CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2350|Reply: 0

Aleix Espargaro dijangka beraksi di perlumbaan pembukaan

[Copy link]
Post time 15-3-2023 04:24 PM | Show all posts |Read mode

ESPARGARO sedia tampil dalam perlumbaan sulung MotoGP musim ini. FOTO AFP

Portimao: Pelumba Aprilia Racing, Aleix Espargaro menjalani pembedahan pada lengan kanannya kurang dua minggu sebelum musim 2023 bermula.

Bagaimanapun, pasukannya berkata pelumba Sepanyol itu akan pulih tepat pada masanya untuk perlumbaan pembukaan di Portugal.

Pasukan itu sekarang ini sedang melalui ujian pramusim di Portimao di mana Espargaro mengalami fibrosis pada hujung minggu yang menjejaskan jadual ujiannya.

"Berikutan kecederaan di lengan kanannya, yang berlaku semasa ujian MotoGP baru-baru ini di Portimao... Aleix Espargaro menjalani beberapa siri ujian semalam dan hari ini di Klinik Universiti Dexeus di Barcelona," kata pasukan itu.

"Pemeriksaan mendedahkan fibrosis pada otot yang memerlukan pembedahan."

Aprilia berkata dia akan pulih daripada pembedahan tepat pada masanya untuk perlumbaan pada hujung minggu 24-26 Mac.

Pelumba berusia 33 tahun itu, yang menduduki tempat keempat dalam keseluruhan kedudukan pelumba tahun lalu, kemudian menyiarkan gambar lengannya.

"Pembedahan selesai! Saya mempunyai banyak tekanan di lengan bawah saya, jadi semuanya dilepaskan dan bersedia untuk berlumba!"

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... erlumbaan-pembukaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.056824 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list