CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3557|Reply: 0

Atuk Bunuh Bekas Kekasih Di Pusat Beli-belah Guna Serbuk Toksik

[Copy link]
Post time 17-3-2023 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita maut dibunuh bekas kekasihnya menggunakan serbuk toksik yang tidak diketahui sifat bahannya di sebuah pusat beli-belah di Colombia.


Setiausaha Keselamatan Tempatan, Mariano Atehortua berkata, Luis Carlos Aguirre 67, dilaporkan mencari bekas pasangannya, Maryori Munoz, 40, di sebuah pusat membeli-belah berhampiran Medellin kerana bekas pasangannya itu bekerja di salon kecantikan.




Eltiempo




Atehortua memberitahu Blu Radio, Munoz dikatakan meninggalkan tempat kerjanya untuk bertemu Aguirre yang didakwa mengganggunya, tetapi kembali dalam beberapa minit untuk meminta bantuan.


Pegawai pusat membeli-belah, kakitangan perubatan dan polis dilaporkan merawat Munoz di tempat kejadian dan memindahkannya ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.


Kata pegawai keselamatan itu, hospital memaklumkan bahawa kornea mata mangsa musnah sepenuhnya, begitu juga saluran pernafasannya.


Malah, suspek sendiri dilaporkan mengalami masalah pernafasan.


Difahamkan, seorang pegawai bomba, dua anggota polis, dua pekerja hospital dan dua orang awam yang lain di pusat beli-belah itu turut jatuh sakit akibat terkena bahan itu dan mengalami gejala termasuk loya, muntah dan sakit kepala.


Pun begitu, semuanya berada dalam keadaan stabil dan dua tingkat pusat membeli-belah yang tercemar dengan bahan toksik itu turut ditutup.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.057395 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list