CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3912|Reply: 0

Datuk Roy Ditahan Semula Lepas Dibebaskan Semalam

[Copy link]
Post time 17-3-2023 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Individu dikenali sebagai "Datuk Roy" direman empat hari bermula hari ini selepas ditahan semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.


Lelaki berusia 54 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, bagi permohonan reman untuk membantu siasatan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.




Lelaki berusia 54 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman untuk membantu siasatan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). -Gambar fail/Sinar





Peguamnya, Fahmi Abd Moin berkata, SPRM memohon tujuh hari lanjutan reman terhadap Datuk Roy bagi siasatan kes membabitkan beberapa individu dan pegawai SPRM.


Namun, mahkamah membenarkan permohonan SRPM untuk melanjutkan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 20 Mac.


Sebelum ini, Datuk Roy direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.


Lelaki itu yang dibebaskan semalam, ditahan semula di Pejabat SPRM jam 3.45 petang semalam.


Terdahulu, dia diburu SPRM kerana didakwa menjadi perancang utama dalam siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan program Jana Wibawa.


Empat individu, termasuk seorang pegawai SPRM ditahan, namun kemudian dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berkenaan atas tujuan sama.


Datuk Roy yang beralamat di Kuantan, Pahang pernah dipenjara kerana terbabit kes rasuah.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.066393 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list