CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4416|Reply: 4

Banyak Kemalangan Berlaku, Polis Diminta Pantau Lori Simen

[Copy link]
Post time 17-3-2023 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Pihak berkuasa digesa kira-kira 60,000 penduduk sekitar Saujana Utama, Sungai Buloh supaya memantau aktiviti lori simen yang membawa muatan berlebihan sehingga berlaku tumpahan ke atas jalan sehingga membahayakan pengguna laluan berkenaan.


Difahamkan, sudah berlaku beberapa kemalangan membabitkan penunggang motosikal yang terjatuh selepas melalui jalan yang licin akibat tumpahan simen dari lori terbabit.




Penduduk Saujana Utama bersama pasukan Bomba Sukarela membersihkan sisa simen yang tumpah ke atas jalan raya di kawasan berkenaan. FOTO IHSAN PENDUDUK SAUJANA UTAMA





Pengerusi Majlis Permuafakatan Penduduk Saujana Utama (MPPSU) Khairul Annuar Jalaluddin berkata, pihaknya mula mengesan aktiviti lori simen itu sejak lebih enam bulan lalu tetapi tidak pasti dari mana serta ke mana hala tuju lori berkenaan.


"Saya tidak pasti dari mana lori-lori ini. Kadang-kadang kami lihat ia menghala masuk ke Jalan Saujana Perdana seterusnya di persimpangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menghala ke Puncak Alam dan waktu kemuncak operasi mereka adalah pada lewat malam antara 10 malam hingga 12 tengah malam.


"Apabila berlaku tumpahan simen, kami bersama pasukan bomba sukarela terpaksa melakukan pembersihan segera kerana bimbang jika dibiarkan akan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya terutamanya jika simen itu sudah keras dan menyebabkan permukaan jalan tidak rata," katanya yang mewakili 38 pengerusi taman seluruh Saujana Utama ketika dihubungi, baru-baru ini.


Beliau berkata, aduan juga sudah dihantar kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melalui ahli majlis kawasan dan juga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) Paya Jaras mengenai perkara itu.


Bagaimanapun, katanya, lori simen berkenaan dilihat berterusan melalui kawasan terbabit.


Menurutnya, pihak MPKS sebelum ini turut memaklumkan penduduk bahawa mereka sudah membuat aduan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan pemantauan terhadap aktiviti berkenaan.


"Kami berharap pihak JPJ dapat buat pemantauan dan juga mengambil tindakan kepada pemandu degil ini yang membawa muatan berlebihan dan membuat onar selain tidak mengendahkan simen ini berterabur atas jalan raya sehingga ia keras dan menyebabkan permukaan jalan rosak.


"enduduk juga berasa tidak selamat apabila memandu di atas jalan yang sebegitu.


"Kami penduduk Saujana Utama tidak menghalang pembangunan cuma berharap pihak bertanggungjawab mematuhi peraturan di jalan raya demi keselamatan masyarakat di sini.


"Syarikat berkenaan perlu bertanggungjawab untuk memastikan pemandu bawa keluar lori simen dalam keadaan bersih dan tidak membuang sisa simen di atas jalan raya di sekitar Saujana Utama khasnya," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada SPAD tapi dihapuskan

Tokey2 lori benci amat sama spad ni wooo takleh disuap woo.. tokey takleh cari makan wooo
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak perumahan tgh naik sekeliling saujana utama tu mcm puncak alam, elmina
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasang palang besi setinggi 2 meter tak boleh ke? Pasang yang tebal2 punya. [em:4:]
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 17-3-2023 09:29 PM

Siput berak berak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.060818 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list