CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4887|Reply: 64

[Tempatan] PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT): Permohonan 2023 telah dibuka

  [Copy link]
Post time 10-3-2023 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by BicaraHatiku at 10-3-2023 12:51 PM

Meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Syarat Kelayakan Skim Rumah Sewa PPR
  • Pastikan anda warganegara malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Anda terdiri kalangan golongan yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
  • Pastikan juga anda tidak ada rumah sendiri atau belum memiliki rumah sendiri pada ketika anda ingin memohon skim ini
  • Anda juga perlu patuh, syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing

Skim Beli Rumah PPRT
  • Anda mestilah terdiri dari kalangan warganegara Malaysia
  • Pastikan umur anda tidak kurang dari 18 tahun
  • Gaji dan pendapatan anda setiap bulan tidak melebihi RM3,000
  • Pastikan juga anda tidak ada rumah sendiri pada ketika anda ingin memohon skim ini
  • Anda juga perlu patuh, syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing

Kawasan liputan PPRT adalah di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh pihak Kerajaan. Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:

Bina Baharu
Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

Baik Pulih
Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:

  • Penyelenggaraan
  • Penambahbaikan dan
  • Requisition

Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah. (Sila rujuk Lampiran A bagi senarai yang dibenarkan).

Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.

Syarat bantuan Bina Baharu diberikan kepada peserta yang:
  • tidak mempunyai rumah
  • rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
  • tidak ekonomik untuk dibaiki;
  • memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
  • pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B).

Syarat bantuan Baik Pulih:
  • Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
  • Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.


Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:
  • warga emas
  • orang kurang upaya (OKU)
  • ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
  • mangsa bencana yang berskala kecil dan
  • keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar

Permohonan PPRT secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap. Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.

Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.

1)Pendaftaran rumah pprt perlu dilakukan terlebih dahulu melalui klik pautan ini, REGISTER
2)Setelah anda verifikasi proses pendaftaran termasuk isi no kad pengenalan anda, anda perlu login semula dan mula mengisi makumat yang diperlukan selengkapnya.

Ini termasuklah memilih skim yang anda inginkan, melengkap info terkini berkaitan diri anda sebagai pemohon, memilih projek yang anda mahu tinggal kelak, menyertakan juga dokumen tambahan yang telah disahkan. Semuanya boleh dilakukan melalui sistem permohonan rumah ppr online ini.

Sila klik untuk semak kelayakan> PERMOHONAN & CARIAN PROJEK

https://www.rurallink.gov.my/program-perumahan-rakyat-termiskin-pprt/



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 02:26 PM | Show all posts
dlm porom cari ni mana ada acik2 biforti chuolsss

smer kat sini titwenty..kelek  lv dior prada gucci pucci hesmesssss

kalis inflasi, siap tempek lagi berapa ada dlm asb

tp still la perangai rempit namatey
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah felda pprt tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 02:45 PM | Show all posts
Ooo. So boleh la sewa jugak instead of membeli ye?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 10-3-2023 02:26 PM
dlm porom cari ni mana ada acik2 biforti chuolsss

smer kat sini titwenty..kelek  lv dior prada gucc ...

Sape tu kak Pussy yg ujub namatey itew??
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Owh boleh beli ingatkan sewa je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2023 03:32 PM | Show all posts
Boleh Cuba ni. Ada rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 03:35 PM | Show all posts
..takde ke program baiki rumah (pusaka) yang dinding dia dah retak, atap bocor dan sistem saliran paip air dia dah berkarat dan lapuk. Kalau ada memang minat nak memohon le juga adanya hamba sahaya ini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 03:40 PM | Show all posts
Dah check website dia, untuk disewa je buka buat masa ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 04:17 PM | Show all posts
drp gj aku 700 sampai lani dh xlayak...
mmmm...lemah
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps beli jgn duduk sewa kt org dgn harga memcekik darah tk padan dgn rmh pprt...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 06:29 PM | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 10-3-2023 06:31 PM
Normiang-Baru replied at 10-3-2023 03:10 PM
Sape tu kak Pussy yg ujub namatey itew??

hahahahaha

kut kaka miang rajin jalan2 ke tered2 sendhu namatey.. jumpa lah

ke hulu ke hilir duk canang bertapa berjaya nya si dia itewww.. takde org lain muleh challege lah kat dlm porom rempit yini.. terpaling juara

meols mampooo tersenyum sinisssssssssssssssss sajork
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
KOR MING! KOR MING! KOR MING...

tak sesia jemput pakar dari spura utk kongsi expertise...

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2023 10:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Lerrr... ke hulu hilir skodeng rupa nyehh




Acik kertu menopause  mampu usap kucing je lah LONELY
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2023 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooiiiii Nenek tua kalo dah sakit lutut nak turun naik tangga rumah.. boleh laa beli rumah PPRT ni sambil lek lek chil chil usap kucing peliharaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2023 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Normiang-Baru replied at 10-3-2023 03:10 PM
Sape tu kak Pussy yg ujub namatey itew??

Forummer  “ladang sawit” .. kata acik2 kat tingkap sebelah katanye
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2023 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
laqoyah replied at 11-3-2023 10:56 AM
Forummer  “ladang sawit” .. kata acik2 kat tingkap sebelah katanye


Sheols ada beach RESORT jugak khens...


selain income ladang sawit, dividen2 ASB123, AHB, EPF juta2 anytime leh withdraw kalo nak..

Dah ler sheols keje GLC skali anak beranak keje company sama
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2023 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Allaaahuuu.. ujub nyehhh   

Lupa plak sheols ada juga income rumah sewa & kutip sewa lot2 kedai commercial lots


List jangan tak list...

Tapi tapi tapi.. yang penting acik tersebut tak aniaya orang susah apply rumah PPRT
Tak mintak duit orang
Tak dengki orang... sheols wat hal sendiri jerrrhh

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2023 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 11-3-2023 11:01 AM
Sheols ada beach RESORT jugak khens...



Yg tak reti claim VAT katanya ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.076613 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list