View: 5519|Reply: 34
|
Koma Dibelasah Suami: Mahkamah Syariah Luluskan Tuntutan Fasakh Jahidah
[Copy link]
|
|
Seremban: Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini meluluskan permohonan tuntutan fasakh Jahidah Nordin, 44 terhadap suaminya, Rosmaini Abd Raof, 40, bermula hari ini.
Adik kepada Jahidah, Fauziah Nordin, 41, mengakui gembira menerima berita itu selepas kakaknya kini terlantar akibat kecederaan serius selepas dipukul suaminya itu pada kejadian Mei 2021.
Fauziah yang mewakili kakaknya itu berkata, dia membuat tuntutan fasakh mewakili Jahidah pada 1 Februari lalu dan bersyukur proses itu dipermudahkan tanpa menunggu lama.
Foto: Harian Metro
"Saya sangat bersyukur sebab sudah lama tunggu supaya ada keputusan mengenai perkahwinan kakak ini. Saya memang tidak sangka akan dapat keputusan hari ini, rasa kurang sikit beban saya.
"Saya akan bincang dengan peguam untuk langkah seterusnya kerana ia perlu dilakukan satu persatu memandangkan saya perlu menjaga kakak dan anaknya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah, hari ini.
Fauziah berkata, dia kini lega dan dan dapat memberi fokus terhadap kes jenayah membabitkan Rosmaini dengan kakaknya yang kini masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.
Terdahulu, di mahkamah, Peguam Mohd Amirul Adam Ahmad dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan yang mewakili Fauziah menyerahkan kenyataan bertulis kepada Hakim Hamizan Mohd Nor.
Mohd Amirul berkata, hakim membuat keputusan hari ini selepas mahkamah berpuas hati dengan keterangan secara bertulis oleh pihak penjaga ad litem serta berdasarkan dokumen yang dikemukakan.
Mengulas mengenai defendan atau wakilnya yang tidak hadir hari ini, Mohd Amirul berkata, sebelum ini pihaknya cuba menyerahkan saman secara kendiri di alamat terakhir Rosmaini di Johor,
"Tetapi apabila kami meminta bantuan Jabatan Bantuan Guaman Johor untuk serahkan saman (notis kehadiran), laporan yang kami terima tiada penghuni di rumah berkenaan.
"Jadi pilihan ada untuk memanggil pihak defendan hadir juga ke mahkamah adalah melalui saman ganti iaitu saman tampalan di alamat terakhir atau saman melalui iklan. Kami buat melalui iklan di akhbar Berita Harian pada 24 Februari," katanya.
Media pada Mei 2021 melaporkan, Jahidah yang hamil parah dipercayai dipukul suaminya dalam kejadian pada 4 Mei.
Jahidah yang juga kakitangan awam jabatan kerajaan dilaporkan berada di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Mangsa parah pada kepala dan tengkorak akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
bukan takat fasakh je, amik trus laki x guna tu gantung sampai mati walaupun x bunuh si akak ni..mmg dasar jantan celaka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sesiapa boleh terangkan, kenapa si suami masih lagi tak dapat di dakwa dan dijatuhkan hukuman pasal cederakan mangsa sampai koma? Kes diaorg ni tak setel lagi kan? |
|
|
|
|
|
|
|
tu lah
pelik betul
yg laki siap konvoi jenjalan hepi2 merata
idk la apa ada dlm hati dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Frust le jantan tu sbb tak dpt pencen .... |
|
|
|
|
|
|
|
syukur cerai...tak dpt pencen keparat tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Carik kt rumah takde rupa² nya sibuk dok join group moto apa tah nama. Nk cari magsa baru la tu, blh letak satu sel dgn pisrosdi. |
|
|
|
|
|
|
|
eetodee replied at 14-3-2023 04:05 PM
Ada sesiapa boleh terangkan, kenapa si suami masih lagi tak dapat di dakwa dan dijatuhkan hukuman pa ...
Kes masih berjalan katanya.
Dia kluar pun lps di jamin bini tua. Bodo btul bini tua. |
|
|
|
|
|
|
|
so confirmla boleh cerai automatik kalau tuntutan fasakh ni lulus..
alhamdulillah, semoga ada sinar di hujung jalan
ex lakinya mmg jenis lelaki kategori hafiz rosydi, jantan ta guna sesen lagi belasah org pompuan
dia tak claim mental issue jugak ke, boleh dok sama dorm ngan HR kt tjg rambutan |
|
|
|
|
|
|
|
mcmn la blh hidup hepi² lepas buat anak org lain bedridden cmni
anak dia tu agak nya dia hulur duit nafkah ke tidak |
|
|
|
|
|
|
|
Pencen nama sapa skrg ni takleh cek ker?
Maybe jahidah tak update lagi pencen tu maybe ayah dia lagi yg dapat. Boleh la tukar kpd anak dia plak |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas hakim syariah court yg handle kes ni
Eloklah dipermudahkan urusan si mangsa
Takyah drag kes ni bertahun2 |
|
|
|
|
|
|
|
elok ibu atau bapanya yang dapat, jika anak nanti mungkin bapa pun ada share
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin on bail . tarikh belum sampai
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi 1, tak paham la sape2 yg sanggup berkawan dengan org macam ni .... memang tkde hati perut...kalo saya jadi kawan dia dah lama putus kawan... gilo maknusi jaman sekarang ...kaki pukul bini sampai koma mcm ni pun masih di buat kawan .... |
|
|
|
|
|
|
|
kne pukul 2021. cerai 2023. jantan tu aman2 bermoto kt luar.
jenguk zuriat sendiri pun tidak. ptt jantan gini auto meringkuk je dlm penjara sbb debik bini sampai koma. mujur ler syu tak didebik sampai tahap ni. tu pn ade jugak mangkok ayon sokong pis rosdi dan salahkan syu probok pis.
jantan ni dgn pisrosdi bole la jd partner dlm penjara. sesuai sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan keparat patut dikerat lato lato |
|
|
|
|
|
|
|
UMMI_MAI replied at 14-3-2023 09:13 AM
lagi 1, tak paham la sape2 yg sanggup berkawan dengan org macam ni .... memang tkde hati perut...kal ...
Bukan takat masih dibuat kawan, masih dibuat laki pun iya. Herlok je bini first jamin bagai. Tak faham. |
|
|
|
|
|
|
| |
|