CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 0

Hamilton nafi mahu tinggalkan F1 musim depan

[Copy link]
Post time 4-3-2023 12:45 PM | Show all posts |Read mode

LEWIS HAMILTON


LONDON: Lewis Hamilton menafikan laporan bahawa 2023 akan menjadi musim terakhir­nya dalam Formula Satu (F1), sebaliknya menegaskan, dia akan terus memandu buat Mercedes tahun depan.

Juara dunia tujuh kali itu kini ­berada pada tahun terakhir kontrak­nya bersama Merce­des.

Spe­ku­lasi Ha­mil­ton akan meninggalkan F1 kedengaran sejak dia mengharungi musim kontroversi pada 2021 apabila ditewaskan oleh Max Verstappen pada perlumbaan terakhir.

Hamilton kembali ke grid pada 2022, namun Mercedes bergelut dan hilang mahkota pengeluar kepada Red Bull.

Ketika membalas dakwaan bekas pemandu F1 Britain, Jenson Button serta Damon Hill, Hamilton menegaskan dia akan meninggalkan perlumbaan.

“Akhirnya ada orang yang mereka khabar ­angin tanpa fakta, dan ia tidak membantu.

“Anda pasti menyangkakan mereka (Hill dan Button) mengenali saya ketika ini.

“Saya telah bersama Mercedes sejak berumur 13 tahun, dan tahun lalu kami mengalami musim yang sukar tetapi saya masih di sini.

“Sama ada kami mengalami musim sukar atau tidak tahun ini, saya tetap berada di sini.

“Saya seorang pejuang, dan kami berjuang sebagai satu pasukan.

“Saya suka cabaran mencari penyelesaian dan saya masih percaya saya mampu mele­takkan kereta di tempat yang mungkin orang lain tidak mampu.

“Sudah tentu, saya berharap kami memulakan musim ­dengan kereta yang hebat tetapi ia adalah perjalanan yang sangat penting,” katanya.

Rundingan mengenai kontrak baharu Hamilton diteruskan, dengan pelumba berusia 38 tahun itu yakin persetujuan akan dicapai. – AGENSI

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... kan-f1-musim-depan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.052643 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list