

Walau bagaimanapun, berikutan Bank Rakyat tidak lagi menawarkannya lagi setakat ini, membuatkan terdapat segelintir pelabur sanggup mendapatkannya dengan harga tinggi.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang tampil berkongsi anggaran yang diperlukan untuk balik modal berikutan pembelian harga belian yang lebih tinggi.

Orang ramai yang berminat dinasihatkan untuk berhati-hati dalam membuat sebarang pelaburan agar tidak terdedah kepada sebarang isu melibatkan scam dan sebagainya.

https://www.thevocket.com/konsisten-tawar-dividen-yang-tinggi-netizen-hasilkan-group-jual-beli-saham-bank-rakyat/?utm_source=dable

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2023 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyesal iols tk beli banyak saham ni dulu.
Ingat kan selepas tu, Bank Rakyat buka lagi pembelian saham
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama kan bank rakyat tak bukak utk beli saham? Baca kt fb group jual beli saham bank rakyat, poses nak jual beli saham bank rakyat pun cam leceh & amik masa
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
kitaserupaaa replied at 18-3-2023 10:44 AM
Dah lama kan bank rakyat tak bukak utk beli saham? Baca kt fb group jual beli saham bank rakyat, pos ...

iyerrr berjaman dah bank tak offer. last iols sempat beli 2010/2011 mcm tu laa. lepas tu nanhado. tu pun tak dpt byk mana.
time tu berebut makcik2 pakcik2 bawak duit dlm beg berkepok. masa ni online banking tak brp mendunia lg utk acik2 nak pencen.
mula2 iols dpt 3k jah...lepas 3mgu dapat surat bank offer up lagi dari amount first tu. kwn2 iols pun sama dpt lbh krg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 10:56 AM | Show all posts
Bank aktiviti riba ni kan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
untung!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2023 11:22 AM | Show all posts
Untung semua pemegang saham BR. Tahniah!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 18-3-2023 10:23 AM
Menyesal iols tk beli banyak saham ni dulu.
Ingat kan selepas tu, Bank Rakyat buka lagi pembelian sa ...

Samalah kita ingat dia akan buka laguli. Last2 org yg dapat tak nak lepas pula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2023 11:40 AM | Show all posts
teringat pakcik felda sorang ni

masa FGV baru launch

'saham felda paling untung, kalah bank persatuan'


huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
BR byk saham koperasi.. apa rahsianye dek??
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 11:41 AM | Show all posts
bila dah start buat group kat fb mcm ni, tak lama lagi akan keluar cerita 'scammer bank rakyat'....so hati2 la ye
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 18-3-2023 11:41 AM
bila dah start buat group kat fb mcm ni, tak lama lagi akan keluar cerita 'scammer bank rakyat'....s ...

Kannn… dlm kita duk gelabah konon nk beli saham skali kna scam..hati2 lah uols.. senang sgt nk pcaya kt org2 dlm FB tu..

My mom ckp klu nk jual saham ni dgn ahli kluarga je BR bg.. ni klu pegi ckp dgn org dlm bank tu sndri lh.. sbb my mom pn nk let go saham2 nya kt anak2 je
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiskrim yang paling sedap ialah aiskrim Baskin Robbins yang ada peanut butter tu nyum nyum nyum
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 18-3-2023 10:56 AM
Bank aktiviti riba ni kan...

kahkah..loan BR halal kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bank rakyat tak nak bukak ke lagi jual sahammm
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 tahun ni dpt 15%..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapo nk saham BR, akak nk jual
Tp RM10 satu la..bukan 1:1 tp 10:1
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 19-3-2023 02:23 PM
Aiskrim yang paling sedap ialah aiskrim Baskin Robbins yang ada peanut butter tu nyum nyum nyum {:ml ...

Iols suka love potion!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada laaa access utk masuk BR ni hahahahaha..

Iols dpt masuk 55k... harap ada lebih rezeki utk masuk pasni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 19-3-2023 03:00 PM
kahkah..loan BR halal kot

loan br tu apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.108566 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list