CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11965|Reply: 48

[Jenayah] 11 lelaki ponteng solat Jumaat ditahan JHEAT

  [Copy link]
Post time 17-3-2023 11:16 PM | Show all posts |Read mode



KUALA TERENGGANU - Seramai 11 lelaki ditahan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) selepas dikesan meninggalkan kewajipan solat Jumaat dalam satu operasi di sekitar bandar raya ini pada Jumaat.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Khairul Azizi Idris berkata, semua lelaki beragama Islam berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan sekitar jam 2.10 petang di lokasi berkenaan.

Menurutnya, mereka dikesan sedang berkumpul dan berbual sesama sendiri sehingga habis waktu solat Jumaat.

“Ketika ditahan, ada di kalangan mereka memberi alasan baru balik dari masjid.


“Namun ia hanya satu helah kerana penguatkuasa wanita kita sudah membuat risikan di lokasi sejak jam 1.15 petang lagi sebelum tangkapan dibuat sejurus solat Jumaat selesai,” katanya di sini pada Jumaat.

Khairul Azizi berkata, 11 individu terbabit berdepan dakwaan di bawah Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 (pindaan 2016) kerana tidak menunaikan solat Jumaat.

Bagi kesalahan itu katanya, individu terbabit boleh didenda maksimum RM3,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan bon jamin hadir ke mahkamah,” katanya.

Menurut beliau, Ops Ponteng Solat Jumaat dilaksanakan melibatkan beberapa pegawai penguatkuasa Syariah lelaki dan wanita dari daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang dan Kuala Nerus.

Khairul Azizi turut menasihati lelaki beragama Islam agar tidak culas menunaikan ibadah solat Jumaat kerana ia merupakan kewajipan bagi setiap Muslim yang tidak mengalami sebarang keuzuran.

“Mengikut enakmen kesalahan jenayah takzir, mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan solat Jumaat di masjid kecuali terdapat keadaan dibenarkan hukum syarak merupakan satu kesalahan dan mereka boleh dihukum.

"Oleh itu, kita akan sentiasa memantau dan melakukan penguatkuasaan secara lebih kerap bagi memastikan seluruh umat Islam di negeri ini tidak culas dalam melaksanakan ibadah itu," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2023 12:24 AM | Show all posts
terengganu menuju talibanisme
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang Terengganu acah2 liberal mendapat la
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
esprito193 replied at 18-3-2023 12:24 AM
terengganu menuju talibanisme

Why not ....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
kat rumah iols neh berjemaah depa berborak kat tepi masjid. org habis solat depa pun pakat2 balik
tiap2 mgu tgk sbb tggu dlm kereta smpai anak iols habis solat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 01:44 AM | Show all posts
syamzana replied at 18-3-2023 01:41 AM
kat rumah iols neh berjemaah depa berborak kat tepi masjid. org habis solat depa pun pakat2 balik:lo ...

rumah kaka kat Paka
budak2 petrochemical plant ramai saja yang ponteng tidor bawah pokok rhu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2023 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa sampai ke thp gini, shalatt ni personal kita dgn tuhan, klu kita nak buat kita buat ikhlas, klu kita tak buat pun itu urusan kita dgn tuhan nan satu, nape penguatkuasa nak campo hal2 sgt personal gini, dah nmpk burukkk sgt, mcm satu paksaan, control manusia, bery d talibann lah, patutnya kjaan negeri tadbir negeri elok2 dr segi ekonomi prasanara n perkhidmatan bagaiii bukan sibuk campu urusan tuhan n agama orang huh.

Topic gini ahkak rindu sis changa
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 03:58 AM | Show all posts
n Maideen ofcoz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2023 06:39 AM | Show all posts
sampai tahap gini sekali...kat arab sana ada buat gini ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 06:40 AM | Show all posts
Pegawai lelaki tu pun tak solat jumaat sekali ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
nuryakmal replied at 18-3-2023 06:40 AM
Pegawai lelaki tu pun tak solat jumaat sekali ke apa?

Chuols husnuzon je yg buat taangkapan tu officer pompuan
Xkan peg JHEAT nk buat menda harom kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigihnya la bayar gaji pegawai jaga dosa pahala orang dah tu malaikat tak berkecil hati ka sailang dorang punya keje?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
nuryakmal replied at 18-3-2023 06:40 AM
Pegawai lelaki tu pun tak solat jumaat sekali ke apa?

kerana penguatkuasa wanita kita sudah membuat risikan di lokasi sejak jam 1.15 petang
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 07:40 AM | Show all posts
Sediakanlah borang kepada sesiapa nak keluar …….. tengok ramai tak? Lol
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 07:43 AM | Show all posts
Lebai melayu mengajar umatnya menjadi manusia yang tidak jujur.

Di paksa sudah jadi seperti kanak kanak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
nuryakmal replied at 18-3-2023 06:40 AM
Pegawai lelaki tu pun tak solat jumaat sekali ke apa?

Baca artikel pakai mata keww pakai hidung?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2023 08:02 AM | Show all posts

Aii dah tua so cara fikiran lain sikit.

Aii sokong jer kalau ada yg tindakkan mcm ini. Juga sokong muslim yg bukan muhrim yang terang terang tunjuk public displays of affection dikenakan tindakan.

:-)
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 18-3-2023 01:16 AM
Why not ....

kepala hotak why not
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 18-3-2023 08:02 AM
Aii dah tua so cara fikiran lain sikit.

Aii sokong jer kalau ada yg tindakkan mcm ini. Juga sokon ...

Agung dan peemaisuri berarak berpimpin tangan lovey dovey dlm majlis formal official...dlm kategori mana? ...affection utk ditonton sebelah 'sana'

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau negeri kau camtu pergi la lepak ke berborak kat rumah.  Ini mcm bulan posa tapi gigih nak makan gak kat kedai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.095882 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list