Kecoh ciapan seorang pengguna Twitter yang meluat melihat aksi mesra pasangan kekasih bercumbuan di sebuah konsert di stadium Axiata Arena.
Kredit foto: Twitter
Amran Fans yang berkongsi video kejadian dipercayai berlaku ketika kumpulan ST12 membuat persembahan menyelar pasangan berkenaan tiada maruah kerana memaparkan aksi tidak senonoh di khalayak.
Bagaimanapun, seorang individu tampil membidas kenyataan Amran dan menegaskan dia berhak melakukan sesuka hatinya hatta bercumbu dengan kekasih kerana dia membayar tiket konsert berkenaan.
Kredit foto: Twitter
Malah, dia dengan berani menggesa orang ramai menormalisasikan PDA (public display of affection) atau menunjukkan keintiman bersama pasangan di hadapan khalayak.
"Tak suka, jangan pandang. Hang siapa nak soal? Tak kisahlah, konsert ke, restoran ke, it's an act of love and affection. Bukan buat sex tape," ujarnya.
Kredit video: Twitter AmranFans
Susulan kenyataannya itu, ramai warganet meluahkan rasa tidak setuju.
Dia lupa ke dengan rukun negara ke lima iaitu kesopanan dan kesusilaan? - CARI |