CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9269|Reply: 64

[Tempatan] 5 bank dalam pengawasan 'radar' SPRM

[Copy link]
Post time 16-3-2023 05:10 PM | Show all posts |Read mode
5 bank dalam pengawasan 'radar' SPRM

https://www.bharian.com.my/berit ... ngawasan-radar-sprm

Oleh Aliza Shah - Mac 16, 2023 @ 4:55pm
[email protected]



KUALA LUMPUR: Lima bank utama di negara ini berada di bawah pemerhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai digunakan sindiket penipuan antarabangsa untuk melakukan transaksi pemindahan wang mangsa yang ditipu sehingga RM1 juta sehari.

Peranan bank berkenaan terdedah susulan siasatan SPRM atas kejayaan menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa di negara ini menerusi Operasi Tropicana (Op Tropicana), baru-baru ini.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 20 kakitangan bank terbabit termasuk juruaudit dan pegawai kaunter hadapan, dipercayai berperanan memudahkan sindiket membuka akaun.

Akaun-akaun ini kemudian digunakan oleh sindiket untuk mengutip wang tunai yang didepositkan oleh mangsa yang menjadi mangsa penipuan.

Siasatan SPRM mendapati kebanyakan mangsa setakat ini dikenal pasti sebagai warga Australia dan United Kingdom (UK).

Pegawai bank itu juga dilaporkan akan 'menutup mata' terhadap sebarang laporan transaksi mencurigakan pada akaun bank berkenaan.

Peranan pekerja bank itu menyebabkan sindiket penipuan mampu mengaut keuntungan kira-kira RM200 juta hanya dalam tempoh tiga bulan.

Sebagai balasan, mereka akan menerima upah antara RM1,000 hingga RM2,000 bagi setiap akaun bank yang berjaya dibuka untuk kegunaan sindiket.

Menurut sumber, akaun berkenaan hanya digunakan untuk tujuan transit kerana sindiket akan segera mengalihkan wang yang didepositkan ke akaun milik sindiket di Hong Kong.

Sumber berkata, bank-bank yang dikesan terbabit dalam operasi sindiket penipuan antarabangsa ini kesemuanya beroperasi di ibu negara.

Difahamkan, dianggarkan 20 hingga 30 akaun bank disediakan untuk digunakan pihak sindiket dan akaun berkenaan akan ditutup selepas tiga bulan, sebelum akaun baharu dibuka.

"Walaupun secara dasarnya, hanya pekerja bank yang dikenal pasti terbabit dalam operasi sindiket penipuan, SPRM akan tetap memantau operasi bank berkenaan.

"SPRM juga sudah mengenal pasti tujuh hingga lapan syarikat palsu yang diwujudkan sindiket penipuan sebagai cara untuk membuka akaun bank di negara ini," katanya.

Katanya, syarikat-syarikat ini yang didapati berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), akan digunakan untuk mempromosikan skim pelaburan palsu bagi memancing mangsa.

Siasatan juga mendapati sindiket itu juga memperincikan operasi mereka dengan mengaitkan syarikat antarabangsa terkenal dalam skim penipuan mereka.

Siasatan SPRM menunjukkan sindiket ini aktif di beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Hong Kong dan UK.

Media sebelum ini melaporkan SPRM menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan antarabangsa yang mengaut RM200 juta daripada mangsa di Australia dan United Kingdom.

Media sebelum ini melaporkan SPRM menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan antarabangsa yang mengaut RM200 juta daripada mangsa di Australia dan United Kingdom.

Media sebelum ini melaporkan SPRM menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan antarabangsa yang mengaut RM200 juta daripada mangsa di Australia dan UK..

Menerusi Op Tropicana, sekurang-kurangnya 25 premis di Lembah Klang dan Pulau Pinang diserbu SPRM.

SPRM berkata sindiket ini dipercayai merasuah beberapa agensi penguatkuasa bagi memastikan operasi mereka berjalan lancar tanpa halangan sejak 2019.

Anggota sindiket itu, katanya, terdiri daripada warga Australia, Britain, Afrika Selatan dan Filipina.

Modus operandi sindiket ini ialah memperdaya mangsa untuk melaburkan wang dalam skim pelaburan yang tidak wujud.

Sindiket ini juga dikesan menubuhkan 24 syarikat sebagai tempat menyimpan sementara wang dipindahkan oleh mangsa sebelum wang itu dipindahkan ke akaun bank lain di luar negara sebelum dipindahkan ke akaun milik sindiket.

Sindiket dikesan berkomunikasi dengan mangsa menggunakan platform 'Voice Over Internet Protocol' (VoIP) bagi memperdaya mangsa bahawa pemanggil seolah-olah wakil syarikat tertentu.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Aset (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi berkata dua ketua sindiket itu, kedua-duanya warga UK didakwa di Mahkamah Shah Alam semalam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana orang tak hilang kepercayaan dgn bank???? Entah2 kes scammer yg berleluasa puaka kat negara ni punggg memang dalangnya daripada org dalam jual maklumat kepada scammer gaytohhhhh!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ghimau ker
adan uke iyer
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 16-3-2023 06:43 PM
Macam mana orang tak hilang kepercayaan dgn bank???? Entah2 kes scammer yg berleluasa puaka kat nega ...

Baru tahu ke?? Ko jgn trkejut bapak jerung payung bsr dr kalangan vvip jgk dalang2 nya
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 16-3-2023 06:43 PM
Macam mana orang tak hilang kepercayaan dgn bank???? Entah2 kes scammer yg berleluasa puaka kat nega ...

Memang diorang la jual maklumat customer.

Sebab tu masuk duit terus Syarikat Insurans call.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
samperit replied at 16-3-2023 06:49 PM
Ghimau ker  
adan uke iyer

Maybank banyak jual maklumat customer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2023 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 16-3-2023 07:41 PM
Maybank banyak jual maklumat customer

boleh agak pun
sbb stp kali ada transactions dekat maybank lepas tu mesti dpt call dari scammer
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik sprm..semoga terus istiqomah membasmi scammer durjana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur sis tak guna 5 bank utama Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 08:46 PM | Show all posts
baguslah biar begegar semua telur2 yg ikut bersekongkol dengan scammer...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
boongalalang replied at 16-3-2023 08:28 PM
Mujur sis tak guna 5 bank utama Malaysia

5 bank utama? Sotongkah? Rimaukah? Pokokkah? Lagi 2 tak dapat teka. Ntah2 ketiga-tiga yg saya teka semua salah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak salahkan bank tu sendiri, ni yg pengkhianat nya individu. Pengkhianat bangsa negara mcm ni patut nya jgn bagi peluang kedua. Buang negara je lucut kerakyatan. Marhean tak berapa nak kaya mana ada negara nak kutip. Padan muka, duduk la ko kat sempadan maritim
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bank ghimau kah?
Bank sotong gurita rasanya ada tu
Bank Hong Kong pun ada ke?
HLB terpalit x
Rasa2 bank yg Islamic blh sangkut juga x
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyakau ada dalam bank atau bank lemah drp penyakau?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
samperit replied at 16-3-2023 08:00 PM
boleh agak pun
sbb stp kali ada transactions dekat maybank lepas tu mesti dpt call dari sc ...

Memang...kalau ko simpan duit automatik pulak MAIS hantar mesej suruh bayar zakat...lepastu segala macam insurans call.

Maksudnya transaction kita tu takda privacy kan...tak sulit...diorang dedahkan je biar duit simpanan kita habis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr dulu aku dah kata. Orang bank punya pasal.
Setiap kali balik dari urusan bank, mesti akan bettambah contact agency bank atau nak offer loan mcm2 lah berkenaan dgn duit..  ko pasang lah cyber security mcm mana. Orang dalam puncaaa mmg beribu arr kena scaammm ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hrp kn hukuman yg keras..bg mampus pekerja yg terlibat bg maklumat dkt scammer..anak bini or famili revoke kerakyatan baru ada akal
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
I sekarang sampai takut nak jawab phone sebab terlalu banyak dapat call dari scammer2 bodoh ni. Kita tak jawab dia ulang call berkali-kali ye. Bila call balik number tu tak boleh. Dia keluar suara awek cina yang diprogramkan. I sms semula number yg call i tu tanya sape baru i jawab call. Kan plan postpaid tu sms free. Macam mana lagi nak dapat info pasal kita kalau takde yg bocorkan. So far tak penah lagi hilang duit dari bank. Nauzubillah lah smoga dijauhkan. Serrammm.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 05:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bank mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
elok lah bagi strict sikit opening new company account...masa nak bukak bising2 memekak manjang je nak cepat sampai harass staff..masuk 2 ke 3 bulan dah negative balance...annual fees pun x mampoo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.089054 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list