CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5053|Reply: 11

‘Bahaya! Boleh Jatuh Peranakan Isteri’- Aeril Zafrel Ditegur Peminat Henti Panjat Badan Wawa Zainal

  [Copy link]
Post time 10-3-2023 10:32 AM | Show all posts |Read mode


“Di kuda-kudakan bini sendiri” -kata netizen

Sebelum ini, apa sahaja yang dimuat naik oleh pelakon terkenal Aeril Zafrel menerusi platform media sosial miliknya pasti menjadi tumpuan dan topik hangat dalam kalangan netizen malah, ada yang menggelarnya sebagai ‘President TikTok’.

Hal yang demikian kerana beliau sering membuat video parodi mahupun provokasi gurauan tentang apa jua isu yang sedang tular, malah Aeril sering mengikuti perkembangan semasa dengan memuat naik video-video mencuit hati yang berlaku menerusi platform tersebut.

Namun dalam gurau senda yang sering dilakukan pelakon ini, ada sesetengah individu merasakan kadangkala ianya mungkin sedikit keterlaluan dan sensitif.



Memuat naik gambar di Instagram miliknya, Aeril berkongsi foto mesra bersama isterinya, Wawa Zainal ketika sedang bercuti namun ada pula yang menegur beliau untuk tidak memanjat badan isterinya kerana dikhuatiri mendatangkan mudarat seperti jatuh peranakan.



Hal yang demikian kerana mungkin ramai yang sering mendengar dialog ibu-ibu yang selalu menyebut, “jangan angkat barang berat!” atau “jangan tolak barang berat macam tu, tolak guna belakang badan sahaja.” Nasihat ini ada betulnya bagi menghindari sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti rahim keluar dari tempat asalnya.



Mengetahui bahawa pasangan bahagia ini pastinya mengimpikan mahu mempunyai anak yang ramai, justeru nasihat serta teguran berkenaan keselamatan mahupun kesihatan ini mungkin sedikit sebanyak sebagai peringatan bermanfaat.



Bagaimanapun Murai MY yakin bahawa selebriti ini sebenarnya hanya mahu bergurau serta sekadar tatapan mahu OOTD (outfit of the day) sahaja.



Kredit : Murai.my


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 10:38 AM | Show all posts
Stop la cakap tak pandai pun boleh kaya, ni lah jadinya.. Lahir golongan yg otak kosong
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:47 AM | Show all posts
Pe yang nk di gosipkan ni?
Semenjak dua menjak ni menjadi2 lak semua founder2 ni?
Byk sgt ke stokis yang membeli?
Fishy sgt dah.
Xde sape2 nk buat ape2 siasatan ke dari mana dtg duit ni.
X paham deme2 ni kaya sbb ape.
Nk kate ramai beli, mcm x bape nmpk sgt.
Tp tu la, org kite pun bongok jgk gi support.
Pastu dok puji2 kat TT Live, dgn harapan dpt produk membunuh free.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
anak dia berderet mcm ketapi lagi mau ckp pasal peranakan jatuh ke???
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Over pulak pakaian wawa g europe oakai skirt dh mcm bbnu..walaupn cik ta tu org kata over tp iols suka cuma jgn bling2 sgt lah..derang 1st time g europe ke?npk guna travel agent.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Watak psiko beliau dlm serpihan sayang tu blh tahan menjadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2023 11:14 PM | Show all posts
lantak lah... bini dia nyah... dia nak hempuk ke atau smackdown bini dia pandai2 la bini dia angkat kaki... yihhh kosser aku nak nengok jejantan2 penuh sabut nyoq kat muka ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
rupa wawa dah lama nampak lain tapi now muka erel pun pelik dgn gigi ciklets pulak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2023 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Pandai la dia jaga bini dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah kalau bini dia sakit ke terlungkup ke pandai2 la deme uruskan sendiri. Kalau dah ignorant tu cakap la camana pun bukan deme dgr so biar la sendiri tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa biarlaaa deme..dh wawa sendiri willing nk pikul siapalah kita org luar..bknnya wawa xle nk tolak..kalau ada gmbr cmni meaning mmg wawa pn nk bergambar cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 10-3-2023 10:47 AM
Pe yang nk di gosipkan ni?
Semenjak dua menjak ni menjadi2 lak semua founder2 ni?
Byk sgt ke stokis  ...

Ingatkan i sorang je rasa pelik dengan dia punya kekayaan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.616012 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list