CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4542|Reply: 0

Hakim Danish teruja cabaran baharu

  [Copy link]
Post time 11-3-2023 05:15 PM | Show all posts |Read mode

HAKIM Danish kibar cabaran di Portimao, Portugal.

Sepang: Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli, cukup teruja untuk merasai cabaran baharu pada saingan perlumbaan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2023 bermula di Litar Antarabangsa Algarve di Portimao, Portugal, pada 25 dan 26 Mac ini.

Bukan sahaja akan mengalami suasana perlumbaan berbeza yang lebih sengit, adrenalina juara Kejuaraan Asia Talent Cup (ATC) 2022 itu juga bakal teruji apabila buat julung kali berlumba menggunakan jentera baharu.

"Ini permulaan baharu bagi saya. Saya akan ke Barcelona terlebih dahulu sebelum ke Portimao untuk sesi ujian. Sesi ini akan memberi peluang untuk saya menguji jentera baharu yang tidak pernah saya gunakan iaitu jentera KTM 250cc.

"Sejak di Malaysia lagi kita sudah buat persiapan, kita berlatih di litar dan bermain permainan video, selain mengayuh basikal (aspek kecergasan), jadi persediaannya bagus," katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Barcelona di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Pelumba berusia 15 tahun itu akan menyertai sesi ujian pramusim di Portimao pada Rabu and Khamis depan sebelum memulakan cabaran sebenar dalam dua perlumbaan pusingan pertama.

"Sasaran saya pada dua perlumbaan pusingan pertama ialah untuk menamatkan perlumbaan dan meraih keputusan yang bagus," katanya yang bakal membuat kemunculan sulung pada saingan itu.

Selepas perlumbaan di Partimao, saingan akan beralih ke Sepanyol, Perancis, Itali, Belanda, Austria dan kembali semula ke Itali.

Selain Muhammad Hakim, seorang lagi pelumba negara Danial Syahmi Sharil turut berentap di kejuaraan sama dengan pelumba berusia 21 tahun itu telah berangkat ke Partimao lebih awal iaitu pada 5 Mac lalu.

November tahun lepas, Muhammad Hakim, yang lebih mesra disapa Hakim Danish, menjadi rakyat Malaysia pertama dan pelumba kedua dari Asia Tenggara bergelar juara keseluruhan ATC, sejak saingan perlumbaan itu mula diperkenalkan pada 2014.

Red Bull Rookies Cup adalah platform awal yang menjadi impian seluruh pelumba muda dari serata dunia dan pernah melahirkan ramai nama popular dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia seperti Raul Fernandez, Jorge Martin, Johann Zarco dan Miguel Oliveira.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ruja-cabaran-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.054551 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list