CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3062|Reply: 5

[Tempatan] Masih awal ramal El Nino di Malaysia - MetMalaysia

[Copy link]
Post time 14-3-2023 03:50 PM | Show all posts |Read mode
Masih awal ramal El Nino di Malaysia - MetMalaysia

https://www.bharian.com.my/berit ... alaysia-metmalaysia

Oleh Essa Abu Yamin - Mac 14, 2023 @ 3:06pm
[email protected]


- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Masih terlalu awal untuk meramalkan kemungkinan berlaku fenomena El Nino, kekuatan dan kesannya kepada negara.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, berkata negara lazimnya mengalami musim kering atau secara relatifnya kurang menerima hujan pada Monsun Barat Daya (MBD), iaitu pada sekitar Mei hingga September.

Katanya, sepanjang tempoh itu angin kebiasaannya bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan keadaan atmosfera yang lebih kering dan kelembapan udara yang rendah.

"Perkara itu akan menyebabkan pembentukan awan hujan kurang berlaku sepanjang tempoh monsun berkenaan.

"Jika berlaku El Nino, ia akan menyebabkan keadaan lebih buruk daripada biasa.

"Bagaimanapun, ketika ini MetMalaysia sentiasa memantau jangkaan cuaca kering pada tahun ini dan akan memaklumkan kepada orang awam sekiranya terdapat perkembangan terkini," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.


Ia susulan kemungkinan berlaku cuaca kering berpanjangan di Asia Tenggara berikutan corak cuaca El Nino, yang dijangka mengakibatkan musim panas berpanjangan.

Sumatera Tengah, tempat dari jerebu sering dikesan berarak ke Semenanjung Malaysia dan Singapura, biasanya mengalami cuaca kering dua kali setahun, sekitar Mac dan Oktober.

Mengenai keadaan La Nina di Malaysia, Helmi berkata, ia masih berterusan dan peralihan kepada ENSO-neutral dijangka berlaku pada Februari hingga April 2023 dengan kebarangkalian 85 peratus.

Katanya, hujan dijangka berterusan di kebanyakan negeri di semenanjung dari 28 Februari hingga 3 Mac 2023. Sementara negeri-negeri di pantai timur semenanjung dijangka kekal lembap sepanjang tempoh ramalan.

"Suhu maksimum harian yang telah direkodkan di kebanyakan stesen meteorologi untuk tempoh 21 hingga 27 Februari 2023 di semenanjung ialah antara 19.9 hingga 35.6 darjah Celsius manakala di Sabah dan Sarawak antara 24.7 hingga 34.0 darjah Celsius.

"Suhu maksimum harian tertinggi yang direkodkan dalam tempoh itu adalah 35.6 darjah Celsius iaitu di Ipoh, Perak pada 24 Februari 2023 berbanding rekod tertinggi di Malaysia iaitu 40.1 darjah Celsius di Chuping Perlis pada 9 April 1998 ketika episod El Nino kuat," katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial METMalaysia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2023 05:07 PM | Show all posts
Panas membahang dah kalau dekat tghari sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sidai baju pagi..tengahari dah boleh angkat..rangup kain...haha..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 14-3-2023 06:51 PM
Sidai baju pagi..tengahari dah boleh angkat..rangup kain...haha..

Haha...kalau tgh lapaq blh la makan sikit²
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Wpun terlalu awl x salah siap sedia....time air tgh byk ni kena stdby simpan...
Esok dh kering baru mengelabah nk buat solat mintak hujan
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 14-3-2023 07:00 PM
Haha...kalau tgh lapaq blh la makan sikit²

Hahahaha
Krup.krap.gitu.kan bila nak melipat TU...
Panas2.lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.054747 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list