View: 2758|Reply: 0
|
Red Bull mahu terus dominan di Jeddah
[Copy link]
|
|
RED BULL mencatat kemenangan 1-2 pada aksi pembukaan di GP Bahrain dan bersedia mengulangi pencapaian berkenaan di GP Arab Saudi. – AFP
JEDDAH – Pasukan Red Bull bersedia untuk mendominasi perlumbaan kedua Formula Satu (F1) musim 2023 menjelang saingan Grand Prix (GP) Arab Saudi di Litar Antarabangsa Jeddah Corniche pada minggu ini.
Sebagai rekod, Red Bull telah menepati jangkaan apabila tidak mempunyai masalah untuk mendominasi perlumbaan pembuka tirai GP Bahrain dengan merekodkan kemenangan 1-2 awal bulan ini.
Pelumba utama yang juga juara dunia dua kali berturut-turut, Max Verstappen mengakui sangat positif selepas apa yang dipamerkan pada aksi sebelum ini, tetapi cabaran yang bakal diberikan oleh pasukan pesaing tidak boleh dipandang mudah.
“Semua pihak sangat gembira dengan apa yang dicatatkan di Bahrain. Namun, kami akan buka episod baharu di Jeddah dan ini adalah litar yang berbeza sekali gus membuatkan kami perlu berwaspada pada setiap selekoh.
“Apa yang pasti, berdasarkan prestasi semasa saya berharap jentera kami dapat kekal cemerlang sepanjang perlumbaan, tetapi dalam masa yang sama pasukan lain seperti Aston Martin dan Ferrari juga telah menunjukkan peningkatan dan kami perlu berwaspada,” katanya.
Sementara itu, pelumba kedua pasukan Red Bull, Sergio Perez berharap tuah dapat memihak kepadanya pada minggu ini selepas terpaksa berpuas hati mengakhiri saingan di tempat kedua pada aksi di GP Bahrain sebelum ini.
“Saya anggap peluang untuk mana-mana pelumba mendominasi perlumbaan sangat cerah kerana litar di Jeddah memberikan cabaran yang berbeza berbanding tempat lain. Kalau boleh saya mahu menang pada aksi kali ini,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... -dominan-di-jeddah/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|