CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4543|Reply: 0

Syed Saddiq Seru 100,000 Ahli Parti Lawat Mana-mana Rumah Ibadah

  [Copy link]
Post time 17-3-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Peraturan kerajaan Selangor melarang sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadat agama lain tidak dipersetujui Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Mengulas kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berhubung perkara itu, beliau memaklumkan telah melawat rumah ibadah penganut agama lain beberapa kali dan didapati tiada agenda untuk menjejaskan agama Islam di negara ini.




FB




"Negara kita merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk, berbilang bangsa dan agama.


"rogram dan usaha untuk menyemarakkan lagi keharmonian dan kesefahaman antara rakyat seharusnya disambut dengan baik oleh semua pihak di semua peringkat.


"Sebagai Presiden Muda, saya ingin memanggil lebih daripada 100,000 ahli parti untuk melawat mana-mana rumah ibadah. Negara ini adalah rumah kita dan rumah kita bersama," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Pada Rabu, Mohd Zawawi menyatakan sebarang program membabitkan umat Islam di rumah ibadat agama lain adalah dilarang sama sekali di Selangor


Jelas Mohd Zawawi, walaupun menyambut baik program berbentuk kefahaman dan nilai-nilai toleransi antara agama yang dijalankan badan bukan kerajaan (NGO), namun ia mesti mengikut garis panduan ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terutamanya melibatkan aspek perundangan.


Sementara itu, Syed Saddiq menjelaskan Muda terdiri daripada ahli pelbagai latar belakang selain tidak pernah mempunyai masalah untuk bekerja bersama-sama ketika program kemasyarakatan diadakan.


Ujarnya, ahli Muda tidak mengira agama atau bangsa sama-sama membersihkan masjid, tokong, kuil, gereja, gurdwara dan lain-lain tempat ibadah ketika kerja-kerja pembersihan banjir.







"Saya yakin untuk yang beragama Islam, iman mereka sedikit pun tidak terjejas sehingga hendak menukar agama.


"Sebagai seorang wakil rakyat, saya juga telah banyak kali melawat ke rumah ibadah penganut agama lain dan boleh dikatakan tidak ada agenda untuk menjejaskan agama Islam di negara ini," jelasnya.


Tambah Syed Saddiq, beliau dijemput kerana mewakili rakyat tanpa mempedulikan jenis agama, bangsa dan kefahaman politik mereka kerana kebajikan adalah tanggungjawabnya.


Beliau turut mempersoalkan sekiranya enakmen itu akan dipakai terhadap pemimpin-pemimpin besar negara jika melawat ke rumah-rumah ibadah tersebut.


"Malaysia teguh kerana perpaduan dan menerusi perpaduan ini datangnya kemakmuran," ujarnya.


Pada Isnin, sebuah portal media tempatan melaporkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, menganjurkan program Projek Artikel 11: ‘Ziarah Gereja’ mempelawa belia penganut agama selain Kristian untuk menyertainya.


Program NGO bernaung di bawah agensi pembangunan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu menjemput belia khususnya bukan Kristian terlibat bersama dengan matlamat memberi pendedahan tentang persamaan dan perbezaan agama menerusi aktiviti lawatan dan kesukarelawan.


Bagaimanapun pada Selasa, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dilapor berkata, program itu bukan bertujuan memberi gambaran semua agama yang dianuti rakyat Malaysia adalah sama rata.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.052567 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list