CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5366|Reply: 18

Kamal Adli Masih Lemah Tapi Boleh Jalan Perlahan, Uqasha Senrose Dah Pasang Peguam Dan Buat Laporan Polis Sebab Dituduh Kaki Buli

  [Copy link]
Post time 17-3-2023 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Uqasha Senrose memaklumkan Kamal Adli sudah boleh melakukan beberapa pergerakan termasuk berjalan perlahan.


Namun keadaan Kamal masih lemah dan dia lebih banyak terbaring di atas katil serta perlu menjalani rawatan susulan di hospital.


Foto: IG




“Kamal sudah boleh bercakap dan kena makan ubat tahan sakit. Masih ada rawatan susulan di hospital,” katanya menerusi sesi perkongsian live di Tiktok


Sementara itu, Uqasha Senrose dah membuat laporan polis berhubung dakwaan berbaur fitnah oleh seorang wanita yang mengaku kononnya dia menjadi mangsa buli sejak zaman sekolah.


Dia juga melantik peguam bagi menguruskan kes tersebut serta tindakan susulan yang akan diambil terhadap pengadu berkenaan.




  



“Segalanya akan terjawab nanti dan pihak peguam akan buat siasatan terperinci. Saya pun hairan bagaimana dia boleh tuduh saya pernah buli dia?


“Saya nak tegaskan tak pernah buli orang di sekolah sebab saya yang banyak berpindah sekolah masa tingkatan empat dan lima dulu.”


Tambahnya, “Ini bukan benda kecil sampai saya terpaksa baca benda tak betul dan trending di Twitter. Kalau betul kenapa sekarang baru nak cerita? Kononnya macam-macam saya dah buat pada awak.




  



“Kak Yongnya saya, kuatnya saya sampai boleh buat awak jadi trauma. Awak tuduh saya kaki buli, talam dua muka sampai buat orang lain nak bunuh diri.


“Saya teringin nak kumpulkan guru-guru dan rakan-rakan sebab sekolah itu pun masih ada, betul ke saya ini pembuli?”




  



  



“Awak tak berjaya buat saya lemah, sebaliknya awak buat saya lebih bersemangat.


“Awak kacau mental saya, siapa buli siapa sekarang? Kalian yang turut komen macam-macam di Twitter juga seolah-olah sudah kenal lama dengan saya sebenarnya buli siber terhadap saya."-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Rs bukan kaki buli uqasha ni .sbb dia baik je dgn semua org kalo tgk komen2 org lain. Ppuan tu mng ada niat jahat tu sbb time org ditimpa susah ni dia buka cerita pulak. Lps tu bgtau jgnla buli siber kt uqasha pulak. Wht do you expect? Kdg2 minda victim ni ada je kt mana2. Kita x ambik tau pasal dia pun tp dia seolah2 rs macam org slalu cerita hal dia etc. So bgsla uqasha psg lawyer semua ni. Tunjukla bukti kalo ko benar
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ditunjukkan semua kebenaran.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 05:47 PM | Show all posts
SisLena replied at 17-3-2023 01:52 PM
Rs bukan kaki buli uqasha ni .sbb dia baik je dgn semua org kalo tgk komen2 org lain. Ppuan tu mng a ...

Kat twitter org pergi korek tweet2 lama pompuan tu, memang kaki gaduh. Entah2 dia yg buli uqasha dulu tp uqasha lawan balik, dia play victim

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 06:15 PM | Show all posts
Go uqasya go.... kasi bongkar semua... if you are being frame fight for your rights
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 18-3-2023 05:47 PM
Kat twitter org pergi korek tweet2 lama pompuan tu, memang kaki gaduh. Entah2 dia yg buli uqasha d ...

Kalau betul, mesti now pompuan tu tgh gelabah ketet...haaa..tu la main sedap rasanya jari menulis...hadap la lawyer lps ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2023 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mementang lawa..ramai tul yg backup
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 18-3-2023 06:21 PM
Mementang lawa..ramai tul yg backup

Bkn bekap tp ko gi baca apa dia ckp pasal dia sakit lupus.

Mmg kaki pusing.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2023 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Td aku baca bnyk da twit2 dia da pdm. Mesti dia gelabah teks.

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
x ada masalah cari masalah perempuan tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 18-3-2023 05:47 PM
Kat twitter org pergi korek tweet2 lama pompuan tu, memang kaki gaduh. Entah2 dia yg buli uqasha d ...

Betul jugak ni. Make sense... Baca citer minah tu pun mcm tk explained apa yg si uqasha ni buli dia... Then bru2 ni je muncul.. Pelik2 je.. Elok la uqasha file saman..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 18-3-2023 06:21 PM
Mementang lawa..ramai tul yg backup

Pompuan lg satu tu yg muka bitchy.
Bukan pasal uqa cantik je. Tp bila org tgh sedih ko bukak pulak citer ko kn buli, situ nampak ko xde empati
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 18-3-2023 06:21 PM
Mementang lawa..ramai tul yg backup

I rasa bukan sbb dia lawa. Sbb si mangsa nya tu agak aneh orangnya. Tweet dia yg lepas2 pon semacam je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Selepas kita membaca beberapa tangkap layar wanita yang dikatakan mangsa buli itu, kita turut merasa ragu dengan dakwaan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 09:02 PM | Show all posts
eh kan ada bebudak sama sekolah dgn 2 org ni...dorang ckp  minah tweet ni palling suka buli org and si uqasha sorang yg berani nak berdepan dan backup...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian Kamal....dah lah sakit...takut kena aim lagi.
Minah twitter tu kasi masuk penjara jer terus. Jangan bagi muka. Tak sedar diri awak tu berpenyakit boleh pulak nak fitnah org yg tengah trauma.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah kamal dah ok
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa la kisah di sebalik semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg pompuan tu mcm sesuatu
Gi komen pasal si uqasha konon kaki buli
Pastu ko remind netz jgn kecam uqa ni
Eh eh eh....
Ko dah viral tapi x nak netz kecam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.075257 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list