CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5526|Reply: 29

[Politik] Proklamasi Orang Melayu konon....puih...sembang je lebih manakala?!

  [Copy link]
Post time 9-3-2023 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 8-7-2023 02:58 AM

Jana Wibawa, atau Program Penjanaan Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera diperkenalkan pada November 2020 semasa pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Dalam jawapan di parlimen pada 16 Dis 2021, menteri kewangan ketika itu Tengku Zafrul Abdul Aziz membentangkan dua tujuan untuk program Jana Wibawa.

Pertama untuk mempercepatkan penyampaian projek kerajaan bagi membantu merangsang pemulihan ekonomi Malaysia selepas Covid-19.

Kedua bagi membantu meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan supaya lebih berdaya saing.

Projek di bawah Jana Wibawa dianugerahkan sama ada melalui tender prakelayakan secara rundingan terus atau tender prakelayakan.

Menerusi tender prakelayakan hanya kontraktor yang lulus proses prakelayakan dijemput untuk mengemukakan bidaan mereka terhadap sesuatu projek.

Dengan adanya rundingan terus, tiada proses tender sama sekali. Projek diberikan kepada kontraktor selepas rundingan dengan kerajaan.

Namun begitu, Zafrul memberi jaminan pada masa itu bahawa ia mematuhi Pekeliling Perbendaharaan.

Bagaimana prosesnya?

Menurut Zafrul dalam jawapan bertulis yang sama, Jawatankuasa Penilaian Khusus diwujudkan di peringkat Kementerian Kewangan untuk membuat saringan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan ke atas kontraktor.

Dia berkata ahli Jawatankuasa tersebut terdiri daripada wakil Jabatan Teknikal iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga wakil daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

"Semua kontraktor akan dinilai dan diteliti secara menyeluruh daripada pelbagai aspek bagi memastikan pemilihan kontraktor yang berwibawa untuk melaksanakan projek tersebut dan tetap melindungi kepentingan Kerajaan serta tidak menjejaskan kerancakan perkembangan ekonomi.

"Kerajaan juga melaksanakan due diligence yang sewajarnya bagi memastikan hanya kontraktor yang benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh dipertimbangkan," kata Zafrul kepada Parlimen pada masa itu.

Selain itu, pelaksanaan projek Jana Wibawa mesti mematuhi Pekeliling Perbendaharaan, garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus dan terma rujukan khusus Jana Wibawa.

Garis panduan Perbendaharaan menetapkan syarat di mana kontrak yang dirundingkan secara langsung boleh dipertimbangkan dan dokumen itu tersedia kepada umum.

Bagaimanapun, hanya sedikit yang diketahui umum mengenai terma rujukan Jana Wibawa.

Berapa banyak wang yang terlibat?

Dalam jawapan bertulis di parlimen pada 20 Feb, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata surat penerimaan telah dikeluarkan untuk 56 projek bernilai RM6.3 bilion.

Azalina berkata SPRM sedang menyiasat kes di mana surat yang "melibatkan ahli keluarga pemimpin utama dalam parti politik tertentu". Bagaimanapun, dia berkata SPRM masih belum memastikan nilai projek yang terlibat.

Apa yang telah berlaku?

Sumber SPRM memberitahu Malaysiakini awal bulan ini bahawa Bersatu menerima sumbangan dipercayai lebih RM300 juta daripada kira-kira 10 kontraktor yang dianugerahkan pelbagai projek semasa parti itu menjadi kerajaan.

Agensi itu membekukan akaun bank Bersatu pada pertengahan Januari bagi membantu siasatan berhubung perkara ini.

SPRM mengenakan pertuduhan pertamanya berhubung Jana Wibawa.

Wan Saiful didakwa meminta rasuah untuk membantu Napturi Sdn Bhd mendapatkan projek jalan raya bernilai RM232 juta melalui prakelayakan, dan menerima RM6.96 juta sebagai dorongan untuk membantu syarikat yang sama mendapatkan surat anugerah bagi projek itu.

Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad didakwa meminta rasuah antara 3.5 peratus dan 7 peratus daripada nilai projek, sebagai pertukaran untuk mendapatkan bantuan mendapatkan surat anugerah bagi projek di bawah program Jana Wibawa.

Adam Radlan juga didakwa menerima RM500,000 sebagai dorongan untuk membantu syarikat sama mendapatkan surat anugerah bagi projek jalan raya di Perlis bernilai RM47.8 juta.

Bersatu dan pemimpinnya mempertahankan mereka tidak bersalah, manakala Wan Saiful dan Adam Radlan telah dibicarakan.

Dua lagi ahli perniagaan dijangka didakwa di mahkamah hari ini.

Apa jadi dengan projek Jana Wibawa sekarang?

Pada 15 Feb, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ahmad Zahid Hamidi memberitahu pemberita di bangunan Parlimen bahawa projek Jana Wibawa telah dihentikan buat sementara waktu.

Ini bagi menunggu semakan untuk menentukan sama ada projek itu mengikut prosedur Jabatan Perbendaharaan.

Bagaimanapun, Zahid memberi jaminan tindakan tersbeut tidak akan menjejaskan pelaksanaan projek berkenaan. Ia khususnya, kerja-kerja berkaitan banjir seperti pembaikan infrastruktur yang rosak akibat banjir akan diberi keutamaan.

Di samping itu, Sabah dan Sarawak boleh meluluskan mana-mana projek pembangunan bernilai RM50 juta atau kurang tanpa memerlukan kelulusan persekutuan.

Sumber



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2023 10:20 AM | Show all posts
Kedua bagi membantu meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan supaya lebih berdaya saing.


utk bumiputra ...tapi terima duit rasuah dari cina.cer para walaun,walauntit,barua macai seksplain sikit logik disebalik itu selain bagi alasan tuduhan,dakwaan terpilh kulur kilir like loser....prtfhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2023 10:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 10:35 AM | Show all posts














Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 10:39 AM | Show all posts
CASHHH CASHHH CASHHH !!!! semoga sembab ke dalam
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 10:50 AM | Show all posts
nak tgk ada tak pemimpin PAS sangkut terima duit...huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2023 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai kata sangkut.. bakal amik Phd kat Kajang!!!

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 12:22 PM | Show all posts
patutlah bendera PN mcm lautan masa PRU.
so taulah mana dtg dana tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2023 12:41 PM | Show all posts
Denco replied at 9-3-2023 12:22 PM
patutlah bendera PN mcm lautan masa PRU.
so taulah mana dtg dana tu

Saifuddin ICERD Abdullah siap ada iklan lagi kat Youtube masa kempen PRU haritu..mewah betul
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 12:42 PM | Show all posts
So Bersatu dpat duit sblm dpt award, atau dapat duit slps dpt award tender.
Dua2 keadaan di kira rasuah. Guna duit tu untuk kepentingan parti. Utk belanja PRU. Dll.
Bukan ini yg di buat oleh semua parti politik di dunia.

Adakah MY dan lain2 top brass parti, guna duit tu utk cuti2 ke oversea dan beli brg2 mewah. Lps tu bagi sub con kat kompeny sedara mara depa?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 09:32 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 9-3-2023 09:32 PM

yg part hujung2 tu.. apa maksud dia?... adakah maksudnya kalau nak dakwa, kena dakwa parti bersatu secara sebuah parti dan bukannya dia secara individu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga abah kau di lockdown
Bukan abah aku
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 11:37 PM | Show all posts
Jana wibawa..satu untuk kamu...sepuluh masuk poket saya//////////////
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni Hamzah and Tuan Ibrahim pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 11:49 PM | Show all posts
Denco replied at 9-3-2023 12:22 PM
patutlah bendera PN mcm lautan masa PRU.
so taulah mana dtg dana tu

betul
kaka tersesat di Kedah sebelum PRU
masuk jalan kecik2
bendera dia saja
lain2 jauh kalah
Kat terengganu pula, PAS jauh dah upgrade
dulu pacak guna  kayu kecik2
sekarang fuyoo guna pvc pipe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bumiputera sangat la!!

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 08:22 AM | Show all posts
Rogue98 replied at 9-3-2023 11:46 PM
Lepas ni Hamzah and Tuan Ibrahim pulak....

hamzah isu apa ye? TITM mungkin sebab projek tabatan banjir....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 10-3-2023 08:22 AM
hamzah isu apa ye? TITM mungkin sebab projek tabatan banjir....

X sure lah...Hamzah ni selalu tengok dia jadi orang tengah utk nego...mcm dgn parti2 Sabah n Sarawak tu diaorang hantar dia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebai tersenyum sinis di gate HQ SPRM!!

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kena lagi episod 3:Netizen terkesima grafik atlet Malaysia yang akan ke Olimpik Paris seolah muka 'wanted'
YgBenarKena lagi episod 3:Netizen terkesima gra
Views : 402 Replies : 1
Update :Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Pekan.Bersemadilah semoga keadilan dapat ditebus
YgBenarUpdate :Jenazah Nur Farah Kartini selama
Views : 212191 Replies : 3778
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 196854 Replies : 1715
“Saya menceraikan anda, saya menceraikan anda, dan saya menceraikan anda,”  Puteri Kerajaan Dubai Tenang Umum Ceraikan Suami Melalui Instagram
YgBenar“Saya menceraikan anda, saya menceraika
Views : 35182 Replies : 35
Update: Ada  yang menjumpai anak lipas dan rambut di dalam makanan yang dibeli di kantin sebaliknya Kiosk Lebih Murah Dan Bersih’ – Pelajar Pertahankan Cikgu Jual Pelbagai Makanan Di Sekolah
YgBenarUpdate: Ada yang menjumpai anak lipas d
Views : 28051 Replies : 83
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 84265 Replies : 3762
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 20336 Replies : 329
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 38809 Replies : 312
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 13894 Replies : 92
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 29682 Replies : 234

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.075347 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list