CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Raline

wow meletup dekkkk...Tiket konsert Ella 'sold out' dalam masa 24 jam

  [Copy link]
 Author| Post time 15-3-2023 12:40 PM | Show all posts

TIKET konsert Ella yang dijadualkan Jun nanti telah habis terjual.

Tiket ‘sold out’ dalam 24 jam, Ella menangis terharu



PETALING JAYA – Ratu Rock negara, Ella menitiskan air mata terharu apabila lebih 10,000 tiket Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota habis disambar peminat dalam tempoh 24 jam dijual secara online.

Katanya, dia tidak menyangka sokongan peminat sebegitu hebat hingga senario tersebut mencatatkan sejarah sebagai jualan tiket artis Malaysia paling laris pernah dianjurkan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

“Tiada kata-kata yang mampu saya luahkan atas kasih sayang serta sokongan ditunjukkan peminat terhadap pengembaraan seni saya sehingga ke saat ini iaitu 35 tahun bergelar penyanyi.

“Sebaik dimaklumkan Hitman Solutions selaku penganjur konsert ini, saya tergamam dan menitiskan air mata kerana perasaan gembira serta rasa terharu bercampur baur.

“Terima kasih buat peminat Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan mereka yang DM (mesej) saya dari luar negara, begitu juga kepada Hitman Solutions dan pengurusan saya, RockQueen,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Ditanya sama ada penganjur sedang mempertimbangkan mahu menambah hari konsert berikutan sambutan luar biasa itu, Ella atau Nor Zila Aminuddin, 57, hanya menyerahkan perkara itu kepada pihak terbabit.

Begitupun akuinya, selepas konsert yang dijadualkan pada 10 Jun depan, dia dan Hitman Solution mempunyai pelbagai pelan istimewa dalam memenuhi permintaan ramai.

“Memang ramai juga mesej langsung dalam IG (Instagram) yang minta kami tambah satu lagi malam untuk Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota.

“Ikutkan dalam hati Ella nak puaskan hati semua orang sebab kerana merekalah Ella bertahan sampai sekarang, tapi selepas ini banyak lagi rancangan yang kami senaraikan untuk peminat. Tunggu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, berkata pengaruh penghibur kesayangan ramai itu terus ampuh apabila jualan tiket konsertnya meraih sambutan luar biasa khalayak.

“Kejayaan ini membuktikan peminat Ella tidak berputus asa untuk mendapatkan tiket konsertnya, sekaligus membuktikan Ella sebagai Ratu Rock negara yang tiada tolok banding,” katanya.

Tiket konsert yang mula dijual dalam talian bermula jam 12 tengah hari kelmarin habis separuh hanya dalam tempoh dua jam sahaja.

Bagaimanapun, penjualannya dihentikan sementara apabila lebih 25,000 membanjiri laman web menunggu dapatkan tiket mengakibatkan proses pembelian tergendala seketika

Namun sebaik isu terbabit selesai dan operasi jualan disambung semula pada jam 5 petang hari sama, dua jam kemudian 90 peratus tiket berjaya terjual dan secara rasmi keseluruhan tempat di tempah pada jam 12 tengahari semalam.

Sebagai simbolik 35 tahun dalam industri muzik, Ella bakal menyampaikan 35 dendangan termasuk Sepi Sekuntum Mawar Merah, Standing In the Eyes of the World, Sembilu, Baldu Biru dan Retak. – KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... a-menangis-terharu/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2023 12:50 PM | Show all posts
i dapat beli. yay. tengah hari tu ingat macam nak pasrah je. petang pukul 5 masuk queue 45 mins. dapat grab 2 tiket. hotel pun dah siap book untuk weekend tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
See you there!!! X sabar nak tengok ella.. selalu pergi konsert feat ella nyanyi 2,3 lagu x puas...kali ni wajibbbbb nyanyi banyak!! Cant waittttttttttt!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 01:26 PM | Show all posts
tiket LRT hari2 habis ella
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah orang mengata Ella pipi kembung tua kutuk aku tetap gigih nak tengok konsert dia.... Performance power makcik ni oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 03:15 PM | Show all posts
sebenarnya, ada je lagi tiket tu yg diorg buat block utk companies etc.

iols dpt offer utk tiket ni .. tapi declined .. sebab seating tak brp best .. hihhi ... Bagi org lain dah cukup best, biasa la manusia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2023 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmgla sold out tiket murah sampaikan aku terkejut..level legend tiket rege showcase je cer letak ribu riban makan hari gak nak sold tu..apapun tak sabar nk g konsert Ellarasaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 04:14 PM | Show all posts
alamak ada ker??? tk tahu punn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2023 04:36 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 15-3-2023 11:17 AM
AKAK TUNGGU PU SYIT KA SEMAH HARUM CERCA KONSERT HIBURAN PENUH MAKSIAT LAGI MELALAIKAN SI ELLA RASA  ...

setakat tu jaklah iman segala pusyit ni.
janda payah tuntut nafkah, tiada keadilan, diam membisu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ella masih ok ke live perfor?  Dah lama tak dgr dia nyanyi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
beatgirlX replied at 15-3-2023 08:37 AM
Patut buat 2 hari.. Time nak beli system down.. Nak beli blk dah sold out...

Ada tambahan satu hari lg..the next day.. Tiket konsert start jual esok 12pm yach...sila cepat2 kiu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
redz85 replied at 15-3-2023 07:37 AM
kesian muka nek ella.. kembung

Pelik kan muka dia? Nyanyi pun pelik. Perangai ngengada pun pelik. Tapi sheols ada fan base yg masih sokong. Baguslah gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 15-3-2023 09:30 PM
Ada tambahan satu hari lg..the next day.. Tiket konsert start jual esok 12pm yach...sila cepat2 ki ...

Tu la baru tau ptg tadi.. Mmg sok kena standby laa... Harapnya TERUJA la dapat tiket.. Kalau x dapat.. Ouchhh.. . PEDIH menusuk kalbu umpama SEMBILU
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 11:50 PM | Show all posts
punya lama tgu turn
alih2 sold out
coiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
beatgirlX replied at 15-3-2023 11:14 PM
Tu la baru tau ptg tadi.. Mmg sok kena standby laa... Harapnya TERUJA la dapat tiket.. Kalau x dap ...

tu le..kena standby cecepat chuolsss.. Gud luck ya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:19 AM | Show all posts
Atas permintaan tinggi, konsert Ella ditambah satu hari lagi


Ella

Kuala Lumpur: Atas permintaan luar biasa, penganjur Hitman Solutions menambah satu hari lagi untuk konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini pada 11 Jun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, berkata mereka enggan mengecewakan peminat yang terlepas membeli tiket pada 10 Jun selepas licin terjual dalam tempoh 24 jam.

"Atas permintaan ramai yang menghantar mesej langsung dan ciapan di Twitter, kami memutuskan menambah satu malam lagi untuk konsert Ella.

"Kami akan merealisasikan perkara ini khusus buat peminat Ella," katanya.

Penjualan tiket bagi malam kedua akan mula dijual esok, jam 12 tengahari di www.hitmanlive.com.

Semalam, Ella mencipta rekod baharu apabila tiket konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota 'sold out' dalam masa 24 jam sahaja bagi artis Malaysia yang pernah dianjurkan di Axiata Arena.

Tiket konsert yang mula dijual jam 12 tengah hari kelmarin terjual sebanyak 50% hanya dalam tempoh dua jam sahaja.

Bagaimanapun, penjualannya dihentikan buat sementara kerana lebih 25,000 membanjiri laman web menunggu untuk mendapatkan tiket. Kebanjiran itu mengakibatkan proses pembelian menjadi tergendala.

Pihak penganjur segera menyelesaikan isu terbabit dan penjualan disambung semula pada jam 5 petang hari sama.

Sebagai simbolik 35 tahun dalam industri muzik, Ella bakal menyampaikan 35 dendangan termasuk Sepi Sekuntum Mawar Merah, Standing In the Eyes of the World, Sembilu, Baldu Biru dan Retak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 04:29 AM From the mobile phone | Show all posts
biskutsusu replied at 15-3-2023 12:50 PM
i dapat beli. yay. tengah hari tu ingat macam nak pasrah je. petang pukul 5 masuk queue 45 mins. dap ...

you book hotel mana?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:54 PM | Show all posts

alia premier klcc. Iolls book 2 malam sebab memang plan nak jalan2 cari makan kat kg baru, bukit bintang etc.  Harap harap hotel ok.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
piao replied at 16-3-2023 04:19 AM
Atas permintaan tinggi, konsert Ella ditambah satu hari lagi



Wahhh boleh try grab tiket
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 16-3-2023 01:37 AM
tu le..kena standby cecepat chuolsss.. Gud luck ya..

Dapatttt.... Hahaha..
Legaaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.073832 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list