CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6983|Reply: 24

[Jenayah] Pelakon belasah isteri ke Hospital Bahagia

  [Copy link]
Post time 18-3-2023 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Kubu Bharu: Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Hafidz, 29, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.

Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Siti Fatimah.

Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dengan cara menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Nurul Qistini manakala Hafidz diwakili peguam Datuk Akbardin Abdul Kader.

Terdahulu Hafidz ditahan pada 10 Mac lalu bagi membantu siasatan dalam kejadian menumbuk isterinya ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Bagaimanapun, pelakon drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.

Media sebelum ini melaporkan seorang ahli seorang ahli keluarga Shuhada mengesahkan wanita itu menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga mengalami kecederaan pada bahagian muka.

Shuhada memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam dan kes pengesahan lafaz cerai itu akan disebut pada 21 Mac ini.

Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

https://www.hmetro.com.my/utama/2023/03/945119/hafidz-roshdi-diperintah-jalani-rawatan-psikiatri-di-hospital-bahagia-metrotv?utm_source=dable


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2023 09:51 AM | Show all posts
dah pukul sampai rabak lagi ... tak mengaku pulak...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasi dia borang ahli Bossku!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik Haniball is waiting for you piss sendu..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 07:56 AM | Show all posts


Apa keputusan ya? adakah akan disahkan sbg insane?

Adakah dia akan ditempatkan di sana utk dptkan rawatan?

Kalau keputusan sebaliknya eloklah ex-wife hire another psychiatrist.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila si garit ditumbuk jantan mental
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2023 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar nak tunggu dia menumbuk bini no 2 pulak. Ni jenis kena provok terus naik kaki tangan ni. Kalau meols lah, memang meols ajak berkuntau aje. Laki tak laki. Semoga takde lah produksi nak ambik heols yg mental ni sebagai pelakon, ada pulak dihempuknya nanti  partner heols, macam mana reen rahim dan fasha Sandha kena.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dah la berlakon mata suka terbeliak2..
nampak sgt ko mental dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua kerja orang gila lah
-Samy Vellu-


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat hantar hospital bahagia?
Hantarlah ke rumah betina penyondol itu yg katanya concern sangat dgn keadaan kesihatan mental jantan kaberet ini
Boleh jimat banyak wang pembayar cukai
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 20-3-2023 01:01 AM
Awat hantar hospital bahagia?
Hantarlah ke rumah betina penyondol itu yg katanya concern sangat dgn  ...

Setuju yang ini. Concern sampai menyondol
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo dia btl2 mental sah ke perkahwinan sblm ni..bukan ke kn waras...LPs ni nampaknye krjn kn tambah ujian kewarasan pasangan sblm nikah..kang dah belasah anak org,dah menyondol tersorok sana sini br tau mental..x pasal2 pasangan yg x mental jd separa mental.. tp tkt lak dia ye mek hospital bahagia.mmg btl2 mental la kot.. biasa org mental ni mmg x mengaku dia mental dan x nk duk dlm hospital bahagia..dia tuduh kita lak yg mental kita lak disuruh duk dlm tu..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Duk dlm cell forensic ward ke?


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh nk puasa.. hrp kau insaf lah dgn perbuatan sendiri. Kau sbrnya baran jer.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 08:25 AM | Show all posts
join polis tembak bini
yg tu pun tgh evaluation jgk

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 20-3-2023 01:01 AM
Awat hantar hospital bahagia?
Hantarlah ke rumah betina penyondol itu yg katanya concern sangat dgn  ...


kesian penyondol mengharapkan hafidz kembali kerumah sekali terus ke hospital bahagia.
semoga berbahagia la semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2023 10:47 AM | Show all posts
pandai dia berlakon depan doktor
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 11:32 AM | Show all posts
sbb dia ngaku kat hakim yg dia bipolar kan ...
tu yg kena antar gi tanjung rambutan ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
amarakasih replied at 20-3-2023 01:23 AM
Setuju yang ini. Concern sampai menyondol

Sekiranya jodoh penyondol dgn alum hospital bahagia tu tak panjang, bolehlah memana isteri yg dah tak larat nak "babysit" suami mental kaki curang sedekahkan aje suami dia kat betina penyondol ni
Bolehlah pegang title betina terpaling caring, terpaling berkebajikan & terpaling prihatin
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 20-3-2023 08:35 AM
kesian penyondol mengharapkan hafidz kembali kerumah sekali terus ke hospital bahagia.
semog ...

Penyondol tercyduk jua akhirnya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.065328 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list