View: 6637|Reply: 13
|
Ramai Terkejut, Baru Tahu Beto Kusyairy Yang Pakai Sut Along Sifir Era 1990-An Dulu
[Copy link]
|
|
Ramai terkejut apabila mengetahui watak kartun popular era 1990-an iaitu Along dipegang oleh Beto Kusyairy.
Rancangan kanak-kanak popular itu pernah disiarkan sekitar 1997 hingga 2000 yang menfokuskan berkenaan bijak sifir itu kemudiannya ditamatkan siarannya.
Sebelum ini, Beto Kusyairy kembali popular setelah tular video senyumannya ketika mempromosikan satu jenama Baju Melayu bulan lalu.
Terbaharu, filem lakonannya Imaginur yang ketika ini masih ditayang di pawagam-pawagam tempatan juga turut mendapat pujian ramai selepas Beto Kusyairy dikatakan berjaya membawa watak utama filem tersebut.
Pengguna media sosial rata-rata memuji dan terkejut apabila mengetahui Beto Kusyairy merupakan individu yang berada dalam sut watak Along.
“Aku baru tahu dia rupanya Along, bagus Beto bermula dari bawah, bermula dari tidak dikenali. Tahniah tingkatkan lagi usaha dalam bidang lakonan anda,” jelas Nadia Farah.
“Sebenarnya tidak lama Beto pegang watak Along, tetapi dia adalah yang pertama pegang watak itu,” kata Zalisham. – CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 17-3-2023 04:13 PM
Oh ye ke? Patut la kaka tak minat Along ni lah peluang iols untuk pura2 tak tahu rancangan ni ...
Kak dud skrg makin rajin ye type panjang2.. |
|
|
|
|
|
|
|
tiap tahun mesti keluar article gini |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok gak dulu tgk along ni.
Rasanya pernah dah baca cerita mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
yang ni ada siti sifir tu kan? so sapa pulak yang jadi siti sifir nyah? sajat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon nadhir nasar pakai baju maskot gak |
|
|
|
|
|
|
|
Rancangan Along nih mula2 best pastu KRU Productions amek sekejap terus jadi syok sendiri terus gone. |
|
|
|
|
|
|
|
A l o n g along
A l o n g along
Bijak pandai
Cerdik cergas
Pintar rajin
Saya bijak skali
A l o n g along
A l o n g along
Ok spe yg belh sing along kta geng hahahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
beto jgk dlm muzik video elegi sepi azharina thn 2004
dekat 20 thn dh lagu tu rupanya
nk kena pi cari este loder jgk ke ape ni
@dudaberhias
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 16-5-2023 03:47 PM
beto jgk dlm muzik video elegi sepi azharina thn 2004
dekat 20 thn dh lagu tu rupanya
Alamak iols taktau lagu hapooo tu... Zaman bila release lagu ni kaka?
Agittew pura2 tak tahu supaya tak payah mengangkang ke sephora untuk borong esteloder
|
|
|
|
|
|
|
|
Along yang baru kan.Bukan along yang masa awal awal tuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|