CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9866|Reply: 1

Bini Buat Laporan Kena Scam Kahwin Dengan Suami Sebab Nak Jual Lembu

[Copy link]
Post time 17-3-2023 09:12 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki ditahan selepas polis menerima laporan daripada isterinya yang mendakwa ditipu untuk berkahwin dengan suspek.


Mangsa mendakwa dia dikahwini suaminya hanya kerana memiliki dua ekor lembu yang kemudian dijual atas lelaki itu.


South China Morning Post memetik laporan Star Video melaporkan, Hongjuan yang menetap di wilayah Heilongjiang, China dan memiliki ladang menyedari suaminya, Dacheng sebenarnya tidak berduit dan menipu dengan memujuknya untuk berkahwin.




Gambar hiasan - SCMP




Hongjuan jatuh cinta selepas bertemu Dacheng secara online dan mempercayai dakwaan lelaki itu yang mengaku kaya serta mempunyai syarikat sendiri, tiga hartanah dan wang simpanan 1.1 juta yuan (RM717,693).


Difahamkan, pasangan itu berkahwin selepas berkenalan sekitar 20 hari, namun pada hari perkahwinan mereka, Dacheng meyakinkan Hongjuan supaya menjual dua ekor lembunya untuk membiayai kehidupan lebih baik di bandar.


Wanita itu bersetuju menjual lembunya pada harga 17,000 yuan (RM11,091) sebelum menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila Dacheng tidak pernah pergi kerja dan ketagih membeli tiket loteri menggunakan wang hasil jualan haiwan berkenaan.


Selepas wang tunai habis, Dacheng memberitahu Hongjuan untuk pulang ke rumahnya di luar bandarnya secara bersendirian untuk menyambut Tahun Baru Cina dan berkata, dia terpaksa mengikuti trip lawatan perjalanan perniagaan.


Hongjuan masih mempercayai suami baharunya tetapi kerana tiada wang, dia meminta Dacheng membantu membayar perjalanannya pulang ke kampung, namun mendapati lelaki tersebut telah menukar nombor telefon, memadam akaun media sosialnya dan menghilangkan diri.


Namun, akhirnya pihak bank mengesahkan bahawa akaun bersama mereka tidak mempunyai deposit 1.1 juta yuan menyebabkan si isteri menghubungi polis yang tidak lama kemudian menangkap Dacheng.


“Saya berkahwin dengannya untuk lembunya. Apabila saya perasan dia tidak mempunyai wang lagi, saya tinggalkan dia,” kata Dacheng semasa disoal siasat.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kartun sgt cite ni......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.600739 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list