CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5796|Reply: 37

Iqbal Mazlan yang iras Dafi hilang penglihatan tiba-tiba!

[Copy link]
Post time 16-3-2023 04:56 PM | Show all posts |Read mode
https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... AjPuIe3pR1hlMzVh3yg

Kuala Lumpur: Pelakon, Iqbal Mazlan, 33, reda dan pasrah apabila dia tiba-tiba hilang penglihatan sejak 5 Mac lalu.
Iqbal yang juga juara program Pilih Kasih pada 2009 berkata, dia kini tidak mampu melihat lagi akibat jangkitan virus.
"Mulanya saya kena sakit kelenjar di celah kelangkang kanan. Ingatkan ia berkaitan dengan masalah mata tapi rupa-rupanya tidak. Jangkitan kelenjar itu pun dah surut.
"Masalah berkaitan mata ini bermula apabila saya bangun pagi, saya dapati penglihatan sebelah mata kabur. Saya cuba tenangkan diri, namun selepas Maghrib penglihatan sebelah lagi mata saya turut kabur. Esoknya iaitu pada 5 Mac kedua-dua mata saya tak nampak terus. Saya kemudian ke Hospital Putrajaya untuk rawatan," katanya kepada Harian Metro.

Iqbal berkata, Hospital Putrajaya kemudian merujuknya ke Hospital Shah Alam kerana kemudahan rawatan mata ada di sana.

"Doktor sahkan mata saya ada jangkitan virus tapi belum tahu jenisnya kerana perlu tunggu ujian darah dulu. Dia juga sifatkan ia sebab kes yang jarang berlaku.
"Ia pernah berlaku pada 2003 dan kes saya adalah yang ketiga. Saya kini diberikan ubat anti virus yang umum dan steroid. Hari pertama masuk hospital, doktor kata ada banyak pendarahan dalam mata.
"Saraf pun banyak rosak dan ada keradangan (bengkak) di kedua-dua belah mata. Sekarang saya dah hampir dua minggu berada di wad," katanya.
Pelakon drama Sofea Zahra ini meletakkan harapan agar dirinya sembuh suatu masa nanti.
Menurut Iqbal, walaupun penglihatannya sembuh 30 peratus pun dia sudah bersyukur.
"Saya tak berharap betul-betul dapat lihat macam dulu. Doktor kata kes-kes lepas semuanya sembuh. Ada yang lepas dua minggu, ada yang selepas tiga bulan dan ada juga yang ambil masa tiga hingga empat tahun.
"Nak kata sedih, dah banyak kali sedih. Sekarang saya rasa kosong. Nak marah, tak boleh dan pelbagai perasaan lagi.
"Benda dah jadi. Bila dah tahu saya tak nampak (hilang penglihatan) nak menangis pun tak berguna. Dah memang kena pasrah dengan ujian Allah," katanya.
Iqbal berkata, selepas dua tahun penularan Covid-19, dia masih bergelut untuk mendapatkan tawaran berlakon.
Katanya, dia ada mengusahakan kafe di Sepang sejak tiga bulan lalu dan sekarang terpaksa ditutup sementara disebabkan masalah ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2023 05:03 PM | Show all posts





Zaman muda

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols baru pas tengok video dia kat mstar
Kesian juga kan sekelip mata jadi buta gitu ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 11:50 AM | Show all posts
pic skrg mana uolllsss
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 12:03 PM | Show all posts
moga cepat sembuh ye
teringat dia dalam jjcm
tapi x ada aura pengacara masa tu
jjcm plak masa tu antara slot yg popular banyak compare kan ngn aura pengacara lama

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 12:11 PM | Show all posts
nah gambar terkini heollss..kesiannya smoga dpat penglihatan semula..muda lagi yachhh



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2023 12:16 PM | Show all posts
mamajawie replied at 17-3-2023 12:11 PM
nah gambar terkini heollss..kesiannya smoga dpat penglihatan semula..muda lagi yachhh

kesian jalan pun kena pimpin..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 12:20 PM | Show all posts
scarynye... sbb ni la iols takut nak pakai contact lens... kawan iols tido malam pun tak bukak2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 12:38 PM | Show all posts

celah mana iras dapi duck? iras bini jah ada lah yihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ya Allah kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 03:58 PM | Show all posts
sleepandream replied at 17-3-2023 12:20 PM
scarynye... sbb ni la iols takut nak pakai contact lens... kawan iols tido malam pun tak bukak2....

rasanya mungkin bukan sebab pakai contact lens ni sebab ada kaitan dengan saraf maybe sebab glaucoma atau retinopathy tapi memang rare betul sebab punca virus ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Parit.Hilton replied at 16-3-2023 09:03 AM
Zaman muda

Lebih pada iras bini jah si Puriz tu je.
Dafi celah mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 17-3-2023 04:04 PM
Lebih pada iras bini jah si Puriz tu je.
Dafi celah mana?

Suatu ketika dahulu, bini Jah X wujud lagi.
Masih bawah ketiak mak.
Haruslah ummah compare dgn Dafi AF.

Heols mmg diingati sebagai "kembar" Dafi. Walaupun..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya, moga lekas sembuh dan di permudahkan urusan.
Mesti sedih gila tiba2 penglihatan hilang.

Btw takde la serupa pun, malah jantina pun tak sama gittew. Yang satu lagi tu vottem
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:23 PM | Show all posts
mamajawie replied at 17-3-2023 12:11 PM
nah gambar terkini heollss..kesiannya smoga dpat penglihatan semula..muda lagi yachhh

Bila tembam macam ni ada iras Adib K laki Izara pulak

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:24 PM | Show all posts
Edited by debab_78 at 17-3-2023 04:26 PM

aku kesian kat dia ni.. kerjaya seni dia mcm suram... Dia masuk realiti tv Pilih Kasih ke apa ntah pasal talent lakonan and dia menang juara time tu..
Malangnya kembali suram tak dgr khabar psl lakonan..
tup2 keluar cerita ni...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..aku baca rasa sebak jugak..semoga Iqbal cepat sembuh, tabah hadapi dugaan dan dalam ujian ini Allah bagi rezeki lain yang berlipat ganda..Aamin Ya Rabbal Alamin
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya...tiba2 x boleh melihat mesti bagi tamparan hebat dlm hidup dia...moga cepat2 sihat mcm sedia kala...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:33 PM | Show all posts
debab_78 replied at 17-3-2023 04:24 PM
aku kesian kat dia ni.. kerjaya seni dia mcm suram... Dia masuk realiti tv Pilih Kasih ke apa ntah p ...

Dia ada talent tp iols rasa muka dia yg babyface tu buat tak banyak dapat watak. Nak bawak watak org jahat susah, bawak watak kasanova pun susah. Balik2 watak second hero

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:42 PM | Show all posts
rayna_raynes replied at 17-3-2023 04:33 PM
Dia ada talent tp iols rasa muka dia yg babyface tu buat tak banyak dapat watak. Nak bawak watak o ...

hmmm betul juga...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.080653 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list