CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4605|Reply: 17

Ada 100 Nama Dalam Senarai, Jamal Abdillah Masih Dilema Pilih Yang Sesuai Untuk Bakal Bayi Keenam

[Copy link]
Post time 17-3-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Jamal Abdillah,63 masih dalam dilema mencari nama sesuai untuk anak keenam yang bakal dilahirkan secara pembedahan, 1 April depan.


Setakat ini, kira-kira 100 nama sudah berada dalam senarai namun dia dan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, masih belum jumpa nama yang sesuai untuk anak perempuan mereka.


Foto: IG




"Saya masih belum jumpa nama yang menarik minat saya. Kalau nama panjang sangat, tidak berapa sesuai pula. Saya mahu nama anak itu sedap untuk dipanggil.


"Bagaimanapun, nama dipilih mesti membawa makna yang baik. Selain itu, nama Yamani mesti dikekalkan," katanya kepada BH Online.




  



Jamal berkata, ketika ini, dia dan isteri masih membuat pertimbangan sewajarnya sebelum menentukan nama anak mereka.


Malah, Jamal berharap proses memilih nama dapat diselesaikan sebelum tarikh kelahiran anaknya yang berbaki 16 hari lagi.


"Kami masih buat perbandingan nama yang sudah disenarai dan yang dicadangkan peminat.




  



"Semestinya kami mahu nama yang membawa makna baik dan sedap disebut. Kalau boleh, saya mahu dapatkan nama untuk anak keempat ini sebelum 1 April depan.


"Saya dan isteri pilih tarikh kelahiran anak keempat ini pada 1 April depan kerana sama dengan tarikh perkahwinan kami," katanya kepada Berita Harian.


Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai pada 1 April 2017.




  



Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani atau Zack, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.


Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 17. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
udah2 ler tu tok mal.. umur2 camtu patutnya bercucu, bkn beranak kecik..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah2lah membiak. Dunia ni dah terlalu overpopulated. Jangan jadi selfish. Kalau mampu, pi kutip bela anak2 terbiar.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 06:38 PM | Show all posts
sudah2 lah membiak nyahhhh... anak2 ko bukan herlokkk macam hun haqeem, meer qeen, syafi tee pun... yang zaki tu je ok sikit... tu pun hausssss...

yang hanak2 rhoperrr budis srivijaya jajahan tumpat pulak yang gigih nak beranak macam arnab contohnya fad ohceh, lan diamond... sampai lari pembantu rumah sebab stress... dah la keje banyak kena buat sorang2.. nak kena hadap2 anak yang tak comey langsung plak tu... yihhh!!! so? lari sehelai sepinggang...

nak tunggu ciknek lembik lama lagi nyah! bukan laki boleh menopos pun...

anak sedia ada tu pun tak terjaga elok lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah tak jadi ke date 23.03.23 tu?
Anak2 dia kan semua date lawa2 sblm ni maklumla operate belaka bleh la pilih2 date.

Kena kongsi plak besday ngn anniversary mak ayah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur 27 thn anak 4 .... Hebat bini dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2023 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai.. pilih nama pon payah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa susahhhhhhhh Ghazal Rabiah Yamani sudah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
halahh halahhh serupa baru first time ada anak
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai situa bangka kerepot ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
4 anak berderet tahun. Perghhhh... Tak kesian bini ke tokmal?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nur Joyah Yamani....nick Joy....ok jer kut.

Tak pun Seroja , Rabiah , Juliana, Laila
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh stop.
Kira OK dah bilangan anak tu. Lelaki ada, perempuan pun ada.
Kualiti vs kuantiti.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahmad Serenti voley?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 11:08 PM | Show all posts
lerrr... belom jumpa lg nama sesuai utk anak ko ya tok.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak verderet selang setahun. Semua cser.
Seriauuuu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2023 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
6 org dah anak beliau
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Cukup ke rete tggl tuk ank bini sok mati
Jgn nnti abg2 kn bela adik x pn mtk bantuan
Insurance n hibah beli byk2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.061112 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list