CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11478|Reply: 125

Akim Ahmad Mengaku Suka Duduk Rumah Tapi Tak Pegang Anak- "Suami Orang Tipulah Kalau Tak Pernah Puji Wanita Lain Cantik"

[Copy link]
Post time 6-3-2023 04:35 PM | Show all posts |Read mode
Tujuh tahun bahagia bergela suami kepada Stacy, Akim Ahmad mendedahkan dia lebih suka menghabiskan masa di rumah.


Kata Akim tolak ansur dalam perkahwinan adalah resepi hubungan mereka kekal hingga sekarang.


Foto: IG




“Saya bukan jenis orang yang suka lepak di luar sangat. Ada masa diluangkan dengan kawan-kawan sebab kita orang lelaki tetapi, kebanyakan masa saya suka duduk di rumah.


“Kadang-kadang, bila duduk di rumah, isteri (Stacy) banyak bertanya dan bertukar pendapat apa semua. Memang benda itu sebenarnya sedikit sebanyak, buat kami bertekaklah.


“Dalam hubungan, saya macam api dan Stacy adalah air. Saya selalu duduk di rumah tapi tak selalu pegang anak kecil (Isa). Kerja cuci berak, bagi susu anak semua kebanyakan dilakukan oleh Stacy,” katanya kepada Kosmo! Online.




  



Dalam pada itu, Akim mengakui bahawa berkahwin dengan Stacy atau nama lengkapnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam adalah satu pilihan terbaik dilakukannya dalam hidup.


Pun begitu katanya, dalam kehidupan memang sentiasa ada ‘ujian’.




  



“Pilihan berkahwin dengan Stacy, saya berasa sangat puas hati. Maksudnya, saya terima dia seadanya. Tanpa ada sekelumit rasa ragu-ragu. Perasaan itu memang saya dah buat awal-awal sebelum berkahwin.


“Dalam fikiran sekarang, memang dah tanamkan saya akan hidup dengan dia selama mana nyawa dikandung badan.




  



“Isteri saya adalah pilihan yang terbaik. Bila dah tujuh tahun usia perkahwinan, saya masih rasa dia adalah yang terbaik. Saya tak pernah rasa ada orang lain lebih baik daripada dia.


“Tapi orang lelaki yang dah berkahwin, bohong tak pernah puji wanita lain lawa waima dalam hati,” ujarnya.


  



Untuk info, Akim dan Stacy berkahwin pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan dengan tiga cahaya mata, Bella De Luna Valentina, 10, dan Eshaal Afiq Hakim, 6, dan Isa, tujuh bulan.- CARI


Sumber: kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2023 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
so kesimpulanya hargailah isteri kesian
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 04:43 PM | Show all posts
Kerja cuci berak, bagi susu anak semua kebanyakan dilakukan oleh Stacy,”

Why? Kalau aku, mana boleh aku seorang je penat, dua-dua kena penat bersama
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 04:47 PM | Show all posts
meols tak suka tengok vlog diorg....rasa dia cam over nak dilayan macam raja, pastu asyik bengis je ngan anak-anak... stacy pulak nampak hegeh kat dia..walhal stacy tu zaman dulu boleh je petik jari jantan yang lagi hot..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 05:00 PM | Show all posts
tak pegang anak pastu nanti anak tak rapat mostly nasa ko dah tua, rentap sentap rentan pulak…
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 6-3-2023 05:00 PM
tak pegang anak pastu nanti anak tak rapat mostly nasa ko dah tua, rentap sentap rentan pulak…

Motif dia bagitau x pegang anak tu?
Pastu tetiba ckp puji wanita lain dalam hati
Kalau ye pun ko simpan sudah tak perlu bagi statement kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2023 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
SherryZass replied at 6-3-2023 04:43 PM
Why? Kalau aku, mana boleh aku seorang je penat, dua-dua kena penat bersama

Kalau suami aku ni dah kena katuk. Ewah time sedap bukan main. Time pregnant bawak perut 9 bulan, kena cucuk sana sini sakit bersalin kita sorang. Anak dah keluar pun kita sorang jugak buat? Baik takyah ada suami/jadi bapak. Alhamdulillah la suami aku jenis bertanggungjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 05:09 PM | Show all posts
habis tu apa je yang ko buat dikkk???
semua isteri buat... ko kahwin dengan anak orang ke dengan hamba abdi ni...

start la tolong bini tu... dah la dia pun tolong cari duit...

kalau dia buat semuanya... tapi laki makin wangi dan herlok takpe la jugak... sedap sikit mata memandang... ni laki pun makin kepam... macam berlakikan gelandangan dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2023 05:13 PM | Show all posts
nena9042 replied at 6-3-2023 10:06 AM
Kalau suami aku ni dah kena katuk. Ewah time sedap bukan main. Time pregnant bawak perut 9 bulan,  ...

Memang patuk kena lahar kalau tak menolong jaga anak kecil ni chuolls. Bukannya ngasuh anak jiran, anak sendiri kot. Ni lah punca-punca bini jadi bengis, penat, letih, depress & anxiety bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak first 10 tahun tu anak angkat ke anak calculator yach? Bleh tak spoonfeed iols
Mashih...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kata menunggu sangat anak laki. Dah dapat tak jaga pulak. Biawak hidup ke? Stacy pun rajin masak kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 6-3-2023 05:00 PM
tak pegang anak pastu nanti anak tak rapat mostly nasa ko dah tua, rentap sentap rentan pulak…

Ni betul. Mcm ayah sedara i, ank lebih 5 org tp xpernah menolong tukar pampers ank. Bila dah besar, ank2 xrapat pon dgn ayah. Xde sorang pon yg rapat. Rasa awkward gitu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 05:23 PM | Show all posts
Dengan tanpa segan silunya dia declare dia pemalas dan nak dilayan bagai raja oleh isteri dan anak anak? apa2 la wei, semoga kita yg sesingle ni tak la berjodohan dengan org camni. Kalau xnak buat benda2 tu pun hire la maid sorang tolong bini tu haiyaaa apa punya hauk
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
evlinne replied at 6-3-2023 05:15 PM
Anak first 10 tahun tu anak angkat ke anak calculator yach? Bleh tak spoonfeed iols
Mashih...

Ank angkat. Ank tu ank kakak stacy
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti bini byk bersabor & mkn ahti
tp tgk muka akim pun nampak benor pemalas pengotor...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak menolong tapi bersiap, sedapla jugak mata bini tengok lepas penat jaga anak2. Ni rupa begitu je baik tinggalkan jela. Tah apa ko buat kat rumah. Tak macam mandi pun .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2023 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
bynroslan replied at 6-3-2023 05:23 PM
Dengan tanpa segan silunya dia declare dia pemalas dan nak dilayan bagai raja oleh isteri dan anak a ...

Mesti dia proud mcm ketua alpha gitu. Lihatlah dunia, aku je lelaki yg xperlu jaga ank & buat kerja rumah
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
pujanggacinta replied at 6-3-2023 05:29 PM
mesti bini byk bersabor & mkn ahti
tp tgk muka akim pun nampak benor pemalas pengotor...

Pndangan mata u sama mcm mak i. Dia xsuka tgk muka akim mcm bdk nakal pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 05:47 PM | Show all posts
anony-mous replied at 6-3-2023 05:24 PM
Ank angkat. Ank tu ank kakak stacy

tp muka pun macam ada iras2 akim kan bella ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak jarang pegang, berak kwncing bini urus, lepas tu mengaku puji pompuan lain... Ehh aku macam nak sarutkan je ko ni.. tak padan ngan muka tak mandi, lagak besar macam raja...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.063863 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list