CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36124|Reply: 569

[Dunia] Krisis Silicon Valley Bank: Amerika alami sejarah perbankan kedua terburuk, $80 billion nilai pasaran susut

  [Copy link]
Post time 13-3-2023 10:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 14-3-2023 01:44 PM

Selepas krisis Lehman Brothers berlaku pada 2008, kini Silicon Valley Bank (SVB) menjadi krisis kedua terbesar didepani sektor perbankan Amerika Syarikat (AS) – apabila minggu lalu SVB telah kehilangan $80 bilion nilai pasarannya susulan ketirisan modal dan kegagalan operasi meningkatkan semula dana. Perihal ini telah mendorong berlakunya pengeluaran deposit secara besaran pada perkhidmatan kewangan.

Apa itu Silicon Valley Bank?

Silicon Valley Bank (SVB) untuk makluman adalah bank ke-16 terbesar di Amerika Syarikat (AS), yang telah beroperasi sejak tahun 1983 di bawah segmen Silicon Valley. Peranan perkhidmatan perbankan ini memaparkan penglibatan pada pembiayaan dana meliputi startup di bawah SV, firma modal teroka dan syarikat teknologi global.

Perbankan ini turut menawarkan perkhidmatan merangkumi pengumpulan modal, perlindungan ekuiti, dan pengurusan aliran tunai khususnya pada arena teknologi global. Antara pelanggannya melibatkan Airbnb, Uber, Roblox, Roku, Meta, LinkedIn dan ramai lagi penerajju teknologi.

Tahukah anda sebelum berlakunya kejatuhan mendadak pada operasi SVB ini, setakat akhir 2022 kumpulan ini memiliki aset berjumlah $209  bilion. Namun keruntuhan SVB sekaligus telah menoktahkan nilai pasaran $80 bilion mereka dan selanjutnya menjadi bank kedua terbesar yang gagal dalam sejarah AS sejak 2008.

Apa Yang Berlaku Pada SVB?

1) Moody’s memaklumkan taraf kredit SVB bakal alami penurunan

Semuanya bermula apabila pertengahan minggu lalu, SVB mendapat makluman dari Moody’s Investor Service iaitu firma penarafan kredit antarabangsa – bahawa taraf kredit SVB bakal alami penurunan. Tindakan itu berlaku setelah nilai bon SVB jatuh susulan paras kadar faedah yang lebih tinggi dicatatkan pada pasaran.

Untuk makluman SVB pada tempoh 2020-2021 telah meraih ledakan deposit daripada arena teknologi – berikutan itu pihaknya telah bertindak melaburkan hasil tersebut ke dalam bon Perbendaharaan AS bagi jangka masa panjang, tatkala kadar faedah ketika itu adalah rendah. Pelaburan ini secara langsung akan menjanjikan pulangan yang stabil sekiranya kadar faedah kekal rendah.

Maka pada tahun 2020 SVB telah meraih portfolio sekuriti berjumlah $27 bilion dan ia telah alami peningkatan $128 bilion pada 2021.

2) Kadar faedah mulai meningkat – telah menghakis nilai bon jangka panjang SVB

Namun sejak tahun lalu, Perbendaharaan AS telah mula menaikkan kadar faedah untuk mengimbangi aliran inflasi global. Ekoran penekanan secara agresif ini berlaku secara berturutan – ia telah membawa kepada peningkatan kos pinjaman yang lebih tinggi. Ini sekaligus telah melemahkan aliran saham teknologi di bawah SVB. Di mana kadar faedah yang lebih tinggi ini telah menghakis nilai bon jangka panjang SVB bersama perbankan lain, menjadi lebih rendah.

3) SVB merancang jual saham bagi mengelak ketirisan keyakinan pelabur

Maka atas faktor kebimbangan, penurunan taraf kredit ini boleh jejaskan keyakinan para pelabur – SVB merancang untuk menjual saham mereka iaitu $21 bilion bon pada pulangan rendah dan ingin melabur kembali hasil tersebut ke dalam aset untuk meraih pulangan yang lebih tinggi.

4) Saham SVB menjunam 66%, para pelanggan mulai menarik kembali deposit pada SVB

Akan tetapi sebaik sahaja makluman penjualan saham itu didedahkan, ia telah menyebabkan para pelanggan, startup, firma modal teroka SVB menjadi lebih panik dan bertindak menarik kembali deposit mereka.

Malah disebabkam makluman penjualan saham itu juga, nilai saham SVB telah menjunam sekitar 66% dan sebilangan firma modal teroka telah menasihati kumpulan startup untuk mengeluarkan dana pelaburan mereka dari SVB. Disebabkan kerugian ini juga setakat minggu lalu, SVB sekadar mencatatkan miliki baki tunai negatif berjumlah $958 juta.

Kesan Disebalik Kejatuhan SVB

Situasi itu selanjutnya membawa kepada penutupan SVB dan kini aliran depositnya dikelola oleh pengawal-selia AS iaitu Federal Deposit Isurance Corp (FDIC). Melalui usaha ini dimaklumkan sejumlah $175 bilion deposit pelanggan kini di bawah seliaan FDIC.

Rentetan campur tangan FDIC ini, para pelanggan yang terkesan bakal meraih dana insurans sehingga $250,000. Namun didapati sekitar 37,000 syarikat bakal terkesan susulan kos deposit me melangkaui amaun insurans $250,000 tersebut. Kesan itu sekaligus akan menjejaskan kos operasi kumpulan syarikat ini dalam suatu tempoh.

Selain langkah penambahan deposit di bawah FDIC, terbaharu di maklumkan HSBC akan mengambil-alih SVB bagi cawangan di UK pada nilai 1 paun sebagai langkah menyelamatkan segmen pinjaman utama pada arena startup di pasaran Britain.

Seterusnya tidak hanya beberapa pasaran kembali mengukuh, kesannya pada pasaran Malaysia juga tidak menjejaskan aliran startup negara. Ini kerana kesan keruntuhan tersebut dilihat berskala kecil susulan tiada syarikat Malaysia yang miliki simpanan di bank berkenaan.

Rata-rata hanya syarikat pemula besar di Silicon Valley yang mempunyai akaun di SVB.

https://rnggt.com/202328623/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2023 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Abislah collapse
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Signature Bank pun..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
@pengecatbintang ni salah satu kan punca economy dunia collapse?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 08:02 AM | Show all posts
Bank Rakyat tersenyum sinis..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 08:06 AM | Show all posts
mau guna konsep bank rahmah ni baru boleh maju balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2023 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_premierleag at 14-3-2023 08:42 AM

Smlm tgk joe biden's speech on SVB
antara nya, taxpayers money TAKKAN digunakan utk bail out SVB
if FDIC take over SVB, semua management SVB kono step down
Yg lain2 akak x ingat
Tp akak purrcaya,akan ada lg ripple effects after this
Smlm kt euronews dh ckp, next might be credit suisse sbb depa byk exposure credit notes swap default ke apatah dgn SVB ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tech sector dah smpi masa utk jatuh
Sbb selama ni over value gamaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2023 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe lps kes SVB ni, byk tech companies akan start to re-value balik dr mula if ada private equity yg nak acquire them.
As some valuation of their enterprise value mmg x masuk akal lgsg
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 14-3-2023 08:36 AM
Tech sector dah smpi masa utk jatuh
Sbb selama ni over value gamaknya

Orang dah jemu dengan sistem apps asing2 dan setiap kali masuk satu app, wajib kena login kot sis? Nampak macam kelakar tapi ada benarnya sis. Haa akaklah tu sis. Rengsa aih setiap kali nak guna perkhidmatan, wajib kena login sis! Aaaarrrrrrgggghhhhhhhh!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 14-3-2023 08:40 AM
Orang dah jemu dengan sistem apps asing2 dan setiap kali masuk satu app, wajib kena login kot sis? ...

True..contoh plg simple...Boost Juice
Dulu pakai kad membership jah nk collect points
Pastu bila kene pakai apps,jenuh nk install byk apps la..padahal aku nk minum air jah
Last2 uninstall and x collect points lg
Pi mampos la x dpt points pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang effect bank.... If gomen naik kan interest.. Real estate naik harga space rockets effect new /small startups ber hutang mahu beli instruments/assets... Dan juga new gen...giant tech gafam itu semua tidak effect...
Aku gen tua real estate naik kan interest tinggi tiada effect sebab dapat best deal ketika 2008 recession untuk beli real estate... Hutang sudah habis...
Jp morgan prolly suitor untuk bailout svb..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 09:10 AM | Show all posts
Next crypto? Bitcoin?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 09:10 AM | Show all posts
jangan risau.
akan banyak lagi duit depositor bakal lesap dalam bank satu donia.

bank akan salahkan scammer dan cyber attack.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 09:15 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada 3 bank dlm jarak sgt dekat, Silvergate, Silicon Valley dan Signature
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketirisan modal...maksudnya berlaku penyelewengan la kan...jijik dgn Bangsa USA kalau begini...lebih kurang Etnik Melayu je
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 14-3-2023 09:10 AM
jangan risau.
akan banyak lagi duit depositor bakal lesap dalam bank satu donia.


Simpan dalam KWSP selamat....tapi Melayu suka simpan kat kedai berjoli sakan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 09:35 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 14-3-2023 09:30 AM
Simpan dalam KWSP selamat....tapi Melayu suka simpan kat kedai berjoli sakan.

kwsp dijamin ke mcm pidm bank tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 09:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.080530 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list